LONDON, Jumaat 19  September: Tiba di sini petang Selasa 16  September untuk mengikuti kempen akhir selama dua tahun pungutan suara atau referendum sama ada Scotland mahu merdeka atau kekal dalam United Kingdom (UK).

Gembira dan kagum kempen bersejarah ini telah berlangsung dengan amalan tradisi demokrasi tulen yang harus dicontohi oleh Demokrasi Baharu. Pada keseluruhannya kempen kedua pihak pro dan kontra seperti dialog atau conversations biasa.

Sesungguhnya pagi Jumaat ini, pengundi Scotland telah membuat keputusan menolak kemerdekaan kerana mahu terus menganggotai kesatuan UK. 1.9  juta pengundi atau 55 peratus daripada mereka yang mengundi memilih No Merdeka dan 1.6 juta pengundi atau 45 peratus inginkan kemerdekaan. 

Keputusan yang dijangka ini, walaupun dua tiga hari sebelum pengundian, Wesminster dan Whitehall panik kerana wujud tanda mereka yang pro kemerdekaan akan berjaya, maka konsesi devolusi yang lebih menarik dijanjikan.

Ramai percaya konsesi itu telah mengubah pendirian banyak pengundi pada saat akhir. Kemenangan pro union atau kesatuan memberi nafas baharu kepada UK.

Satu hadiah kepada rakyat UK, satu peluang baru pada Westminster dan Whitehall atau the chance for the government and the establishment to forge the union anew.

Keputusan ini bijak dan something to celebrate  how an immensely important referendum is resolved. 

Dua tiga hari sebelum mengundi ketiga-tiga ketua parti besar di UK, David Cameron, Perdana Menteri dan Ketua Conservative Party, Ed Miliband, Ketua Pembangkang dan shadow Perdana Menteri dan Nick Clegg pemimpin Liberal Democrats telah berkejar ke  Scotland dan dibantu oleh bekas Perdana Menteri Gordon Brown, seorang Scot, berkempen bernada “satu hati, satu suara, satu iltizam” Scotland mesti kekal dalam kesatuan yang bermula 307 tahun lampau.

Ugutan dan pujuk rayu oleh berbagai pihak terutama big business dan institusi kewangan dan kerajaan nyata telah berjaya.

Sama-sama kita lihat sama ada strategi ala Scotland akan berjaya dalam pilihan raya umum atau PRU14 kita nanti.   

David Cameron, Nick Clegg dan Ed Miliband nasib baik Kesatuan UK terselamat pada saat-saat akhir dari terkubur. They should be wise in future not to take things for granted.

Now, tanya seorang sahabat, what of the result itself? Orang Scotland sudah begitu lama inginkan merdeka, mahu masa depan mereka tidak bergantung kepada London semata-mata.

London dan Westminster sudah lama menyedari hakikat ini tetapi memandang ringan tuntutan itu. Keputusan referendum membangunkan mereka dari tidur - satu wake up call.

Kedegilan Westminster melayani tuntutan Nationalist Party of Scotland di bawah pimpinan First Minister atau Ketua Menteri Scotland juga Ketua Parti, Alex Salmond, memberi impak pada proses revolusi Perlembagaan anggota empat negeri dalam UK juga tanda bermula proses transformasi bagi UK.    

Puak 'No' yakni tidak mahu merdeka menang. Kumpulan 'Yes' yakni ingin kemerdekaan tewas tetapi seperti kata Speaking, "the result could have been something different” apa pun hubungan antara London dan Edinburgh, lanskap dan situasi politik di seluruh UK telah berubah, tidak seperti dahulu lagi.

Kesan pungutan suara telah mengubah segala-galanya, things have changed for good. Keputusan pungut suara adalah satu amaran pada Westminster dan Whitehall dan juga satu peluang baharu mulai esok untuk melakukan perubahan memenuhi aspirasi rakyat Scotland dan juga rakyat Inggeris di England, Welsh di Wales dan Irish di Northern Ireland. 

Saya suka tegaskan lagi satu perkara yang sudah tentu, nyata dan terang that UK will never be the same again; legasi  kononnya orang Inggeris dan orang Scot bersama lebih baik tidak lagi meyakini.

Kepahitan, kekecewaan dan iri hati antara dua kumpulan terbesar ini akan terus menjadi norm atau lumrah. Politik Scottish, terutama keputusan referendum, telah membangkitkan nasionalisme Inggeris, Welsh dan Ulster dari tidur mereka.

Alex Salmond pagi Sabtu telah meletakkan jawatan sebagai pemimpin partinya mengambil tanggungjawab sepenuh atas kegagalan mencapai kemerdekaan bagi Scotland.

Sebenarnya Salmond bukan gagal, dia hanya kalah sahaja - benih kemerdekaan dan nasionalisma Scottish yang ditanam bertahun-tahun itu - akan berbuah mungkin dalam satu generasi lagi kerana pengundi muda-mudi dalam referendum ini majoritinya menyokong gerakan kemerdekaan.

Apa pun pungutan suara ini telah membangkitkan nasionalisma Inggeris, bangsa dominan dalam Kesatuan UK yang terdiri dari England, Scotland, Wales dan Northern Ireland.

Scotland telah membuat keputusan dengan tegas - ingin sehidup semati dalam lingkungan UK. Sekarang telah tiba masa bagi memenuhi tuntutan Inggeris pula iaitu Parlimennya sendiri seperti yang sudah wujud di Scotland, Wales dan Northern Ireland di bawah proses devolusi.

So, what's next? Apa pun seperti kata Robert Burns, poet atau penyajak teragung Scotland, dalam tahun 1795, lebih baik bersama:

“Be Britain still to Britain true,
Amang ourselves united;
For never but by British hands
Maun British wrangs be righted!"