SELEPAS Subuh hari pertama tahun baharu iaitu Rabu saya tidak, seperti biasa, tidur semula tetapi terus turun ke breakfast room.

Sambil minum kopi browse atau membaca sepintas lalu lima buku dan satu ucapan yang dibukukan, secara serentak, simultaneously bak kata mat salih.

Andrew Marr’s the Diamond Queen-Elizabeth 11 and Her People, The Malay Rulers Regression Or Reform oleh Syed Husin Ali, The Monarchy In Contemporary Malaysia, ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, What Your Teacher Didn’t Tell You oleh Farish A. Noor, Electoral Dynamics In Malaysia Findings From The Grassroots-koleksi articles tentang PRU13 di sunting oleh Meredith L. Weiss dan The Spirit Of Merdeka, koleksi esei pemimpin muda PKR yang dieditkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tricia Yeoh.

Di kedai buku MPH di Great Eastern Mall saya cari juga buku karangan pemikir muda Umno tetapi tiada!  Kesemua buku ini relevan dengan kehidupan dan aktiviti politik kontemporari di Malaysia dan buku Marr di UK.

Kesimpulan Syed Husin: he cannot foretell what will ultimately happen to the Malay rulers-terus memerintah dan berapa lama lagi; kalau institusi beraja hanya simbol perlukah kita mempunyai sembilan raja, kenapa tidak satu saja?

Apa pun suka-duka tegasnya kesultanan Melayu adalah payung ketuanan Melayu, satu konsep yang terus dipertikaikan oleh pemimpin parti pembangkang. Mengikut Raja Nazrin the monarchy in Malaysia is different.

It has helped to nurture a harmonious soceity where citizens of various ethnic groups can live comfortably side by side.

Tambahnya lagi “...the dignity and the stature that have been preserved in our system of monarchy symbolize this rare but ineffable factor of grace that distinguishes Malaysians and Malaysia.”

Maksud baginda raja berperlembagaan telah membantu, membina dan menjamin keharmonian hidup rakyat pelbagai keturunan. Raja-raja adalah lambang kemurahan hati dan kesantunan - dua sifat yang menjadikan kita kelainan dan unggul.

Apa pula pendapat Marr tentang monarki British? Dia amat optimis kerajaan raja berperlembagaan terus kekal di UK. Tegasnya dalam kata pendahuluannya: “Many years back, I would have confidently described myself as a republican.

This was mainly because I thought it would make me  seem clever... I thought ,and long ago jettisoned the elitism of  anti- monarchism in a profoundly pro-monarchy country”.

Maknanya satu ketika lama dahulu Marr seorang republikan tetapi sudah lama meninggalkan republikanisme kerana tidak wajar dan janggal dalam sebuah negara yang sebegitu kuat pro pemerintahan beraja berperlembagaan.

Saya ulangi pendapat saya minggu lepas bahawa monarki di Malaysia selamat selagi majoriti orang Melayu Islam dan Peribumi serta suku lain terus memerintah di Putrajaya; juga raja-raja kita sentiasa sensitif pada peredaran dan tuntutan zaman serta adaptable. Ramalan King Farouk, raja Mesir yang terakhir, apabila dia ditumbangkan oleh Jeneral Naguib dan Kolonel Gamal Nasser pada tahun 1952, bahawa pada akhir dunia hanya akan ada lima raja iaitu raja diamond, raja spade, raja heart dan raja club (iaitu empat raja dalam daun terup) dan raja atau ratu England.

Jelas ramalan Farouk salah. Waktu itu kita belum merdeka lagi maka Farouk tidak tahu kita mempunyai sembilan raja! Dia hanya tahu raja daun terup dan raja British yang memerintah kita ketika itu.

Kagum saya dengan pemimpin dan pemikir muda PKR dan DAP - mereka banyak menulis tentang kajian  politik dan ekonomi - masa depan, arah dan trend kedua.

Bukan menulis “buku /risalah" memuji dan mendewakan pemimpin seperti lazimnya dengan satu puak manusia. Kata Nik Nazmi, timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, pemimpin muda PKR juga penulis yang berpotensi: "PKR and Pakatan Rakyat must make democracy work for the rakyat” yakni PKR dan pakatan mesti tentukan demokrasi mesti terus hidup dan memanfaatkan rakyat jelata.

