SHAH ALAM - Peguam bekas Adun Pas mendakwa penangkapan anak guamnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat seolah-olah sengaja dilakukan ketika parti itu sedang berhadapan dengan PRK Seri Setia.

Peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili bekas Adun berusia 56 itu berkata, tindakan itu didakwa sengaja untuk mempengaruhi undi Sabtu ini.

"Timing kes ini hampir dengan PRK Seri Setia. Ada gambaran seolah-olah ia disengajakan," katanya.

Menurutnya, pihaknya berpegang kepada prinsip bahawa anak guamnya tidak bersalah selagi ia tidak dibuktikan oleh mahkamah.

"Anak guam kami bertegas bahawa tidak bersalah terhadap tuduhan SPRM," katanya.

Beliau berkata, SPRM telah melakukan penggeledahan di rumah suspek dan beberapa lokasi termasuk pejabat sehingga jam 1 pagi tadi.

"Semalam beliau (suspek) hadir ke Pejabat SPRM sekitar jam 2 petang selepas dipanggil memberi keterangan," katanya.

Selain suspek, anaknya perempuannya juga turut dipanggil memberi keterangan.

Terdahulu, Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari terhadap wanita itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Adun Pas direman SPRM]

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Adun wanita ditahan SPRM]