DINASTI politik subur dalam Umno, PKR, DAP dan juga Pas.  Dinasti, mengikut huraian Speaking, “is a succession of hereditary rulers... a succession in any sphere; a prominent family spanning a number of generations.”

Contoh: dinasti Sir Onn Jaafar (bapa dan datuknya sebelum itu) anak dan cucunya Hishammuddin, Lim Kit Siang, anaknya Eng Guan, Anwar Ibrahim Nurul Izzah, Tun Razak Najib. Lim Goh Tong, anak dan cucu dan Dr Mahathir Mukhriz.

Di peringkat antarabangsa Nehru, anak, cucu dan cicitnya, Lee Kuan Yew dan anaknya Hsien Loong. Baik buruk dinasti terpulang siapa bercakap.

Tegas seorang pemuda Melayu Baru yang baharu pulang ke tanah air dari United Kingdom, “that’s not the equal opportunity  democracy we aspire to”. Maksudnya ini bukan demokrasi yang kita  harap; yakni memberi peluang yang sama.

Terimalah hakikat tiada equality bukan sahaja dalam politik bahkan dalam apa bidang pun.

Dalam keadaan biasa, Muhyiddin Yassin patut jadi perdana menteri ketujuh. Tetapi Malaysia sedang melalui era baharu, politik baharu. Jika Umno menang PRU14, Najib memasuki penggal kedua sebagai PM.

Jika Umno/BN tumbang, pemimpin Pas atau PKR  perdana menteri. Anggaplah (assume) Umno menang siapa pula lepas Najib dan Muhyiddin? Team Hishammuddin -Khairy Jamaluddin? Team Hishammuddin -Mukhriz atau Mukhriz - Khairy? Ataupun gandingan menantu Badawi dengan regu dari Sabah menentang team Hishammuddin-Mukhriz? Atau calon yang belum muncul lagi tetapi tidak mungkin selayang pandang.

Hishammuddin menang tipis lawan Mukhriz merebut jawatan Naib Presiden Umno tahun lepas. Itu pun sebab “kempen luar biasa, istimewa" telah berlaku. Politik cut throat (tanpa belas kasihan) akan wujud dalam PRU14 dan selepas itu... pencukur pisau panjang dan amat tajam akan muncul.

Seorang pemodal asing (British) memberitahu saya, "that boy (Khairy) is a superb speaker if a bit over confident. Like him or not, I will put my money on him.”  

Maknanya, budak itu petah bercakap dalam bahasa Melayu apalagilah dalam bahasa Inggeris... yakni melukis atau mencerminkan potret dirinya, terlalu yakin sangat. Apa pun saya akan melabur kerana masa depan Khairy agak cerah kalau dia rendah hati; sopan. 

Kononnya Khairy sekarang “wira” dalam kalangan muda-mudi Peribumi terutama yang English speaking di bandar dan di pinggir bandar (in towns and suburbs)  

Khairy sebenarnya bernasib baik dan juga tidak bernasib baik! Muda-mudi - mengundi bagi pertama kali dalam PRU14- tidak jauh muda daripada generasinya.

Tidak begitu beruntung kerana  kemaraannya berlaku pada masa parti pemerintah tidak begitu popular, dianggap suspek yakni rakyat berasa kurang percaya dengan partinya kalaupun mereka percaya padanya peribadi.

Mukhriz terpaksa menunjukkan segera Kedah di bawahnya berubah dengan kemajuan yang luar biasa untuk meningkat ke atas lagi. Dia mesti dilihat proaktif dan bervisi seperti bapanya. Saya sedar this is not an easy act to follow.

Dia, kalau tidak pun sepenuhnya, mestilah bertindak seakan bapanya. Hishammuddin has nothing to prove anymore ...sudah lama memegang beberapa portfolio dan rakyat telah pun membuat judgment terhadapnya.

Muhyiddin, saya dengar, telah berkata kepada kawan-kawannya dia tidak minat lagi untuk mendaki gunung sampai kemuncak! Kerana, katanya, age is against him. Juga tidak larat lagi.

Tegas seorang pemerhati yang bijak, “a deft move by Muhyiddin which means he is available to serve as a compromise.”

Maknanya dia boleh jadi calon kompromi. Inilah tokoh-tokoh yang dilihat sebagai pengganti Najib, lainlah rakyat mahu Zahid Hamidi dan Shafie  Apdal. Kedua juga tokoh tetapi mempunyai latar belakang berlainan daripada tokoh-tokoh disebut terlebih dahulu. Juga mereka agak kurang terdedah.


