KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Sophian Abdul Razak menetapkan jaminan RM1 juta untuk semua empat pertuduhan dengan dua penjamin.

Beliau juga mengarahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kedua-dua pasportnya.

“Mahkamah berpendapat RM1 juta tunai dengan dua penjamin adalah adil dan saksama. Tertuduh juga perlu menyerahkan kedua-dua pasportnya," katanya.

Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah keseluruhan RM42 juta.

Najib membuat pengakuan itu dihadapan hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak selepas kesemua kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib Razak didakwa hari ini]

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak mengaku pecah amanah dan rasuah RM42 juta]