KUALA LUMPUR,  Jumaat 30 Januari: Dunia sekarang - dengan transformasi berlaku berbeza laju (speed) di China, Eropah, Amerika Syarikat, India, di negara Arab serta Asean - trend politik nampaknya bukan lagi persis ke arah Americancentric, Eurocentric apalagi China atau Sinocentric, tetapi sudah muncul beberapa pola; akan timbul dua tiga pakatan atau persefahaman terbaru antara India dan Amerika Syarikat.

Namun begitu saya rasa India akan terus tidak terjerat, malah terus berkecuali tetapi lebih bebas daripada tradisi antarabangsanya. Inilah the big picture of politics sepintas lalu saya.

Apa pun China - pada pandangan saya - mengikut gema (echoing) pendapat Lee Kuan Yew, the Grand Master’s insight on China, the United States and the world, China akan berkongsi kuasa, pengaruh dengan Amerika Syarikat sebagai rakan setaraf (co-equals). Namun Amerika akan terus terunggul atau dalam bahasa asal “China will want to share this century as co-equals with the US.” However, he also stresses America will continue to be the sole superpower.

Gambar politik atau trend di Wilayah Asean dan dalam negeri agak jelas - Islamisasi, meritokrasi, kestabilan dan status quo. 

Sebenarnya boleh diteka - kalaupun tidak tepat, tidak pula lari jauh dari kenyataan dan ramalan.

Fokus kolum hari ini adalah Singapura dan kita, dua negara kecil tetapi termaju, stabil, termoden dan standard hidup tertinggi dalam Wilayah Asean. Singapura tidak menuntut kemerdekaan. Kita telah memberinya di atas dulang perak 50 dahulu setelah hanya bercantum dan merdeka melalui Malaysia selama dua tahun lebih sedikit.  

Seperti ditegaskan oleh diplomat kanan dan veteran Singapura, Bilahari Kausikan (bekas Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura) dan kini Singapore’s Ambassador - at - Large dalam satu ucapan Konferansi Perspektif Singapura di Institute of Policy Studies Isnin 26 Januari kerana kita (Singapura) kecil dan apa ertinya sebuah negara kecil dalam kawasan Asia Tenggara.

Dalam bahasa asal, “Singapore is a small state located in South - East Asia. But what does being small and being in South- East Asia mean?” Answering himself he added “a small state cannot just be ordinarily successful ...If we were no different from our neighbourhood, why should anyone want to deal with us rather than our larger neighbours who, moreover, are well endowed with natural resources? To be relevent we have to be extraordinary. Being extraordinary is a strategic imperative.”  Dipetik dari Straits Times, 28 Januari.   

Tegas Bilahari, dalam bahasa kita, jika Singapura mahu relevan, terus begitu, maju  dan menjadi lebih kuat lagi, Singapura mesti jadi luar biasa yang terkecuali kerana luar biasa terkecuali adalah satu  imperatif strategik.

Tambahnya lagi, Singapura berjaya sebab wujud dasar meritokrasi dalam kalangan rakyatnya yang pelbagai bangsa; organisasi dan institusi Singapura berasakan kepada prinsip itu, yakni prinsip meritokrasi yang menjadikan Singapura kaya, makmur dan gagah... Prinsip yang menjadikan Singapura luar biasa kerana  organisasi dan masyarakatnya dibangunkan atas asas prinsip yang berlainan daripada negara jiran.

Di mana tahap kita dan Malaysia kini? Kita kedua termoden, termaju, stabil dan tinggi standard hidup dan pendapatan per kapita. 

Bukan Bumiputra dan Melayu liberal dalam DAP dan di luar DAP, disokong oleh liberal dalam dan luar Pas serta PKR bersependapat dengan Bilahari jika meritokrasi wujud di Malaysia seperti di Singapura atau kita mengamalkan dasar Malaysian Malaysia, kita juga bahkan akan lebih maju dan luar biasa lagi dari Singapura kerana mempunyai banyak sumber dan kekayaan yang Singapura tidak ada.  

Melayu dan Peribumi lain jangan cepat terpedaya, kata seorang ilmuwan bukan Melayu, kerana slogan seperti itu yakni meritokrasi dan Malaysian Malaysia tidak bisa dilaksanakan di Malaysia sebab tahap  pendidikan, pemikiran, pembangunan dan mindset kebanyakan bangsa  majoriti masih jauh lagi di belakang; di Singapura sebaliknya.   