Tercapai atau tidak matlamat 2020?

Dr Mahathir melahirkan visi 2020 yang akan tamat selepas PRU14, dijangka berlangsung selewat-lewatnya akhir tahun 2018 kecualilah berlaku darurat atau malapetaka yang tidak terduga atau terlintas di minda kini.

Parti pemerintah akan berusia 74 tahun dan kita menyambut kemerdekaan ke-63 serta penubuhan Malaysia ke-57  pada tahun itu.

Jika Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi PRU14, dialah yang akan mengisytiharkan sama ada kita capai atau sebaliknya target 2020.

Jika pembangkang menang PM barulah akan membuat keputusan atau judgment. As Speaking emphasises, "The judgment on whether 2020 target has been achieved will be made by Najib if Umno/BN retains power otherwise it will be done by the new prime minister,”

Kalau GDP kita antara sekarang dan 2020 tinggi, lagi baik melebihi 7 peratus dan rakyat berasa kemewahan (bukan bermusim sahaja) it will not be too hard for Najib to surpass the target, all being well, of course.

Najib bisa mencapai target visi 2020  kalau pertumbuhan ekonomi melebihi 7 peratus antara sekarang dan tahun penamat. Tidak mudah naik dari 4-5.5 peratus sekarang. Tidak juga sukar jika keadaan memihak kepada Najib dan kerajaan.  


DAP vs hudud

Kenyataan bos DAP, Lim Eng Guan, tidak ambiguous, tidak samar; terang dan jelas bahawa hudud perlu persetujuan konsensus ketiga-tiga parti - DAP, PKR dan Pas. Benar, dalam politik semua mungkin, everything is possible tetapi DAP consistent ada mendiang Karpal Singh atau tidak. Parti itu akan menentang hudud habis-habisan.

Sanggupkah Pas berpisah dengan rakan akrabnya kerana hudud? Umno dan MP Islam (termasuk dua MP Islam DAP?) tidak menentang hudud pada dasarnya tetapi mahu diyakinkan tanpa sebarang keraguan terlebih dahulu kewajaran dan cara perlaksanaan hudud.  

Sama seperti hudud di Saudi Arabia atau ala Taliban?. Mutakhir, Brunei telah menangguhkan pelaksanaan hudud mengikut seorang jurucakapnya, Jauyah Zaini,  kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan.  

Walaupun lama lagi hudud akan jadi kenyataan, baik di Kelantan apatah lagi di seluruh negara, Speaking advises, “prepare yourself mentally for the coming of hudud!”


Obama circle?

Saya pernah jadi intern di pejabat Lyndon Baines Johnson dan mengiringi Tun Razak ke White House beberapa bulan sebelum Johnson melawat Malaysia tahun 1966, sekali gus menjadi Presiden Amerika pertama menjejak bumi bertuah ini.

Kenapa Tunku Abdul Rahman Putra bersetuju dengan cadangan Tun Razak menamakan Rancangan Felda Labu Kampong LBJ sempena nama Presiden Amerika yang ke-36 itu? Sebabnya masa John Kennedy presiden, dasar Amerika Syarikat terhadap Konfrontasi Indonesia menganyang Malaysia  ambiguous.

Setelah Johnson ganti Kennedy (yang dibunuh/ assasinated), Johnson menyokong kita tanpa ragu-ragu lagi. Johnson juga peminat Malaysia dan Tunku... hanya - negara Malaysia dan Tunku pemimpin dunia yang menewaskan pemberontakan komunis.

Hari ini Barack Obama berada di Kuala Lumpur, presiden Amerika Syarikat yang kedua menziarahi kita.   Dengar-dengarnya betul atau tidak, wallahualam, satu bulatan di Putrajaya atau di Cyberjaya mahu dinamakan OBAMA ROUNDABOUT. 

Barangkali jasanya besar kepada Malaysia yang ramai rakyat tak tahu! Saya harap dan berdoa Bulatan Obama ini (kalaulah benar) tidak akan menimpa nasib yang sama dengan Kampong LBJ empat dekad akan datang. Atau menerima sejarah yang sama dengan Edingburgh Circle di depan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Satu renungan
Baiknya Malaysia menabur budi,
 Bendang  ada  lagi di Kuala Nerang;
Tersohor Putrajaya menabur budi,
Budi jarang dikenang orang.