SEJAK kebelakangan ini terda-pat  pelbagai pihak  yang cuba mentafsirkan undang-un-dang berdasarkan pemahaman mereka sendiri melalui pembacaan peruntukan statut sahaja.

Undang-undang mempunyai pelbagai kaedah untuk mentafsirkannya. Sebagai seorang pelajar undang-undang saya didedahkan dengan pelbagai metodologi mentafsir undang-undang.

Lazimnya undang-undang boleh ditafsirkan secara literal atau harfiah, undang-undang juga boleh ditafsirkan secara objektif, harmoni tersirat dan banyak lagi kaedah yang diterima pakai.

Namun kaedah yang lebih sukar diaplikasikan ialah mentafsir undang-undang berteras fakta sejarah bagi memahami tujuan sebenar sesuatu peruntukan undang-undang itu diwujudkan.

Inilah yang dikatakan sebagai ‘hasrat penggubal undang-undang’. Wa-laupun tidak semestinya kita terikat dengan ‘hasrat penggubal undang-undang’ tersebut tetapi ia dapat memberi pedoman kepada kita bagaimana untuk menghayati sesuatu peruntukan undang-undang itu.

Analogi mudah berkaitan ini ialah bagaimana ulama Islam mentafsirkan nas-nas al-Quran dengan meneliti asbabun nuzul atau sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat al-Quran ataupun asbabun wurud sesuatu hadis. Kaedah ini digunakan bagi pentafsir lebih memahami sesuatu nas itu dengan lebih jelas agar tidak tersasar daripada tujuannya.

Untuk itu Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah membentuk suatu pasukan pengkaji sejarah perundangan negara. Delegasi 12 peguam ini telah membuat kajian di Arkib Negara bagi meneliti dokumen-dokumen lama sejarah perundangan Malaysia.

Begitu juga bermula pada 28 September hingga 7 Oktober lepas pasukan pengkaji ini telah membuat kajian di beberapa institut di United Kingdom iaitu Arkib Parlimen Britain, Arkib United Kingdom dan Perpustakaan British.

Delegasi PPMM juga sempat mengunjungi TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi di pejabat beliau yang memberi sokongan penuh kajian strategik ini.

Walaupun tempoh zamalah ini agak singkat namun terdapat pelbagai penemuan baharu diperoleh daripada inisiatif ini. Pelbagai dokumen dapat dikaji dan beberapa fakta sejarah perundangan ditemui. Yang lebih menakjubkan terdapat dokumen yang sudah lebih 100 tahun tidak dibuka diperoleh ketika ini.

Saya percaya bahawa terdapat banyak lagi bahan yang perlu digali bagi terus menghayati sejarah perundangan negara ini. Mungkin pada masa akan datang lawatan susulan perlu diadakan lagi.

Setelah berjaya mengumpulkan beberapa dokumen berharga ini pasukan pengkaji PPMM ini akan meneliti dan membuat rumusan baharu berkaitan isu yang dikaji. Adalah terlalu awal bagi saya mendedahkan di sini hasil kajian tersebut.

Namun hasil kajian itu  dirasakan amat bermanfaat khususnya bagi kami berhujah di mahkamah kelak, terutama mengenai isu-isu yang mempunyai kaitan dengan Islam, orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Hasil kajian tersebut juga akan dipanjangkan kepada pihak berwajib agar mereka tidak tergelincir dari landasan yang betul apabila membuat sebarang tindakan.

Saya sangat berhasrat kajian seperti ini dapat dipanjangkan lagi namun akibat kekangan bajet kami melakukan seadanya. Perbelanjaan untuk ke London dan logistik di sana merupakan perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu bagi tujuan tersebut.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada team pengkaji ini yang sebahagian besarnya mengeluarkan perbe-lanjaan sendiri bagi melaksanakan misi besar ini. Mudah-mudahan objektif misi ini berjaya dicapai dan jati diri negara dapat terus diper-tahankan daripada serangan puak liberal dan sekular.

Kita mungkin selalu membaca laporan Suruhanjaya Reid yang dikatakan telah menggubal Per-lembagaan Persekutuan. Namun sebenarnya Suruhanjaya Reid tersebut bukanlah segala-galanya.

Jauh sebelum daripada itu telah terdapat asas pembentukan negara yang mana Suruhanjaya Reid hanya mengabsahkan kesinambungannya sahaja. Sangat menarik juga jika kita dapat membaca perbincangan Kabinet Britain semasa mahu membentuk suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid tersebut.

Begitu juga handsard Parlimen Britain yang membincangkan peruntukan Perlembagaan Per-sekutuan. Malah surat-surat antara pelbagai pihak di Tanah Melayu kepada Kerajaan British dan sebaliknya juga sangat bermanfaat untuk dibaca bagi memahami peranan British di Tanah Melayu ketika itu.

Terdapat pelbagai perkara yang masih belum kita ketahui mengenai sejarah negara kita dan kemungkinan juga ada lagi fakta yang masih belum didedahkan kepada kita semua.

Oleh hal yang demikian saya percaya zamalah yang dilakukan baru-baru ini bukan hanya perlu diteruskan oleh PPMM, tetapi juga pengkaji perundangan dan individu lain yang berminat.

Marilah kita mengumpul upaya dan usaha bagi membongkar sejarah silam negara agar ia dapat memberi manfaat kepada generasi kini dan mendatang.

* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMATIAN bukanlah suatu yang ditunggu-tunggu kebanyakan manusia. Namun mati itu pasti. Cuma kita sebagai hamba-Nya tidak tahu bilakah malaikat maut akan datang untuk mencabut nyawa.
  • SEJAK kebelakangan ini, pelbagai pihak dengan lantang mempertikaikan fatwa dibuat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ataupun Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri.
  • BARU-baru ini dilaporkan di media, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nadzrin Shah mempersoal nilai kewarganegaraan seorang warganegara yang tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.
  • LAZIMNYA di Malaysia, hukuman dijatuhkan kepada pesalah berdasarkan hukuman tradisi yang telah lama dilaksanakan iaitu denda, penjara dan sebatan. Hukuman-hukuman punitif tersebut perlu dilihat semula keberkesanannya dalam konteks negara ketika ini.
  • BUDI pekerti dan moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan masyarakat ikhlas dan amanah. Pemimpin cemerlang juga perlu menggarap diri kepada piawaian akhlak dan moral yang tinggi agar dapat diterima oleh masyarakat serta menjadi teladan kepada mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.