BUDAYA makan angin di Aidilfitri sudah menjadi satu kemestian jika Hari Raya disambut di kampung bersama keluarga dan sanak saudara. Suasana 'balik kampung' sememangnya momen yang dinantikan.

Namun kebelakangan ini, budaya itu tidak menjadi keutamaan malah memilih untuk menyambut lebaran dengan merangka percutian. Ia sememangnya bukan sesuatu yang baru, tetapi semakin menjadi trend masa kini.

Data terbaru Hotels.com mendedahkan trend rakyat Malaysia pergi bercuti ke destinasi percutian keluarga pada musim lebaran yang semakin menggalakkan. Trend ini menandakan peralihan budaya di negara ini, memandangkan Hari Raya lazimnya dikaitkan dengan perjalanan balik kampung.

Data pencarian Hotels.com mendedahkan 10 destinasi utama yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia untuk tempoh cuti Hari Raya tahun ini – dan destinasi tersebut memang terkenal sebagai pusat percutian keluarga yang popular.

“Lazimnya orang ramai meluangkan masa bersama keluarga pada Hari Raya, dan kami telah melihat peningkatan ketara dalam minat pengembara terhadap destinasi mesra keluarga untuk musim cuti tahun ini. Hotels.com dapat memenuhi keperluan pengembara di Malaysia, dan kami terus menawarkan nilai terbaik bagi pelanggan kami. Dengan 25 juta ulasan pengunjung yang sahih, rakyat Malaysia boleh mencari hotel terbaik yang memenuhi keperluan keluarga masing-masing,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.

Destinasi dalam negara yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia pada 2017*:

Kedudukan 2017     Destinasi          Peratus Peningkatan Carian, 2016-2017

1                           Langkawi                           14%

2                           Pulau Pinang                     71%

3                           Port Dickson                     103%

4                           Melaka                             93%

5                           Kuala Lumpur                    123%

6                           Ipoh                                  64%

7                           Tanah Rata                        28%

8                           Brinchang                         46%

9                          Johor Bahru                      164%

10                        Kota Kinabalu                    102%

Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson ialah destinasi carian utama yang diminati pengembara Malaysia pada musim Hari Raya tahun ini. Ketiga-tiga destinasi tersebut terkenal dengan keindahan pantai dan resort mesra keluarga, sesuai untuk percutian seisi keluarga. Pulau Pinang juga popular kerana kepelbagaian budaya dan aneka makanan yang boleh dinikmati.

Beraya di bandar raya?

Johor Bahru mencatatkan kenaikan terbesar daripada segi minat pengembara pada musim Hari Raya tahun ini, diikuti oleh Kuala Lumpur dan Port Dickson.

Walaupun Kuala Lumpur lazimnya lengang ketika Hari Raya kerana kebanyakan warga kota sudah balik kampung, terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pencarian bagi hotel KL pada musim Hari Raya tahun ini. Trend ini mungkin disebabkan oleh pertambahan bilangan pelawat dari seluruh Malaysia ke ibu kota negara, yang terkenal kerana daya tarikan beli-belah, menjamu selera dan hiburan mesra keluarga.

Destinasi luar negara yang paling kerap dicari oleh pengembara Malaysia pada 2017:

Kedudukan 2017      Destinasi           Peratus Peningkatan Carian, 2016-2017

1                             Bangkok                              45%

2                             Phuket                                52%

3                             Bali                                    78%

4                            Singapura                           107%

5                            Hat Yai                               59%

6                            Hong Kong                          40%

7                            London                               -4%

8                            Tokyo                                 26%

9                            Taipei                                 34%

10                          Hokkaido                           1%

Destinasi luar negara paling popular bagi pengembara Malaysia pada musim Hari Raya tahun ini ialah Bangkok, Phuket dan Bali. Rakyat Malaysia suka mengunjungi Thailand – data Indeks Harga Hotel™ (HPI) bagi 2016 juga menunjukkan bahawa negara tersebut adalah paling popular dalam kalangan pengembara Malaysia dan kecenderungan ini dijangka akan berterusan.

Singapura mencatatkan lonjakan paling tinggi dalam minat pengembara untuk musim Hari Raya kali ini, dengan peningkatan berganda dalam jumlah pencarian, diikuti oleh Hat Yai dan Phuket. Singapura ialah destinasi popular bagi percutian keluarga, dengan muzium terkenal, taman tema Universal Studios dan pilihan membeli-belah dan menjamu selera yang hebat.

Daripada 10 destinasi di atas, hanya London mengalami kemerosotan daripada segi minat carian tahun ini – memandangkan pengembara Malaysia lebih memberi tumpuan kepada destinasi serantau berbanding destinasi di Eropah dan Amerika Utara.

Info:

•Lebih ramai rakyat Malaysia kini merancang untuk membawa keluarga pergi bercuti bersama pada musim Raya tahun ini – trend perubahan budaya dari kelaziman balik kampung

•Destinasi seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson menjadi destinasi percutian paling popular pada musim Raya tahun ini.

•Lebih ramai rakyat Malaysia dijangka mengunjungi bandar raya seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pada Hari Raya

•Bangkok ialah destinasi luar negara paling popular bagi Hari Raya tahun ini
 

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :