KESEMPATAN menyertai Royal Belum International Hornbill Expedition 2017 baru-baru ini memberi pengalaman yang amat berharga buat penulis untuk melihat secara dekat spesies burung-burung yang jarang ditemui.

Ini merupakan kali kedua program ini dianjurkan. Kali pertama diadakan ialah pada tahun 2013 di mana Perbadanan Taman Negeri Perak sebagai penganjur utama.

Tidak tergambar hati begitu teruja dapat melihat sendiri bagaimana bird watching/photography. Patience & Love, dua faktor yang penulis lihat pada setiap peserta. Sebaik lensa kamera difokuskan masing-masing begitu tekun menjejaki burung, walau tanpa bonikular. Tumpuan sangat tajam dan mengagumkan.

Program menjejaki 10 spesis burung enggang selama dua hari ini disertai lebih 40 peminat burung dari Amerika Syarikat, China, Taiwan, Jepun, Filipina, Singapura, Brunei, India, Thailand dan Malaysia.

Royal Belum International Hornbill Expedition 2017

Menariknya, Noah Strycker juga turut serta dalam expedisi ini. Beliau merupakan pemegang rekod Big Year of Birding dengan rekod 6,042 spesis burung dilihat dari 10,400 spesis burung yang ada di dunia hanya dalam setahun di tujuh buah kontinen dari 1 Jan-31 Dis 2015.

Acara ini pertama kali diadakan di Royal Belum. Ia bertujuan untuk  mempromosikan Taman Negara Royal Belum kepada peminat burung antarabangsa khasnya. Rentetan dari acara ini pihak Perbadanan Taman Negeri Perak mendapat maklum balas baik dari peserta bagi memantapkan promosi hutan Royal Belum kepada pelancong luar, terutamanya pencinta burung.

Antara penganjur yang terlibat ialah Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak dan ECOMY dengan kerjasama Koridor Utara, MOTAC, Tourism Malaysia, Tourism Perak, Nikon, NEST dan Wild Bird Club Malaysia . Ekspedisi ini dianggap berjaya dan menjadi titik permulaan kepada penganjuran tahunan.

Plain-pouched Hornbill

Royal Belum

Taman Negara Royal Belum digazet sebagai kawasan lindungan pada 3 Mei 2007 di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001. Luas keseluruhan 117,500 hektar dengan 90% ialah Hutan Simpan Royal Belum. Ia bersempadan Thailand di utara, Lebuhraya Timur-Barat di selatan, Kelantan di Timur dan hampir dengan Taman Negara Bang Lang dan Tempat Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala. Royal Belum pada awal tahun ini juga dimohon senarai Tapak Warisan Dunia Unesco oleh Kementerian Pelancongan.

Hutan hujan tropika di sini antara tertua di dunia, sekitar 130 juta tahun. Dengan hutan tebal, ia menjadi habitat tumbuhan seperti raflesia dan haiwan liar termasuk spesis terancam; harimau, gajah, beruang, badak sumbu, tapir, helang dan burung enggang. Burung Enggang mungkin lebih dikenali di Sarawak. Namun, di sini terdapat lapan jenis Enggang berbanding 10 jenis di Royal Belum.

10 spesies Enggang di Royal Belum ialah:

Enggang Bulu/White-chrested

Hornbill

Enggang Kawan/Enggang

Buluh/Bushy-crested Hornbill

Enggang Berkedut/Wrinkled

Hornbill

Enggang Gunung/Wreathed

Hornbill

Enggang Hutan/ Plain-pouched

Hornbill

Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental

Pied Hornbill

Black Hornbill

Enggang Badak/Rhinoceros

Hornbill

Enggang Papan/Great Hornbill

Enggang Tebang Mentua/

Burung Torak/Helmeted Hornbill

Artikel berkaitan yang patut anda baca :