Pall Mall, London - pagi Khamis, 5 Disember: Saya dapati, walaupun keadaan dalam dunia terus tidak menentu, perasaan optimis wujud di mana pun saya lawati.

Bezanya perhati Speaking: "some are more optimistic than others” yakni ada lebih optimis daripada yang lain. Kita harus - apa pun situasi - optimis dalam kehidupan. Saya gembira kerana saya sentiasa optimis.  

Nasib atau the wheel of fortune sentiasa berputar. Dalam masa 68 tahun sahaja - semenjak tamat peperangan dunia kedua - China dan beberapa negara Confucius lain telah menjelma dari negara, bangsa dan ekonomi mundur pada negara maju terutama China yang kini ekonomi kedua terbesar di dunia. Etos, elan dan nilai Confucius telah jadikan Singapura, Hong Kong, Taiwan antaranya cemerlang dalam pendidikan.  

Mengikut Report Card mutakhir the Organisation for Economic Corporation and Development atau OECD, organisasi negara terkaya  ini adalah ratings dan status pendidikan dalam tiga subjek di 65 negara berdasarkan satu penyelidikannya.
 
Matematik (Ilmu Hisab):
  1.  Shanghai, China
  2.  Singapura
  3.  Hong Kong
  4.  Taipei, Taiwan
  5.  Korea Selatan

Negara Eropah mendapat markah tertinggi ialah Estonia nombor 11, Poland 14 ,Slovenia 21 dan UK 26, sembilan tangga di bawah Vietnam yang kedudukannya ialah nombor 17.

Reading (membaca):
  1.  Shanghai, China
  2.  Hong Kong
  3.  Singapura
  4.  Jepun
  5.  Korea Selatan
  7.  Ireland
 10. Poland
 11. Estonia
 19. Vietnam
 23. UK

Sains:
  1.  Shanghai,China
  2.  Hong Kong
  3.  Singapura
  4.  Jepun
  5.  Finland
  6.  Estonia
  8. Vietnam
  9.  Poland
 10. Canada
  21. UK

Ini adalah petikan daripada Daily Mail, 4 Disember. Mengikut akhbar favourite kelas menengah British dan kedua terlaris di UK, report card ini tidak baik; D - minus bagi UK. Saya wonder - terlintas di hati - kalau UK D - minus di mana pula kita?  

Jelas dulu antaranya UK negara maju kini stagnate (tidak berkembang) atau menurun, manakala negara East Asia, sebilangannya bekas tanah jajahan penjajah, melonjak ke atas dalam dunia pendidikan.

Begitulah juga dengan bekas negara satelit komunis seperti Estonia dan Poland. Dulu taraf pendidikan Malaya (sebelum  Malaysia) seimbang dengan Singapura.

Sekarang Singapura di kemuncak gunung sementara kita di kaki bukit! Siapa salah? Politikus, guru, ibu bapa?

Saya sudah bosan dan jemu mendengar hujah kononnya  pendidikan kita cemerlang! Apa pun saya fikir seperti kata mat salih, “the politicians and their civil servant advisors can talk about the standard of our education until the cows come home but it does appear to me unless we do something  serious and soon ,we are doomed to become an also -ran  country" yakni kita akan jadi sebuah negara biasa di mana dunia tidak dapat menjadikan kita sebagai contoh.  

Sure, benar kita bukan Hong Kong atau Singapura. Sungguhpun  penduduk kita 30 peratus keturunan Cina kita jauh di bawah dalam ratings pendidikan, keselesaan, ketelusan mengurus kekayaan, ekonomi dan bisnes serta hal ehwal kesejahteraan rakyat.

Kenapa? Adakah kita terus tidak mahu menerima kenyataan hidup, facts of life dan kita telah melakukan kesilapan besar mempolitikan dasar pendidikan negara?

Kita nampaknya sama ada politikus, guru dan ibu bapa terus "cling blindly” kepada idea, notion yang tidak menguntungkan. Kalau ini benar maka kita bukan sahaja tidak berkembang bahkan mungkin menjunam ke bawah.

Dalam saga pendidikan, anak bangsa kita akan terus menghadapi ‘disadvantages’ mengejar pendidikan tinggi berkualiti sebab kata Speaking,”... their feet have been shackled at the starting line” yakni kerana dasar pendidikan kita, kaki anak bangsa kita bagai tertambat pada barisan perlumbaan bermula. Kita akan terus gagal menyediakan anak cucu dan keturunan kita mencapai dan memperlihatkan bakat dan potensi mereka sebenar.

Di China dan di negara Confucius lain pendidikan diadakan selama antara 12 - 14 jam sehari termasuk kelas tambahan, tetapi tidak masuk private tuition! Ini bermakna work load atau kerja lebih, lebih banyak dan lebih berat daripada murid, guru kita.

Seperti di UK, kita sebenarnya, suka-duka, tiada culture of hard work, tiada budaya rajin belajar dan bekerja.

Minggu lepas, saya telah menulis tentang Oxbridge, Oxford terutamanya. Pendidikan British sungguhpun telah meleset, saya kira, masih “much admired" di seluruh dunia.

Kalaupun tidak pada performancenya pada tradisinya yang telah teruji itu. Kita di Malaysia harus mempromosikan kurikulum yang all-round, tradisi pendidikan yang menyeluruh dan yang berkualiti kalau tidak kita akan terus di bawah dalam ratings antarabangsa.

Di wilayah Asean, selain dari Singapura negara yang sedang meningkat dalam pendidikan ialah Vietnam.

Pendidikan di China, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong berjaya sebab ibu bapa adalah gulungan pendesak (pushy) dan guru pula lebih lagi bak kata mat salih, “they suceed because the parents are pushy and the teachers pushier!”

Pada saya telah wujud poetic justice kerana pada satu masa dahulu Singapura sebuah koloni British dan sebahagian Malaysia; juga Hong Kong, telah berjaya mengatasi UK dalam banyak aspek.

UK telah berjaya memerintah melalui dasar pecah dan perintah atau ‘divide and rule.’ China kini pula senang dengan kuasa’ divide and influence’ negara Barat melalui pasaran mega dan investmentnya.