Rakyat fikir mereka memerintah, sebenarnya mereka diperintah!

BEGITULAH tegas William Penn, dalam kurun 17, biar rakyat fikir mereka memerintah melalui demokrasi yakni pilihan raya maka mereka akan diperintah! - dalam bahasa asal: “Let the people think they govern and they will be governed!”. Kebijaksanaan Penn nyata. Sungguhpun begitu demokrasi nampaknya dalam bahaya di merata, hatta di negara yang demokrasi sudah lama established apa lagi lah di negara demokrasi sedang muncul dan membangun.

Orang kita kini dapat hobi baharu, sikit sikit demonstrasi atau berdemonstrasi. Seronoknya mereka bagai satu pesta yang  bermusim.

Dalam tahun 1950/60an orang Cina melakukan tunjuk perasaan pro-komunis, anti-darurat (emergency), mogok, boikot, anti-British kemudian anti-kerajaan merdeka; anti-Amerika Syarikat, anti-kerajaan Tunku Abdul Rahman yang pro-Barat masa Perang Dingin atau Cold War  antara Barat dan Komunis Soviet Union dan China. Perubahan atau change lumrah, adat dunia.

Madah Speaking: “change is the law of life.” Satu hakikat. Cina Malaysia juga India sekarang sibuk mengejar pendidikan tinggi berkualiti, ekonomi dan teknologi canggih dan secara halus atau terang telah mengambil alih leadership yang hilang daripada tangan mereka semenjak Tun Razak dan Dr Mahathir perdana menteri.

Sekian lama wilayah Asean bagai satu oasis, wadi damai, boring kerana pemerintahannya stabil, setengah ahlinya amat makmur, tiada negara anggota yang seteruk seperti di Afrika. Mutakhir hatta di Singapura pun sudah ada rusuhan oleh buruh asing dari India - amat mengejutkan; di Cambodia menghairankan tetapi di Thailand suatu yang biasa. Di negara kita, agak kerap berlaku demonstrasi semenjak PRU13. Indonesia kelihatan lebih tenang dan sejahtera dari segi ini walhal negara itu boleh dikatakan ibu segala demonstrasi dan agitasi di wilayah kita.

Pada saya, kesukaan berdemonstrasi ini sebabnya demokrasi di negara kita dan wilayah tertentu - pada keseluruhannya - masih rapuh (fragile) di mana di setengah tidak wujud institusi pemerintah seperti kehakiman yang bebas dan berwibawa; tentera dan polis yang profesional. Kalau pun sudah ada institusi begitu jelas tidak disenangi, dihormati rakyat. Cara dan sebab rakyat tunjuk perasaan - aman atau sebaliknya - berlainan dari satu negara ke satu negara. Tetapi ada satu persamaan - satu common denominator iaitu ketiadaan atau dilihat tidak ada atau kurang ada checks and balances terutama dalam pengurusan pilihan raya umum dan tindak tanduk pemenang memperbaharui mandat mereka atau baharu mendapat mandat bagi pertama kali.

Pemilihan melalui proses pilihan raya yang diragui rakyat menjadikan pemimpin sesuatu negara autocratic, corrupt dan ada yang sudah tersohor menyalahgunakan kuasa dan institusi pemerintah untuk kepentingan dan agenda peribadi, keluarga dan kroni.

Inilah yang menyebabkan munculnya civil unrest. Di Thailand, Cambodia dan Bangladesh, Mesir dan banyak wilayah lagi pasukan keselamatan telah menggunakan kekerasan... ada demonstrators/perusuh yang mati dibedil, dipukul dan diseksa (torture) dalam tahanan. Syukur alhamdulillah, setakat ini belum berlaku lagi demikian di watan tercinta. Berapa lama lagi kita dapat pegang rekod ini? Di Bangladesh, rusuhan demi rusuhan berlaku kerana dua wanita yang bergilir ganti memimpin negara itu iaitu perdana menteri sekarang Sheikh Hasina - menang pilihan raya tanpa lawan kerana parti pembangkang di bawah kepimpinan Khaleda Zia telah memulau pilihan raya umum. Kedua wanita ini - Hasina dan Khaleda - kerana dendam kesumat mereka telah menjadikan Bangladesh terus bergolak dan menderita.

Di Thailand, sengketa politik tidak akan selesai sehingga Yingluck Shinawatra disingkir dan dia tidak akan kalah atau disingkir melalui pilihan raya umum kerana partinya sangat popular di utara Thailand, jelapang padi dan dusun buah-buahan negara itu dan di mana majoriti pengundi tinggal. Kalau tentera tidak campur tangan - di Thailand intervensi tentera bukan luar biasa - ancaman civil unrest akan berterusan. “Thailand is vulnerable to a continuous civil unrest until the leadership is resolved as demanded by the powerful Bangkok power brokers” explains Speaking.

Sungguhpun kita masih kelihatan kebal daripada civil unrest dan tidak begitu mudah dilukai parah oleh pembangkang atau mereka yang anti-kerajaan janganlah pula tidur lena lenyap. Kekuatan kerajaan sekarang amat bergantung hanya pada bangsa majoriti saja. Pada keseluruhannya. Sebabnya tiada di antara mereka setakat ini yang mati kelaparan dan kadar pengangguran tidak keterlaluan tinggi.

Selagi itu terjamin dan taraf kehidupan mereka terus ditingkatkan, dapat dirasai dan dilihat dan mereka berasa selamat, Najib Tun Razak dan pentadbiran nya terpelihara... selagi tidak ada perpecahan dalam UMNO; selagi api dalam sekam tidak di luar kawalan.

Apa pun amat penting bagi masa kemuka institusi checks and balances on power and its holders diperkukuhkan lagi dan telus.

Rakyat termasuk Melayu Islam dan Peribumi makin cerdik, canggih dan kerana kehadiran komunikasi terkini mata mereka tidak lagi senang dikaburi... sukar mententeramkan mereka apa kala mereka benar-benar berasa kecewa sampai ke tahap enough is enough.

Selagi rakyat majoriti yakin kuasa prima mereka kebal dan tidak terus dicabar, diejek dan dihina mereka akan terus menyokong kerajaan hari ini setakat ini. Masa depan cerita lain kecualilah parti pemerintah dan kerajaan sekarang kelihatan tegas, berani. Kalau tidak masa depan kerajaan dan parti pemerintah kelihatan berjerebu.

Pilihan raya umum mustahak tetapi tidak mencukupi untuk melahir dan mengekalkan stabiliti jika tidak wujud mekanisme yang boleh control atau mengawas pemimpin yang tamak dan menganggap corruption seperti kata pepatah Perancis, “when all other things are old sins, avarice is still young.”