Itulah, tegas ilmuwan bukan Melayu ini, status quo mesti dipertahankan sehingga bangsa majoriti mencapai kedudukan seperti  status bangsa majoriti di Singapura.

Jika tidak negara tidak akan stabil dan harmoni sentiasa terancam kalaupun tidak keamanan.  Itulah, tambahnya, Pas mahu Islamisasi segera.   

Ramai Melayu Islam yakin segalanya akan beres kalau kita mengikut undang-undang, hukum-hakam syariah kerana kepada mereka Islam adalah solution pada segala-galanya.

Jika itu benar, kata seorang Melayu liberal kepada saya, kenapa Saudi Arabia yang mengamalkan undang-undang syariah secara total dan juga pelindung Makkah dan Madinah tidak negara contoh?

Saya baru pulang dari Temasek. Pendapat Bilahari sudah lama  menjadi kenyataan dan terus subur di Singapura; yang diingini  mereka, mereka mesti lebih luar biasa, lebih gagah dan lebih digeruni lagi.

Andainya dasar sama rata ini dilaksanakan di Malaysia berapa ramaikah jumlah orang Melayu dan Peribumi sukses dan dapat mempertahankan kedudukan yang mereka ada sekarang?

Tanya seorang bekas ketua Umno dari Utara Semenanjung yang bercakap dengan saya selepas solat Jumaat.

Saya tanya dia, “Then what?”. Balas bekas ketua Umno ini; “You berani tulis dan siar?” Saya memilih to be a less valorous person, yakni saya lebih berhati biarlah saya tidak jadi hero kerana dia sedang kecewa dan marah.  

Melihat pada trend dan statistik pertumbuhan penduduk dalam masa lima tahun lagi, nampaknya, suka-duka, puak nasionalisme, agama dan komersial akan berpengaruh dan mendominasi politik serta Kerajaan Malaysia atau apa yang saya gelar sebagai Nasakom.

Di Indonesia, zaman Sukarno Nasakom adalah akronim kerjasama dan pakatan antara nasionalis, agamawan dan komunis yang tatkala itu mendominasi pemerintahan Indonesia.

Nasakom ala Malaysia adalah gandingan  nasionalis, agamawan dan komersial yang akan mendominasi politik dan Kerajaan Malaysia dengan lebih ketara lagi pada masa akan datang.

Apa tidaknya, dengan dasar pendidikan kini dan matlamat tersirat dalam masa lima tahun lagi populasi Melayu Islam akan berjumlah 18 milion atau 57 peratus penduduk.

Jika dicampurkan dengan Peribumi bukan Islam jumlah penduduk adalah 22 milion atau 70 peratus dari bilangan jumlah besar penduduk Malaysia yang dianggar seramai 30-31 milion, tidak termasuk pendatang asing. Penduduk Cina dan India akan berjumlah 9 juta atau 29 peratus dan bakinya terdiri daripada keturunan lain.

Apa pun, orang Cina dan India dijangka terus di depan dalam  sosioekonomi kerana golongan minoriti ini - dulu, sekarang dan akan datang - tetap akan mengejar pendidikan yang lebih berkualiti dan relevan.

Seperti kata seorang editor dari pantai timur di Karangkraf: "Their number (Chinese and Indians) may have diminished but not their political clout because they continue to dominate the economy and the profession.”

Mereka akan terus berpengaruh dan mendahului bangsa majoriti dalam ekonomi dan profesion kerana pendidikan mereka tertumpu kepada kualiti dan relevan kepada kerjaya mereka.

Saya ingin melihat orang Melayu Islam, Peribumi dan rakyat Malaysia lain sehebat kalau tidak pun lebih lagi dari orang Singapura.

Sebelum itu kita mestilah menjelma sebagai orang lebih luar biasa!. Soalnya bisakah lahir manusia seperti itu dalam sistem yang dilihat mengenepikan bakat?

Nasionalisme, jati diri, pembinaan bangsa, bahasa dan negara mesti satu tabii semulajadi kepada kita seperti siang dan malam. Perasaan cinta dan megah itu mesti diikuti cintakan sukses dalam apa jua kita terokai.