|
MAHKAMAH
MAHKAMAH
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhadapan saman tuntutan ganti rugi dan dakwaan konspirasi yang dikemukakan oleh dua ahli perniagaan dan syarikat Radiant Splendour Sdn Bhd.
  • PETALING JAYA - Seorang warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memecah masuk rumah dan mencuri pelbagai barangan milik seorang eksekutif sumber manusia, Mac lalu.
  • SEREMBAN - Seorang koperal polis ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM1,500 berhubung penggajian tiga warga Bangladesh yang memiliki permit kerja luar kawasan.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga Indonesia dicekup selepas kegiatannya melacurkan diri menggunakan aplikasi WeChat bagi mempromosikan khidmat seks terbongkar dalam serbuan Ops Noda di sebuah hotel di bandar raya ini, kelmarin.
  • MELAKA TENGAH - Sebuah syarikat menjual perkakasan hari ini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, atas kesalahan membuang sisa pepejal pembinaan serta sampah di tanah persendirian berdekatan kawasan tumpuan pelancong di Alor Gajah, Januari lalu.
  • KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pengurup wang dan dua pegawai kanannya didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bank Negara, Mac lepas.
  • MELAKA TENGAH - Seorang penjual buah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mendera dua anak lelakinya pertengahan bulan lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini memerintahkan seorang Penguasa Kanan Bomba 11 direman lima hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM6,480.
  • SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap timbalan pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bersama tiga pengurus jabatan pertubuhan itu bagi membantu siasatan dakwaan menerima suapan dalam bentuk percutian, tiga tahun lepas.
  • KUALA LUMPUR - Dua rakan serumah didakwa hari ini atas tuduhan dengan kejamnya menyebabkan penderitaan terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian yang membawa kepada kematian haiwan itu di sebuah kedai dobi layan diri.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
  • KUALA TERENGGANU - Bapa kepada dua anak dijatuhi hukuman penjara 16 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana mengeluarkan RM13,650 daripada mesin pengeluaran automatik (ATM) tanpa kebenaran.
  • KUALA LUMPUR - Tiga sahabat menceroboh Menara Ilham sehingga ke tingkat 56 bangunan itu didenda RM500 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
  • PETALING JAYA - Lelaki yang berpura-pura menolong seorang wanita bersama anak kecil yang keretanya tersadai di tepi jalan Mac lalu, hari ini dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan satu sebatan kerana merompak barangan dan wang tunai milik wanita itu.
  • CHUKAI - Seorang pemilik syarikat peralatan perkakasan dan jentera ditahan reman selama lima hari bermula hari ini selepas dipercayai memberi rasuah sebanyak RM27,500 kepada pengurus Ladang Tabung Tentera Terengganu.
  • GEORGETOWN - Sembilan individu daripada 27 individu yang sebelum ini didakwa mengganggotai kumpulan jenayah terancang, Kongsi Gelap Geng 24 Pulau Pinang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang Penolong Kanan Penguasa Bomba di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang, direman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan pada Isnin mengenai kesahihan pelantikan bekas dua hakim tertinggi sebagai hakim tambahan.
  • SANDAKAN - [DIKEMASKINI] Kerusi Dun Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran kekal milik BN selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen calon Parti Warisan Sabah (Warisan).
  • KOTA BHARU - Padah diterima seorang buruh apabila dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh mahkamah sesyen, kerana dua kali merogol teman wanita bawah umur, tahun lalu.
  • KOTA BHARU - Seorang ejen jual beli tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, hari ini atas tuduhan menipu tawaran penjualan kenderaan dan telefon bimbit yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.16 juta, tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, hari ini melunaskan baki bayaran jaminan berjumlah RM500,000.
  • GUA MUSANG - Seorang penyelia stesen minyak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah hasil jualan wang syarikat berjumlah RM10,000, Jun lalu.
  • AMPANG - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan meninggalkan negara ini secara tidak sah, Mei lalu.
  • ALOR SETAR - Dua ahli PKR yang ditahan pada Sabtu lalu selepas disyaki terlibat dalam politik wang untuk pemilihan cabang parti itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.
  • JOHOR BAHRU - Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan bernilai RM400, tahun lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dijatuhi hukuman denda RM2,400 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat dengan pasangannya yang bukan Islam.
  • GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Datuk Shabudin Yahaya berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya Pulau Pinang menolak petisyen PRU14 bagi kawasan itu yang difailkan calon Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.
  • KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang lelaki melakukan kekerasan jenayah terhadap anggota polis menerima padah apabila dijatuhi hukuman sehari penjara dan dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
  • PONTIAN - Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara enam tahun lapan bulan, denda RM30,000 serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Imigresen di Pekan Nanas, dekat sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang masih berstatus isteri dikenakan hukuman denda RM2,600 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana kesalahan berkhalwat dengan rakan sekerjanya, pada Januari lalu.
