SHAH ALAM - Bekas Adun Pas yang disiasat berhubung salahguna kuasa membabitkan RM50,000 dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia berikutan suruhanjaya itu telah melengkapkan siasatan. SPRM turut mengenakan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu Adun wanita yang berusia 56 tahun itu kelihatan sebak selepas beberapa individu hadir memeluk dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Adun Pas direman SPRM]

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Adun wanita ditahan SPRM]

Ketika ditanya, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan penahanannya.

“Saya tidak mahu ulas apa-apa. Semuanya ok. SPRM jalankan tugas mereka,” katanya.

Semalam mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadapnya.