MACAM ada persamaan beberapa pemimpin berbangsa China khusus pembangkang di negara ini dengan negara China sebaik memperoleh kuasa. Dalam konteks negara China, mereka sudah menjadi  besar kepala macam Israel dan Amerika Syarikat (AS) sejak muncul sebagai gergasi ekonomi baharu. Ia sudah pun mempamerkan kekuatan kuasa armada lautnya di Laut China Selatan berhubung tuntutan bertindih Pulau Spratly.

Selat Melaka jika diberi peluang mahu saja ia menguasai dengan meletakkan armada lautnya. Ia mahu menjadi polis perairan pula. Sikapnya mahu menamatkan pengaruh dan menghalau AS dari rantau ini dibuat secara terbuka.

Justeru bagi kita kehilangan pesawat MH370 memperlihat satu watak baharu China dan rakyatnya. Sedangkan hakikatnya kehilangan MH370 seperti juga tragedi Silk Air dan Air France tidak lama dahulu. Ia tak lebih dari satu lagi kemalangan. Mereka tak boleh samakan dengan pesawat Pan Am 103 yang terhempas di Lockerbie (Scotland), pada Disember 1988 ekoran letupan bom dalam pesawat oleh pengganas.

Tidak ada bukti mengait kehilangan MH370 kerana dirampas atau elemen terorrisme. Lagipun ia belum dapat dibuktikan berlaku sebarang rampasan. Maka dipendekkan cerita media barat seperti CNN pun tak tahu punca kehilangan melainkan ALLAH jua.

Kita sedar 153 penumpang dalam pesawat terdiri warga China selain warga negara lain termasuk rakyat kita. Oleh kerana ia satu tragedi luar biasa, 26 negara lain kini bertungkus-lumus membantu kita. Mereka menggunakan peralatan canggih seperti radar dan satelit serta mengerakkan pesawat udara dan laut. Kini gerakan mencari di Lautan Hindi diambilalih Australia.

Sekiranya rakyat China fikir mereka lebih bijak, mereka sudah pun menemui bangkai pesawat. Malangnya mereka dan yang lain-lain sekadar gemar berteori dan berfalsafah. Alangkah baik jika 35 warganya yang ke sini datang memberi sokongan moral pada PM dan rakyat Malaysia.  

Sebaliknya mengecewakan ialah mereka memperlihat sikap kasar dan tidak menghormati hos sebaik tiba di Kuala Lumpur. Salah satu tuntutan  ialah mahu menemui PM bagi mendapatkan maklumat. Jelas sekali   menggambarkan selama ini mereka duduk dalam gua. Bukankah maklumat salah itu mereka peroleh dari media sendiri serta laman-laman internet di sana?

Mereka ingat dengan datang ke sini boleh saja jumpa PM bila-bila masa seperti menemui penjual ikan di pasar. Sudahlah dibiayai penerbangan ke sini, mereka juga mendapat layanan istimewa. Kalau insiden ini berlaku di Amerika ataupun mana-mana negara barat, baharu mereka sedar langit tinggi rendah. Visa kemasukan ke sana pun belum tentu diperoleh.

Kita bernasib baik provokasi Red Bean Army (RBA) serta sikap media China  dan rakyatnya gagal tinggalkan kesan negatif. Tokoh-tokoh dunia tampil mempertahankan PM. Rakan Najib Razak dari Australia menganggap tepat sekali kenyataan PM mengenai kehilangan MH370. Ia juga diulas Singapura melalui Menteri Luarnya yang berasakan Malaysia tidak wajar dikritik sebegitu rupa.

Sebenarnya usaha menganjurkan China memboikot kita berasaskan inisiatif  puak paling minoriti. Dari 2 bilion rakyatnya, mungkin 1,000 orang yang berniat jahat. Mereka mungkin terdiri daripada warganya yang ditangkap dan dihantar pulang akibat didapati bersalah bekerja di rumah-rumah urut, di kelab-kelab malam serta terbabit kegiatan seks haram. Kalau mereka masih berdendam ini difahami. Itu belum lagi yang dihasut RBA dengan dakwaan kerajaan amal double standard terhadap bangsa China di sini.

Lagipun pada masa sama angka yang berdemonstrasi dan melaung boikot itu terlalu kecil untuk dijadikan isu. Contohnya penyanyi Shila Amzah yang  sertai pertandingan nyanyian di sana masih disokong jutaan warga China.

Kita juga terharu terdapat pelajar China di negara ini tampil dengan nada rayuan agar media di negara mereka lebih bertanggungjawab. Sikap ini lebih patriotik dari RBA yang terang-terang dengan agenda peribadi.
Najib  sudah menjalankan tugas terbaik dalam mengurus isu ini. Ia diakui sendiri oleh dunia. Kepada yang cuba menangguk di air keruh dengan menganjurkan agar Najib bertanggungjawab dan berundur memberi laluan pada Anwar Ibrahim pula menjadi PM harus lebih rasional. Kita tak berminat mengulas pengganti Najib dari aspek moral.

Bagi China pula, saat ini menguji hubungan dua hala antara kita dengan mereka. Kira-kira 20 tahun lalu, ketika tiada negara nak menjalinkan hubungan diplomatik, Malaysia bertindak berani. Tentu ramai masih ingat sebuah potret Tun Razak berjabat salam dengan Mao Tse Tung hasil lawatan itu. Hari ini Malaysia kekal menjadi sahabat sejati China.             

Selebihnya warga kita berketurunan China yang asal-usul dari sana menikmati pelbagai peluang. Terlalu ramai bertaraf bilionair serta tidak terbilang mereka yang bergelar jutawan.

Sementara Malaysia dan dunia bergelut dalam isu MH370, China juga menepati ramalan tidak meninggalkan team SAR. Di sinilah peranan doa daripada rakyat kedua-dua negara. Tiada faedah jika mana-mana daripada kita terbabit dalam pemboikotan atau perbalahan berpanjangan. Yang bakal tersenyum ialah musuh China dan musuh kita.