Cabaran terbesar bagi PKR dan Pas akan datang adalah menakluki pengundi Melayu Islam dan Peribumi di Sarawak dan di Sabah juga di semenanjung seperti DAP, rakan akrab mereka, telah berjaya memenangi 90 peratus hati dan minda pengundi Cina dan tidak sedikit pula pengundi India dalam PRU13. Kalau PKR dan Pas berjaya memikat 50 peratus atau antara 40-45 peratus pengundi Melayu Islam dan Peribumi, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya.

Mengimbas kembali: Pas untung besar dalam PRU 1999- memperoleh 15 peratus undi popular dan 27 kerusi Parlimen. Pas ketika itu bukan sahaja dominan dalam Pakatan Rakyat, ia juga memerintah Terengganu dan Kelantan. DAP mendapat 13 peratus undi popular dan 10 MPs; Parti Keadilan hanya 5 kerusi Parlimen sahaja.

Dalam PRU11, Pakatan kalah teruk. Kembali membuat kejutan besar dalam PRU12. PKR memenangi 31 kerusi Parlimen dan 41 kerusi negeri dan memerintah Selangor. DAP kuasai Perak, Pulau Pinang dan Pas  Kedah dan Kelantan.

Di Perak, seorang pemimpin Pas, Nizar Jamaluddin, menteri besar pada nama sahaja. Exco kanan DAP iaitu Ngeh Khoo Ham adalah defacto menteri besar. Sebab itulah BN dapat merampas semula Perak dalam PRU13. Pas hilang Kedah tetapi kekal di Kelantan, PKR kekal di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.

Kalau Malaysia mengamalkan kaedah pilihan raya berdasarkan proportional representation, BN bernyawa ikan tahun 2008 dan pada 2013 BN  hanya menang kerana kita mengamalkan parliamentary sistem ala Westminster. Kalau Pakatan Rakyat dilihat ada strong and credible Malay - Islamic credentials dalam PRU14, besar kemungkinan BN akan akhirnya tewas.

Dalam keadaan sekarang agak sukar bagi Pakatan Rakyat mempunyai strong and credible Malay - Islamic credentials yang tidak boleh dipertikai kerana DAP terlalu dominan. DAP delivers janjinya - memenangi hampir semua kerusi Cina. Pas dan PKR gagal menepati target mereka.

Situasi kemuka berlainan. Kalau Pas, DAP dan PKR lebih bertolak ansur dalam pembahagian kerusi di mana DAP sanggup meletakan paling minimum 30 peratus calon Melayu di kawasan Cina, saya fikir, Pakatan Rakyat will be in good stead.

Bisa tak? Bagi DAP pertama majoriti calon mereka mestilah Cina, kedua India, ketiga baharulah calon Melayu dan pribumi. Kesediaan DAP mengemukakan cukup calon Melayu Islam di semenanjung sangat penting jika Pakatan Rakyat benar-benar mahu memenangi PRU14. 

Pendapat saya “musuh” Umno jangka panjang dan juga jangka pendek hatta dalam PRU14 pun adalah Pas, Pas dan Pas. Potensi Pas besar tetapi Umno bernasib baik kerana Pas tidak pragmatik dan sensitif kepada tuntutan zaman.

Umno akan terus mengatasinya despite itself yakni walaupun Umno kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak lemah. Umno kuat; yang tercela adalah sesetengah pemimpinnya.

DAP tiada lawan yang credible walaupun MCA kini di bawah kepimpinan baharu maka DAP akan terus mendominasi politik Cina. PKR pula - tanpa Anwar Ibrahim - dijangka tidak dapat mengulangi suksesnya dalam PRU13 masa akan datang.

Apa pun Umno jangan terlena. Pendapat di bawah dan akar umbi ketuanan Melayu-Peribumi-Islam harus diperkukuh dan diperluaskan lagi agar boleh menewaskan strategi ketuanan rakyat iaitu konsep kesamarataan atau equality untuk semua rakyat seperti berlaku di Singapura tegas seorang cendekiawan Peribumi pada saya.

Pengundi baharu, tambahan kerusi Parlimen, persempadanan semula kawasan Parlimen dan negeri harus memberi lebih advantages kepada bangsa majoriti dan parti yang menghayati dan melaksanakan konsep bangsa majoriti mesti memerintah seperti di Singapura akan terus berkuasa.