MENAWARKAN pelbagai promosi sehingga harga tiga kali lebih rendah pada setiap bulan daripada kebiasaan yang ditawarkan menjadi tarikan penggemar masakan ala Melayu dan Johor ke FZ Delicious Restaurant di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Setiap pelanggan yang mengunjungi restoran yang diusahakan Faisal Hashim, 43 bersama rakan baiknya, Johan Samian, 46 turut menghidangkan secawan ais krim secara percuma sebagai juadah pencuci mulut.

Menurut Faisal, antara menu  ditawarkan dengan potongan harga menarik ialah tiga jenis ikan iaitu ikan cencaru bakar, ikan pari bakar dan ikan kembung bakar pada harga RM10 dan makanan barat iaitu kombo lamb chop dan chicken grill pada harga RM15.

“Ikan pari bakar; ikan cencaru bakar serta mi bandung pada harga RM6. Promosi bulan ini pula asam pedas kepala ikan merah dan kaci pada harga RM6 yang kebiasaannya ditawarkan pada harga dari RM12 hingga RM18.

“Setiap bulan kita adakan promosi menu berbeza yang harganya boleh mencecah tiga kali lebih rendah dari kebiasaan yang mana setiap promosi akan iklankan di facebook kami.

“Malah, sebagai menghargai pelanggan, kita turut menghidangkan secawan ais krim secara percuma yang boleh dinikmati sementara mereka sementara menunggu pesanan yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujar Faisal lagi, malah hanya RM30, pelanggan turut berpeluang menikmati siakap tiga rasa, sup tulang, kailan ikan masing dan telur dadar bersama pasangan mereka dan boleh berjimat sehingga RM10.

“Pakej berkenaan kita tawarkan setiap hari yang mana pakej lain turut ditawarkan bermula dari RM10 sehingga RM110 yang harganya jauh lebih murah berbanding harga ‘ala carte’,” katanya.

Ditanya tentang kadar keuntungan yang diperoleh apabila menawarkan promosi pada menu tertentu berikutan perlu menanggung pelbagai kos, katanya, keuntungan tetap ada tetapi pada tahap minima.

“Kita sedar pelbagai kenaikan kos perlu ditanggung setiap orang dan tujuan saya membuat promosi ini sebagai memberi peluang segenap masyarakat merasai pelbagai menu pada harga yang berpatutan berbanding dari tempat lain.

“Malah, setelah saya membuat promosi seperti ini saya, restoran saya bukan sahaja menerima kedatangan pelanggan dari sekitar bandaraya Johor Bahru semata-mata bahkan turut dari luar daerah,” katanya.

Beliau berkata, dia tambah teruja apabila pelanggan sentiasa tertunggu-tunggu menjamu hidangan promosi yang ditawarkan setiap bulan.

“Saya menerima respons positif daripada para pelanggan dan mereka sentiasa bertanya untuk mengetahui promosi yang dijalankan,” katanya yang memberitahu restorannya beroperasi setiap hari dari jam 3 petang hingga 12 malam kecuali hari Sabtu minggu pertama dan ketiga.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEORANG pereka grafik sanggup meninggalkan kerjaya impiannya semata-mata mahu menghasilkan sesuatu yang unik untuk penggemar ais krim.
  • NAMA 'roti arab skirt' agak pelik kedengaran dan pastinya pelanggan tertanya-tanya bagaimana rupa roti tersebut.
  • KUANTAN - Meskipun perniagaan Nasi Lemak Simple pernah ditutup kira-kira empat tahun lalu, namun sebaik dibuka semula ia masih mendapat sambutan menggalakkan.
  • BULAN penuh keberkatan ini, Element, Kuala Lumpur menawarkan pilihan makanan yang menyelerakan di Restoran Trace, tingkat 40 sepanjang bulan Ramadan.
  • ROTI canai dah sampai, tapi mana kuahnya? Nak makan apa macam ni?” laung seorang lelaki memecah keheningan pagi di Restoran Chapati Corner Karim’s di Jalan Campbell, Seremban.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.