BUDAYA minum kopi sudah menjadi tren di kalangan masyarakat malah mereka yang dikatakan ‘coffee lover’ sanggup menikmati kopi yang bermutu tinggi untuk kepuasan.

Tidak hairanlah begitu banyak kafe yang menawarkan hidangan kopi yang istimewa buat pengunjung.

Salah satunya ialah Common Man Coffee Roasters (CMCR), sebuah kafe dan ‘roaster’ kopi yang memulakan operasinya di Singapura sejak tahun 2013.

Matlamat CMCR, ialah berusaha untuk mencapai kecemerlangan  konsisten dalam sajian makanan, kopi dan perkhidmatan. Berbekalkan matlamat itu, CMCR direalisasikan di Kuala Lumpur.

Dengan memilih lokasi yang strategik dan sasaran audien yang yang tepat, CMCR beroperasi di TTDI dan menampilkan menu gaya ‘brunch’ sepanjang hari, tujuh hari seminggu. Pilihan makanan di sini termasuk ‘Common Man Full Breakfast’dan sajian popular ‘Common Man Fluffy Pancakes’dengan pisang, walnut, ‘berry coulis’dan sos karamel masin.

Turut terdapat dalam menu ialah beberapa item eksklusif untuk CMCR KL, seperti ciptaan khas ‘Club Sandwich’dan‘Churros’ yang enak. Pendek kata menu yang ditawarkan buat pengunjung diolah secara kreatif dan disaji dengan pilihan kopi yang pelbagai antaranya kopi khusus CMCR, iaitu22 Martin Blend, disediakan dengan mesin Synesso espresso yang dipaten khas untuk kami, dan kopi YirgZero dari Ethiopia, iaitu kopi dari sejenis benih, dipersiapkan dengan kepakaran di bar bru ini.

Menu istimewa

Belum pun setahun sejak pembukaannya, namun menampilkan kreativiti, Common Man Coffee Roasters dengan sukacitanya mengumumkan tawaran yang terbaru, iaitu set “High Tea” yang unik untuk sepasang pelanggan.

Pengunjung dijemput untuk menjamu selera sajian kopi atau teh sambil menikmati pilihan makanan istimewa yang disediakan dalam set High Tea ini. Hidangan ini ditawarkan secara eksklusif pada hari Khamis dan Jumaat, dari 2.30 tengah hari hingga 5.30 petang.

Istimewanya set High Tea untuk dua orang ini didatangkan dengan teh atau kopi atau kopi bru, satu seleksi makanan berperisa manis dan bukan manis, ditawarkan pada harga RM65++ (RM75.40 net).

Bagi memberi kelainan dan perubahan cita rasa, menu High Tea ini akan berubah agar pelanggan dapat mencuba kombinasi yang berbeza. Hidangan disediakan dengan setiap set termasuk empat jenis makanan manis dan tiga jenis makanan yang bukan manis, sesuai untuk dua tetamu berkongsi. Setiap makanan dibuat secara khusus untuk set High Tea ini.

Beberapa sajian enak yang disediakan untuk pesanan set High Tea termasuk ‘Lychee Coconut Cheesecakes’, ‘Profiteroles dengan Sesame Custard’, ‘Fresh Scones dengan Jam dan Cream’, ‘Sesame Bagel dengan Sour Cream’, ‘Mini Beef, Chicken atau Vegetable Sliders’, ‘Cranberry Walnut Cake’, ‘Corn Bread dengan Berries dan Fresh Cream’, ‘Beef Rendang Empanadas’, ‘Chocolate Gateau’, ‘Citrus Meringue Tart’, ‘Cheese Frittata’dan‘Chocolate Caramel Popcorn Bars’.

Buat anda yang ingin menikmati set High Tea ini boleh membuat tempahan awal ke talian 03 77317095.Waktu operasi ialah 8 pagi – 6.30 petang setiap hari.
 

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :