Indonesia dan Arab, adakah sejarah kita beracun?

MADAH  seorang bijak bestari history repeats itself, but in such cunning disguise that we never see the resemblance until the damage is done yakni sejarah berulang dengan menyamar kita tidak sedar sehingga  setelah nasi jadi bubur.

Itulah pendapat mereka yang duduk di meja bersama saya - 10 orang - pada majlis berbuka puasa juga sempena hari kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke-89 dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali Khamis malam lepas di Putrajaya.  
  
Kelemahan pemimpin, pegawai dan decision makers kita pada amnya tidak dapat (ada sengaja buat tak tahu) mengenal antara yang bermuka-muka atau alih muka atau bersalin wajah di depan mereka dan kembali kepada muka asal di belakang pemimpin, pegawai dan konco-konco mereka.

Penyamar bukan monopoli satu etnik tetapi suka-duka agak lumrah pada satu etnik tertentu.  Mereka lazimnya sukses menyamar diri kerana sesuatu muslihat - pangkat, darjat dan bintang, bisnes, kontrak hatta pinjaman bank pun.

  
Di Indonesia, pemilihan presiden baharu selesai pada 9 Julai tetapi keputusan rasmi hanya akan diketahui sekitar 22 Julai. Kenapa begitu lewat, seperti di India, pengiraan undi masih menggunakan kaedah lama, tidak terkini seperti di Amerika Syarikat (AS) - cepat, lekas dan pantas. Lazimnya keputusan diketahui pada hari yang sama.

Kedua-dua calon telah mendakwa mereka menang!  Siapa pun menang antara calon establishment Prabowo Subianto dan Joko Widodo atau Jokowi, calon bawahan mewakili masa depan bukan  era lama; lebih tepat Orde Lama vs Orde Baru keputusan kemenangannya tipis.

Kedua-dua puak berkeras mengatakan mereka menang mengikut exit polls  (kiraan awal tidak rasmi)- ini satu resipi trouble menunggu. Kedua-dua puak akan memonitor pembilangan undi dengan rapi elak penipuan.
 
Siapa pun berjaya, saya harap yang menang adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat Indonesia terutama the under class, mereka yang terpinggir dan terabai serta ekonomi Indonesia yang akan menjadi pemangkin atau catalyst bagi Orde Baru di Indonesia.

Hatta jika takdirnya Prabowo menang pun. Saya sungguh berharap presiden baharu akan berjaya menamatkan political drift  atau kepimpinan hanyut yang dialami negara itu di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang penggalnya tamat Oktober ini. 

Indonesia tidak akan maju dan mara ke hadapan memain peranan leadership di wilayah Asean tanpa kebanjiran modal asing, tanpa pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan keuntungan korporat yang menyenangkan; kehadiran modal insan yang berpendidikan tinggi, mahir,  berdisiplin dan transparensi; rasuah di tahap terendah kalau itu boleh (possible).
 
Indonesia negara Islam terbesar di dunia (250 juta), ketiga demokrasi terbesar di alam ini - pertama India, kedua AS - juga negara keempat terbesar dari segi penduduk - hanya China, India, AS mendahuluinya.  Setakat ini walaupun kepimpinannya terapung, sebagai sebuah demokrasi, Indonesia berjaya setelah 32 tahun di bawah dictatorship.

Sama-sama kita lihat reaksi puak yang kalah jika majoriti kemenangan itu nipis. Negara serumpun kini berada di persimpangan jalan atau crossroads; sama ada dipimpin oleh presiden seorang yang tidak ada langsung hubungan dengan era Suharto atau kesinambungan era Suharto, suka-duka, melalui Prabowo. Pengundi Indonesia dihidang dan telah pun membuat pilihan dua visi yang berbeza, bersaing tetapi juga agak sama!

Indonsia tidak akan sampai kemuncak potensinya jika sindrom dan budaya lama terus berleluasa.  
Ummah Arab yang tragis
 
Saya amat sedih, tiada perkataan yang cukup untuk melukisnya. Apa halnya nasib bangsa seagama dengan kita terus ditimpa tragedi? Hati terus terhiris, jiwa terseksa membaca dan menonton tragedi pergolakan politik dan perang saudara di Timur Tengah dan serangan demi serangan tanpa belas kasih Israel terhadap Gaza.

The next war  antara Israel dan Hamas akan benar-benar tragik. Seribu tahun dahulu Baghdad dan Kaherah berlumba dan bergilir menang  mengatasi dunia Barat dan Kristian tatkala itu Islam adalah cahaya atau beacon yang menerangi kejahilan.

Di dunia Islam  ketika itu pendidikan dan inovasi boleh diibaratkan bagai bayi kembar. Ilmu, penyelidikan, bisnes, perdagangan dan toleransi subur, makmur dan berkembang. Malangnya, sekarang kebanyakan  negara Islam adalah failed states.

Mengapa? Dari kemuncak tamadun yang mempelopori, menerangi dunia serta memimpinnya tegas Speaking, “is now in ruins” yakni dalam keadaan hampir musnah?

Sebab apa Ahli Sunnah wal-Jamaah atau Sunni dan Shia atau Syiah berperang di Iraq, Syria, membunuh antara satu sama lain di Pakistan dan peperangan berterusan di Afghanistan?

