SETIU - Kuasa tular atau 'viral' memberi impak berganda kepada sebuah kedai makan di kawasan Penarik, di sini, sejak sebulan yang lalu.

Pelanggan yang datang ke Kedai Makan Trizai sangat berpuas hati dengan harga dan kuantiti serta layanan yang diberi kedai berkenaan.

Mana tidaknya, dengan hanya membayar RM10 sepinggan, pelanggan memperoleh 45 ekor udang celup tepung yang cukup digemari ramai.

Begitu juga dengan harga ikan selayang celup tepung yang dijual RM1.90 seekor.

Malah minuman seperti teh O beng (ais) dan sirap diberi secara percuma kepada pelanggan dengan konsep layan diri.

Pengusaha Kedai Makan Trizai, Zainab Mohamed, 26, berkata, dia tidak menyangka kuasa tular begitu tinggi impaknya sehingga dia tidak menang tangan berhadapan pelanggan yang berpusu-pusu ke kedai itu.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila terdapat pelanggan yang menularkan kedai berkenaan dan mendapat respon positif daripada netizen termasuk dari luar Terengganu.

"Akibat daripada viral, kedai yang telah beroperasi selama lima tahun ini terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga jam 10 malam dan juga menambah jumlah pekerja kepada lebih 20 orang.

"Sebelum ini kedai mula buka jam 10 pagi hingga 7 petang, tetapi setelah menjadi viral, orang ramai masih datang sebelah petang sehingga malam, menyebabkan saya buka (kedai) sampai malam," katanya ketika ditemui di kedainya, di Penarik, di sini.

Zainab berkata, situasi itu berlaku ketika musim perayaan dan juga cuti umum termasuk hujung minggu.

Malah katanya, dalam tempoh itu juga, dia perlu menambah stok udang dan ikan selayang bagi menampung permintaan pelanggan.

"Musim perayaan (Aidiladha) baru-baru ini, stok udang satu tan manakala 500 kilogram ikan selayang habis dijual dalam tempoh sehari.

"Biasanya hari-hari biasa, kami menyediakan stok udang sebanyak 500 kilogram dan ikan selayang 300 kilogram sahaja sehari," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas video dia bersama rakannya memegang mercun bola mula mendapat kecaman selepas ia dikaitkan dengan insiden perlawanan bola sepak antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.
  • SEREMBAN - “Kami jiran pun takut dengan mereka (anak dan ibu). Kadangkala ibu pelajar itu bertindak di luar kawalan,” kata seorang jiran yang mengenali keluarga remaja perempuan yang bertindak membuang air besar di sebuah dobi di Lobak, di sini, sehingga menjadi tular di laman sosial, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Pasaraya NSK Taman Sentosa Klang di sini hari ini menyangkal keras dakwaan penemuan najis haiwan atas rak yang menjual produk ikan bilis seperti yang tular sejak 28 September lalu.
  • BAGAN DATUK - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mah Hang Soon menafikan dakwaan penolong pegawai perubatan dan ambulans tidak membantu mangsa kemalangan yang tular sejak kelmarin.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.