SHAH ALAM - Tiga anggota polis Bukit Aman dan seorang individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima suapan, dua tahun lalu.

Mereka yang masing-masing berusia 29 hingga 33  tahun ditahan di sekitar Kajang, Shah Alam dan Kuala Lumpur antara 6.16 pagi hingga 7.30 pagi hari ini.

Menurutnya sumber, mereka disyaki menerima suapan itu sebagai balasan menutup saman yang telah dikeluarkan terhadap kenderaan- kenderaan sebuah syarikat persendirian.

Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a) (B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana rasuah.