KELAB Golf & Country Berjaya Hills (BHGCC) telah bekerja keras untuk menetapi piawaian kesempurnaan lapangan golf bagi untuk terpilih menjadi tuan rumah kejohanan Golf Terbuka Amatur Pahang 2017 yang kompetitif mulai 21 hingga 23 September ini. 

Kerja-kerja pembaikan pulih dan rawat lapangan 18 lubang ini berlangsung dengan serius untuk memastikan ia cukup mencabar untuk kejohanan terbuka amatur di peringkat negeri ini.

Meliputi kawasan seluas 16,000 ekar dan terletak 2,500 kaki di atas paras laut, BHGCC terletak tinggi di kawasan Bukit Tinggi, di tengah-tengah kehijauan dan hutan hujan tropika.

Memang amat sesuai BHGCC di pilih untuk menjadi lapangan kejohanan kerana karektor lapangan yang unik dan mencabar.

Terletak kira-kira 3 kilometer sahaja jauhnya dari Colmar Tropicale, tempat perlancongan yang unik.

BHGCC menawarkan alternatif serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan turut menyediakan piawaian perhotelan yang hebat. 

Ia memenuhi keperluan mereka yang ingin bercuti dan lari dari kesibukan bandar.

Tidak lupa juga mereka yang ingin merasai pengalaman yang mencabar dan menarik dalam permainan golf yang tenang dan damai di tengah-tengah bayu gunung yang sejuk.

Menyentuh tentang lapangan golf, BHGCC telah banyak berubah dalam menaik taraf lapangannya. 

Rekaan lapangan oleh J Michael Poellot yang menarik ini pernah dipilih sebagai Top 20 Best Golf Course in Malaysia 2010/2011. 

Dan lubang 17 pernah dipilih sebagai 4th Most Scenic Hole in Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Hills Resort Bhd Teh Ming Wah berkata lapangan ini mempunyai reka bentuk yang menarik sesuai untuk kejohanan bagi menguji kemahiran dan ketahanan para pemain.

“Ramai pemain golf menganggap lapangan ini merupakan di antara yang terbaik, untuk kejohanan ini peserta lelaki akan memulakan permainan di kotak hitam tee yang keseluruhan panjangnya 6,312 meter,” katanya.

Pengurus kelab GCC Berjaya Hills Mohammed Ishak berkata banyak usaha telah dilakukan untuk baik pulih lapangan ini sehingga berubah wajah kepada keadaan sekarang, amat sesuai untuk kejohanan kompetitif.“Kita tidak boleh membuat lapangan ini terlalu sukar kerana ini bukan acara profesional, tetapi ia perlu memenuhi piawaian,” kata Mohammed. 

Yuran penyertaan adalah RM395 seorang untuk rakyat Malaysia dan US $ 120 seorang untuk warga asing. Kejohanan itu akan diadakan di kelab golf BHGCC dari 21 hingga 23 Sept.

Di par tiga lubang sebelas sedia menanti hadiah lumayan bagi peserta yang bernasib baik untuk hole in one. Iaitu sebuat kereta Mazda bernilai RM90,000.Untuk maklumat lanjut, hubungi Berjaya Hills GCC di 09-2228882.

 
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :