KOTA BHARU - Seorang penganggur tidak mengaku salah di mahkamah sesyen hari ini atas tuduhan merogol teman wanitanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mustazar Mustapa, 24, didakwa  di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di Kampung Pantai Mek Mas pada jam 12.01 tengah malam, 7 Mei 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak mencadangkan jaminan dan memohon tarikh sebutan untuk laporan perubatan mangsa sementara tertuduh pula tidak mengemukakan rayuan.

Kes ditetapkan sebutan semula pada 26 Jun depan dan tertuduh dihantar ke penjara kerana tidak dibenarkan jamin.