MELAKA - Tiga pemuda masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, terhadap pertuduhan mencuri paip bernilai RM50,000 pada Isnin lepas.

Tertuduh B Vimalan, 32 dan dua adik-beradik, SS. Mogan, 34 serta SS. Murugan, 26 didakwa bersama mencuri 220 paip HDPE (PN10) milik TP Jaya Sollution di Kawasan Perindustrian Balakong, Selangor.

Kesalahan itu dikesan apabila ketiga-tiganya ditahan di tepi Jalan MITC, berhampiran Taman Tasik Utama Ayer keroh, pada 4.00 hingga 8.00 pagi, 3 September lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 kanun keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Analia Kamaruddin kemudianya menawarkan tertuduh jaminan RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula dan lantikan peguam. - Bernama