Sungguh pun berbagai tragedi berlaku, lautan darah mengalir, mayat bertimbun bagai bukit dan gunung, mengapa mereka tidak juga nampak kerugian dan kemalangan menimpa mereka? Senang sahaja walaupun tidak begitu mudah sebabnya.

Tragedi ini akan menimpa Melayu Islam juga Peribumi lain. Itulah kesimpulan perbualan atau perdebatan di meja saya kerana umat Islam juga Melayu Islam tidak menghayati history lessons. Kalau kita tidak berwaspada, malapetaka yang sama menanti kita. Adakah sejarah kita juga beracun?
 
Saya tidak nampak dengan pergerakan yang berlaku sekarang di Timur Tengah sebuah negara Palestin yang berwibawa, merdeka dan berdaulat akan lahir begitu juga keamanan dan kestabilan politik di antara Arab dan Yahudi, Israel dan jiran dekat mereka akan wujud.

Jelas keazaman Israel kini untuk memusnahkan Hamas hingga Hamas tidak lagi mengancamnya secara berkesan. Saya nampak the worst is yet to come dalam hubungan dua hala protagonis / musuh bersejarah ini.
  
Selepas tarawih, saya berpindah meja untuk mendengar diskusi dan "soksek-soksek”. Mengapa Melayu Islam dibenci sangat  oleh dua etnik dan juga oleh Melayu Islam liberal dan super liberal? Mendengar diskusi malam itu nyata dan terang.

Pihak tertentu dalam negara jangka mereka telah menang PRU13. Well, they nearly did, nyaris-nyaris lagi kalau sistem kita tidak mengikut first- past- the-post. Jika sistem preferential voting seperti diamalkan di Australia, kerajaan Umno-BN telah kalah kerana ia mendapat kurang 50 peratus undi popular.

Tetapi dalam sistem first -past -the -post party pemerintah memenangi 60  peratus kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri. Etnik tertentu juga Melayu Islam super liberal menangis kecewa kegagalan pembangkang dan berikrar, bersumpah akan menumbangkan kerajaan yang dipimpin Melayu Islam dalam PRU14 dan diganti dengan kerajaan yang akan melaksanakan agenda politik pluralisme dan meritokrasi dalam erti sebenar.
 
Peserta di meja kedua terdiri daripada pemuda dan mereka lebih lantang serta menyuarakan pendapat tanpa segan dan malu. Mereka mengecam kelemahan kepimpinan negara.

Rata-rata bercakap dalam bahasa Inggeris - saya kira mereka graduan seberang laut. Seorang daripadanya berkata, "we want the government to do more for those who had rescued them from the brink of defeat a year ago. High time the government effectively rewarded its supporters

. MCA and Gerakan may have joined the government and they can do their worst  but they will never be able to ourflank DAP nor Umno will  ever be able to outflank Pas in matters pertaining to Islam. It is as simple as that.” 

Ringkasan pendapat pemuda itu ialah MCA dan Gerakan tidak akan berjaya mengatasi DAP dalam menjuarai dasar kecinaannya seperti juga Umno akan gagal mengatasi Pas dalam isu berkenaan agama Islam dan perlaksanaan undang-undang syariah termasuk hudud.  

Dengan niat untuk memoderatkan (moderate) diskusi saya mencelah: “kita harus bersikap adil, kita mesti toleran, we must understand Najib’s dilemma, he is not just the Prime Minister of the Malays, he is first and formost the Prime Minister of One Malaysia... “The young men looked disgusted and one whispered to me “his (Najib’s) epitaph will be... “I shall not repeat it. 

Terfikir pula pada majlis ini saya tidak terdengar siapa pun berbicara tentang pesta bola dunia, diskusi dimonopoli oleh politik dan agama - dua  subjek yang tidak dapat dipisahkan.

Apa pun sekarang, saya meramalkan Jerman akan memenangi Piala Dunia 2014.
Muslim, Buddhist, Hindu

Di merata golongan minoriti, kata Speaking, "is under threat" yakni kedudukan mereka terancam. Di Myanmar atau Burma, Rohingya, di Sri Lanka pula penduduk Islam tinggal dalam ketakutan daripada populasi majoriti Buddhist.

Di India, bilangan umat Islam antara tiga atau empat terbesar di dunia lebih bernasib baik walaupun kadang kala dihantui oleh pelampau nasionalis Hindu seperti di Gujarat. Di Thailand termasuk di wilayah selatannya, keadaan penduduk Islam lebih baik dan lebih sejahtera berbanding Myanmar.

Di Barat dan AS, golongan Kristian yang majoriti tidak begitu senang dengan kehadiran bukan seagama mereka walaupun skala toleran masih tinggi lagi-belum amat berbahaya.

Target utama golongan ini adalah orang Islam tetapi ummah terus bermatian berperang sesama sendiri. Di Malaysia, toleransi terhadap pelbagai agama masih terkawal tetapi kita mesti sentiasa berwaspada akan reaksi pada apa yang berlaku di luar negara.

Kan dunia sekarang hanya kampung global sahaja.

Kerajaan di negara tersebut dan kita mesti be seen that they and we are staunch defenders of the minorities.