  • ALOR SETAR - Dua lelaki ditahan reman selama enam hari bermula hari ini demi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan politik wang RM20,000.
  • BUTTERWORTH - Seorang anggota polis berpangkat inspektor dan seorang lagi berpangkat sarjan serta isterinya dihadapkan ke Mahkamah Butterworth di sini selepas didakwa menerima rasuah, dua tahun lalu.
  • PUTRAJAYA - Peguam Negara Tommy Thomas bertanggungjawab untuk memberitahu mahkamah maklumat sebenar mengenai dakwaan RM9.5 juta dibayar kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu.
  • KUALA LUMPUR - Padah mengugut lima mekanik warga Bangladesh dengan menyamar sebagai Timbalan Pengarah Penguatkuasa Imigresen serta memiliki pasport milik individu lain, seorang pemborong ayam dipenjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.
  • PETALING JAYA - Seorang pekerja kedai kopi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan wang kertas palsu berjumlah RM3,500 untuk membuat bayaran pembelian telefon bimbit iPhone X.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu dua juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk menyerahkan empat peti yang mengandungi wang tunai berjumlah lebih RM300,000.
  • PETALING JAYA - Tiga rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita warga emas bersenjatakan parang di sebuah pasar raya, bulan lalu.
  • KUALA LUMPUR - Lima lelaki dihukum penjara lapan bulan dan denda maksimum RM5,000 oleh di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menjadi anggota kumpulan ‘Geng 08’ yang menyalahi undang-undang.
  • KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Ampang, di sini, hari ini atas beberapa tuduhan menerima wang berjumlah hampir RM600,000 daripada dua pesara tentera berhubung perniagaan pelaburan beras tanpa lesen.
  • shah alam - Penemuan DNA milik seorang pengawal keselamatan pada lampin bayi merupakan antara alasan lelaki terbabit diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang, tiga tahun lepas.
  • BUTTERWORTH - Seorang pegawai polis dan sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah RM1,800 daripada seorang pekerja bengkel, dua tahun lalu.
  • SUNGAI PETANI - Sepasang suami isteri direman enam hari, bermula hari ini sehingga 19 September ini bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di dua buah premis perniagaan di sini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu peribadi dihukum penjara sehari dan didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sepasang cermin mata di sebuah kedai cermin mata minggu lepas.
  • KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini.
  • SABAK BERNAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, sebentar tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan menipu seorang lelaki berhubung urusan jual beli tanah melibatkan kerugian RM12,000, lima tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berdepan empat pertuduhan akan mengemukakan permohonan rasmi untuk mengketepikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai barisan pendakwaan terhadapnya.
  • KUALA LUMPUR - Selepas beberapa jam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), peguam terkemuka, Tan Sri Shafee Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta.
  • GEORGETOWN - Seorang pemandu lori dihadapkan ke mahkamah terhadap pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat lebih satu tan, Ogos lalu.
  • KUALA LUMPUR - [VIDEO] Peguam terkemuka, Tan Sri Shafee Abdullah tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan penggubahan wang haram.
  • KUALA LUMPUR - Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdulllah dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.
  • SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan semakan untuk mengubah tempoh tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan Mahkamah Majistret ke atas dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada Jun lepas.
  • PETALING JAYA - Seorang penganggur yang meragut beg sehingga mangsa diseret di atas jalan raya, hari ini dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
  • KUALA TERENGGANU - Seramai 12 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana didakwa mengangkut 440 karton rokok seludup ditaksirkan bernilai RM352,000 dengan lori.
  • PARIT - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di pos pengawal sebuah kilang ubat di Seri Iskandar, bulan lepas.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pekerja di Jabatan Sumber Manusia di sebuah hotel dihukum penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri pakaian di sebuah butik, minggu lepas.
  • ALOR SETAR - Keseronokan bermain judi 'belangkas' di kawasan kebun, di daerah Pendang, empat hari lalu, mengundang padah apabila seorang wanita berusia 70 tahun bersama enam lagi lelaki didenda oleh mahkamah majistret, di sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang bekas polis berpangkat sarjan dihukum penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memperoleh rasuah RM1,500 sebagai dorongan untuk seorang individu tidak dituduh di mahkamah atas kesalahan dadah, tiga tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan dua lagi atas dakwaan memanggilnya dengan kata kesat ketika sidang media di lobi Parlimen, diselesaikan secara baik.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini menetapkan 12 Oktober ini bagi sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan dalam bahagian sejuk beku peti ais, Julai lepas.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf