KUALA TERENGGANU - Padah menangkap hasil laut di perairan negara melibatkan rampasan lebih RM1 juta termasuk lima tan hasil laut, seorang tekong warga Vietnam didenda RM1 juta manakala seorang awak-awaknya didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Tidak cukup dengan itu, tekong, Truong Luoang Thien, 37, dan Vo Van Hue, 39,

Hukuman itu diputuskan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas tekong, Truong Luoang Thien, 37, dan Vo Van Hue, 39, didapati bersalah selepas perbicaraan membabitkan pendakwaan menggunakan peralatan ikan tanpa kebenaran di bawah mana-mana perjanjian perikanan antarabangsa dan tanpa permit sah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama-sama di atas vesel penangkapan ikan pada jarak 100 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu berhampiran Pulau Tenggol, Dungun pada jam 6.20 pagi, 2 Oktober lalu.

Kedua-dua didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a)Akta Perikanan 1985 (Akta 317) dan boleh dibaca bersama mengikut Seksyen 25(a) yang dibaca bersama Seksyen 52 (1)(a) (¡) dan Seksyen 52 (1) (a) (ii) akta sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Ibu Pejabat Wilayah Maritim Timur, Mohamad Afiq Taqiudin Roslan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Tetuan Rafaei & Co, Muhammad Syahri Adnan.

Terdahulu, Mohamad Afiq Taqiudin meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan menjejaskan ekonomi nelayan tempatan selain turut memberi kesan kepada ekosistem.

Bagaimanapun, tertuduh melalui peguam bela merayu supaya hukuman ringan diberikan kepada kedua-dua anak guamnya.

Mohamad Haldar yang menjatuhkan hukuman turut memerintahkan Luoang Thien dan dipenjara selama tiga tahun penjara sekiranya gagal menjelaskan denda masing- masing RM1 juta dan RM100,000 yang ditetapkan.

Mahkamah mengarahkan semua barang kes iaitu sebuah kapal penangkapan ikan, peralatan menangkap ikan, hasil laut dirampas dan minyak diesel dilucutkan kepada kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, 11 lagi awak-awak yang berdepan pertuduhan sama dijatuhi hukuman denda RM35,000 dan RM50,000 atau tahun penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.