SHAH ALAM - Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta rasuah bagi meluluskan lesen terbang kepada warga asing.

Turut ditahan seorang pemilik pusat memandu yang beroperasi di Selangor.

Mereka dipercayai menyasarkan warga asing dengan mengenakan bayaran RM3,000 hingga RM5,000 bagi setiap lesen terbang.

"Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak 2015 ketika anggota JPJ berkenaan bertugas di cawangan Bintulu.

"Pada masa sekarang mereka masing-masing bertugas di cawangan Miri dan Seremban," katanya.

Menurutnya, penahanan mereka dibuat di Pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir memberi keterangan semalam.

Kesemua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.