• Pengarah Omni MalAgencies Sdn Bhd, Chua Hock Tee menunjukkan pelbagai jenis kurma yang diedar oleh syarikatnya ketika ditemui di Kawasan Perindustrian II Pengkalan Chepa di sini Pengarah Omni MalAgencies Sdn Bhd, Chua Hock Tee menunjukkan pelbagai jenis kurma yang diedar oleh syarikatnya ketika ditemui di Kawasan Perindustrian II Pengkalan Chepa di sini
1 /

KOTA BAHARU - Buah kurma, yang disunatkan berbuka puasa dengannya ketika berpuasa oleh umat Islam, kini boleh didapati dengan mudah dan dalam bungkusan menarik.
   
Sebuah syarikat di Kelantan, Omni Mal Agencies Sdn Bhd, dikenali kerana buah kurmanya yang datang dalam pelbagai bungkusan yang menarik.
   
Inilah syarikat, yang sebelum ini menawarkan buah kurma dalam tin dengan penutupnya dalam bentuk kubah Masjid Besar Abu Dhabi.
   
Tahun ini rekabentuk baru pula diperkenalkan di bungkusan produk kurma syarikat, iaitu dengan cetakan motif songket.
   
Omni Mal Agencies, syarikat pembungkus dan pengedar kurma terbesar di Kelantan, nampaknya telah menyertakan rekabentuk warisan tradisional Melayu dalam bungkusan-bungkusan kurmanya.

Pengarah urusan syarikat Chua Hock Tee menunjukkan bahawa motif songket dalam bungkusan - pembalut, kotak dan tin - yang diperkenalkan pada musim perayaan ini menambah keanggunan pada tawaran syarikat.
   
Bungkusan ini juga secara tidak langsung mempromosi songket dan Chua gembira untuk menunjukkan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Diasaskan pada 1997 sebagai sebuah daripada sayap Training House Sdn Bhd, syarikat beropersi di Kawasan Perindustrian II Pengkalan Chepa di sini.
   
Selain kurma yang dibungkus secara eksklusif dan dibekalkan kepada pemborong, syarikat juga memasarkan buah-buahan kering dan jus buah-buahan.

Ditanya mengapa syarikat menumpukan kepada pembungkusan inovatif, Chua menjawab; "Pembungkusan adalah penting kerana ia mencerminkan identiti sesuatu produk kepada umum, khasnya kepada pelanggan".
   
Beliau menunjukkan bahawa syarikat sentiasa menekankan kepada kualiti dan kebersihan buah kurma.
   
Syarikat membungkus buah kurma yang diimport dari seluruh dunia - Iran, Mesir, Saudi Arabia dan Emiriah Arab Bersatu.
   
Hanya buah kurma terbaik diimport dan diproses menggunakan mesin untuk menjamin kebersihan.
   
"Dan buah kurma yang diimport dalam kampit dan beg plastik disimpan dalam persekitaran beroksigen rendah menggunakan 'penyerap oksigen untuk mengekalkan kesegaran," jelas beliau.
   
Beliau menyatakan bahawa buah kurma 'ajwa' sebagai pilihan Muslimin di negara ini dan ia juga kegemaran Nabi Muhammad SAW.
   
KONSEP HALALAL YOYYIBA   

Syarikat mendapat persijilan 'Halal' daripada Jabatan Pembangunan Agama Islam (Jakim) pada 16 Mac lepas.
   
"Buah kurma ini suci atas pokok, tetapi selepas dipetik ia mungkin dicemari bahan kimia, atau elemen lain apabila terdedah kepada cahaya dan udara.
   
Inilah sebab mengapa kami mengambil inisiatif untuk mematuhi keperluan halal," katanya.
   
"Kami juga mengamalkan konsep perniagaan "halalal toyyiba". Kami juga telah memperkenalkan kurma yang disira dengan minyak bunga Habbatus Sauda yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan," katanya.
   
CENDERAHATI KORPORAT
       
"Tahun lepas sahaja syarikat mencatatkan jualan kurma bernilai RM2 juta dan tahun ini kami menjangka dapat mengatasi angka itu memandangkan kini kami juga memasarkannya di Sabah dan Sarawak," katanya.
   
Buah kurma syarikat berjaya menembusi sebahagian besar daripada rangkaian pasaraya di negara ini.
   
"Produk-produk kami sebahagian besarnya dibekalkan kepada badan-badan korporat dan jabatan-jabatan kerajaan sebagai cenderhati korporat,” katanya.
   
Syarikat kini sedang menumpukan usaha untuk memasuki pasaran China dan Russia. - Bernama