HARI Rabu lepas 11 Mac - jika Perdana Menteri kedua kita, Tun Razak Hussein hidup, usianya genap 93 tahun (1922 - 1976). Beliau dilahirkan di Pekan, Pahang, 11 Mac 1922 dan kembali ke rahmatullah masih muda lagi (53 tahun) di London, 14 Januari 1976, akibat penyakit leukemia dan disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara Kuala Lumpur 16 Januari. Tun Razak perdana menteri tunggal yang meninggal dalam jawatan.  

Pemergiannya secara mengejut itu menjadikan rakyat Malaysia, terutama Melayu Islam dan Peribumi sebak menitis air mata kehibaan. Kehilangannya terasa sangat mengenangkan cabaran yang dihadapi oleh bangsanya sekarang.

Masa pentadbiran Tun Razak bermula dengan  Majlis Gerakan Negara (Mageran) 1969-1976. Sungguhpun bilangan Melayu Islam dan Peribumi tidak sebesar jumlah sekarang, kedudukan bangsa teras gagah walaupun tidak perkasa; dihormati dan diiktiraf demikian oleh semua sebab Tun Razak juga peka dan melindungi rakyat bukan Melayu secara adil dan saksama seperti terjamin dalam Perlembagaan.

Tun Razak antara penggubal Perlembagaan selain daripada Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil Raja-Raja Melayu yang tidak bertolak ansur mahu dimaktubkan peruntukan khas dalam Perlembagaan kedudukan istimewa orang Melayu / Peribumi, agama Islam dan bahasa Melayu serta status sultan dan Raja-Raja Melayu.   

Tidak ramai lagi penasihat Tun Razak, ahli  panel pemikir dan informal groupnya yang masih hidup, baik dalam Umno, swasta, profesion dan bekas pegawai kerajaan. Majoriti yang masih hidup sudah memasuki usia lapan puluhan; dua tiga orang seperti kolumnis  pertengahan 70-an masih sihat walafiat, cergas dan belum nyanyuk lagi! Tiap tahun mereka yang terdekat dengan arwah memperingati 11 Mac dengan kisah manis dan pahit perjuangan memartabatkan bangsa dan agama sambil mendoakan roh Tun Razak direstui dan dirahmati ALLAH SWT.  

Selasa dan Rabu lepas, stesen TV luar negara dan MalaysiaKini ingin menemu ramah saya tentang Tun Razak dan juga 1MDB. Pada 14 Januari lalu, sempena hari kemangkatannya, saya telah ditemu bual oleh The Malaysian Insider dan memberi ucapan utama pada hari Memperingati dan Mengenang Tun Razak anjuran DAP. Lapan puluh  peratus antara hampir 250 tetamu adalah muda-mudi Melayu dan Peribumi! Minggu lepas saya menolak permintaan TV Singapura dan juga MalaysiaKini. Lantaran itu

MalaysiaKini menjemput saya menulis satu artikel dan saya telah menerimanya. Sila baca artikel yang bertajuk  Remembering Tun Razak on his 93rd Birthday - an honest, towering Prime Minister who believed in constitutional rule yang telah disiarkan oleh MalaysiKini, tanpa pindaan, pagi 11 Mac.

Sungguhpun artikel dalam bahasa asalnya (Inggeris) panjang, 1,600 perkataan, tetapi kerana difikirkan penting dalam suasana politik semasa, saya siarkan sepenuhnya dengan komentari saya dalam bahasa ibunda. Saya juga berbuat demikian kerana menyahut nasihat dan gesaan kerajaan agar rakyat Malaysia memperbaiki bahasa Inggeris mereka! Makalah ini akan disiar dalam dua siri. Berikut adalah bahagian pertama:

"I am happy to have been asked by Malaysiakini to write this article to commemorate Tun  Razak’s   93rd  birthday which falls today.

"Had  he  not died early, the history of Malaysia, and that of some of its personalities, would have been vastly different. We would be, for sure, less divisive, less orthodox and definitely less uncertain about the future.

"This is a dispassionate narrative, which I hope is a good introduction to a leader who rescued and revitalised a nation that was at a nadir in 1969.

"It was in 1954 that I was introduced to Datuk Razak bin Datuk Hussein who was then the state secretary of Pahang and deputy president of Umno. Then, civil servants could become members of any political party they chose and also hold public office.

"I got to know him closely when I became a journalist in 1957. The friendship flourished after I came back from the United States in 1962, following a two-year stint on a Congressional Fellowship.

"At age 25, I became Tun  Razak’s special officer. Then, in succession, I became his political secretary and deputy minister, chief assistant whip and a member of the Umno Supreme Council until Tun Razak’s premature death of leukemia in London on January 14, 1976. He was 53.

"I was subsequently detained under the Internal Security Act (ISA) for five years for what is now admitted to be a settling of old scores to halt my political career. What would become clear to me was the innuendo to discredit Tun Razak’s leadership.

"Tun Razak had been deputy prime minister since independence and became the director of the National Operations Council (NOC) that was established after the vicious race riots of May 1969, when a state of emergency was declared.

"Although Tun Razak held absolute power between May 1969 and September 1970 as head of the NOC, he did not seek to entrench his position, nor did he rob the Treasury, plunder the pension fund and rape the nation for natural resources.

"Instead, as soon as he thought the country had returned to normalcy, he disbanded the NOC and reinstated parliamentary democracy in September 1970, becoming the country’s second prime minister. He resisted and rebuffed the advances of many predators and con men with their suspicious deals.

"During Tun Razak’s six-year administration (1970-1976) - apart from the emergency interregnum - Umno and Barisan Nasional (BN), which he formed in 1974, emphasised constitutional rule for Malaysia. The Razak administration, I dare say, was easily more democratic, united, stable and enlightened than its successors and the people, happier."

Semasa Tun Razak mentadbir dan memimpin negara, beliau telah memulihkan keamanan juga memberi tenaga dan fokus baharu kepada rakyat terutama Melayu Islam dan Peribumi selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Itulah eranya bermula kebangkitan semula bangsa Melayu dan Umno melalui Barisan Nasional.  

Walaupun sebagai Pengarah Mageran, beliau mempunyai kuasa mutlak, beliau tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengumpulkan harta-karun. Sebaliknya setelah dilihat keamanan pulih Tun Razak mengembalikan kuasanya kepada Parlimen. Tun Razak telah secara rela melepaskan kuasa mutlaknya menerima jawatan perdana menteri yang kedua  bertanggungjawab kepada Parlimen.

Ini jelas menunjukkan kepercayaannya kepada pemerintahan secara demokrasi ala Parlimen dan Perlembagaan. Saya berani berkata dan mereka seangkatan saya atau rakyat berumur 50-an ke atas bisa menjadi saksi bahawa Malaysia dan bangsa Melayu lebih bersatu padu, negara lebih demokratik, lebih stabil dan rakyat semua bangsa lebih bahagia kerana era itu aman, harmoni dan enlightened yakni wujud idea bebas yang disokong oleh ilmu pengetahuan.

Dalam lain perkataan, bebas daripada prasangka. Perbuatan adalah dalil yang terbesar.