KUASA bisa menjadikan seseorang korup; kuasa mutlak menjadinya lebih selesa dan gembira. Di mana pun wang lumrah dalam politik. “It always has been,” says Speaking.

Politikus yang berkata dia tidak mahu jadi perdana menteri bohong.

Siapa tak mahu wanita cantik atau lelaki tampan dusta; siapa tidak ingin hidup mewah, bahagia, disayangi belawak - loghat Kelantan bermakna tipu. Yakni mahu kelentong rakyat sahaja.

Semua ini lumrah semenjak manusia bermula. Begitu juga mencari ilmu walaupun tidak dilakukan sehebat dan seenthusiastic itu.

Cerita Anwar Ibrahim akan menggunakan kemenangannya yang dijangka dalam pilihan raya kecil Dun Kajang sebagai tangga loncatan ke Sri Perdana diduga dan logical.

Anwar mahu melangkah ke tahap lebih tinggi lagi melalui Shah Alam.

Mengejar kuasa, pangkat, status, kekayaan perkara biasa. Anwar, satu masa adalah kuncu favourite Dr Mahathir. Tetapi kerana sesuatu anak emas ini diketepikan. Ghaffar Baba hanya Timbalan Perdana Menteri sementara. Tempat yang diidami ramai akhirnya jatuh di atas riba Badawi sebelum disandangkan oleh Najib Tun Razak.

Kalaulah Musa Hitam tidak terburu - dia pilihan pertama pilihan Dr Mahathir - orang awet muda ini lama sebelum Badawi dan Najib bersemayam di Sri Perdana. Semenjak Anwar masuk Umno hingga sekarang dia berperasaan jawatan PM adalah haknya! Satu ketika mengkritik Anwar sama seperti mengecam Dr Mahathir sendiri.

Anwar kini cuba lagi merebutkan entitlementnya. Sebelum mencapai cita-citanya Anwar mesti menumbangkan Najib  sebelum atau dalam PRU14.

Najib bukan sembarangan orang - sama slippery, sama culas dengan Anwar. Round pertama Najib menang.

Anwar diduga menang amat mudah kecualilah pengundi Cina lari daripadanya dan DAP. Kalau calon MCA seperti diduga menentang Anwar rintangan bagi Anwar tidak sukar.

MCA menuntut kerusi Dun Kajang semata-mata kerana itu asal kerusi MCA. Dalam politik kemenangan sepatutnya diutamakan daripada sejarah. Dalam politik fleksibiliti sangat penting.

Kawasan Dun Kajang kawasan campuran; pengundi Melayu 48.48 peratus, Cina 40.46, India 10.15 dan lain 0.91.

Pengundi Cina dan India akan menentukan siapa menang dalam pilihan raya kecil ini sebab pengundi Melayu berpecah tiga belah, Cina bulat  pada DAP/PKR/Pas begitulah juga India berdasarkan keputusan PRU13 lapan bulan dulu.  

Anwar menang atau kalah (tak mungkin) tidak menjejaskan kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat di Shah Alam kalaupun ada pertukaran menteri besar. Saya kata Anwar tidak mungkin kalah sebab ketokohannya melebihi siapa pun bakal calon BN. 

Sebab kedua majoriti yang didapati calon PKR, Lee Chin Chek, agak besar, 6,824 undi. Tidak senang walaupun tidak mustahil menterbalikkannya. Lee telah meletak jawatan bagi membolehkan Anwar menduduki Dun Selangor.

Mengkaji atau menganalisis tujuan Anwar bertanding di Kajang membuang masa.

Saya tidak terkejut dengan tindakan partinya kerana telah disebut secara tidak langsung (hint) dalam gelak ketawa kepada saya oleh seorang tetamu di majlis pelancaran koleksi Maps of Malaya and Borneo-Discovery, Statehood and Progress Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Dato Richard Curtis oleh Perdana Menteri petang Isnin 27 Januari di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

“Please keep it confidential” sumber mengingatkan saya. Sebagai seorang wartawan yang berwibawa saya mesti melindungi sumber yang berwibawa itu. Maka saya tidak membocorkan atau betraynya. Kolumnis, editor yang jujur tidak mengkhianati kepercayaan sumber yang memberi maklumat.

Sekali pandang, tindakan Anwar dan Pakatan Rakyat meraih keuntungan politik dan publicity juga propaganda besar kepada pembangkang, pada jangka masa panjang, cerita lain. Apa pun pada saya ia satu political ploy - satu helah politik yang hanya memberi kemenangan jangka pendek.

Jelas Anwar terus seorang political animal sejati. Pakar mempoliticisekan apa pun. Such politicisation detracts from the more important things that the govenment is doing and, indeed, his own problems too.

Seperti kata Karpal Singh pilihan raya kecil Kajang memberi Pakatan Rakyat peluang menyuarakan "ketidakpuasan rakyat" terhadap kerajaan. Pi mai pi mai tang tu juga.

Sekali lagi nampaknya Putrajaya dan Menara Dato Onn were caught off guard - terus terperangkap dengan helah politik Anwar. Sepatutnya kepintaran mesti ditentang dengan kepintaran juga. Helah dengan helah. Jangan hanya mereaksi pada situasi sahaja!