ATAS kereta api First Great Western dari Truro ke Paddington, London, 1 October: Keluarga dan saya cuba sedaya upaya mencari kesederhanaan, kesempurnaan kalaupun tidak kecemerlangan apa jua kami lakukan dalam dunia dengan doa semoga juga dikurniakan hasanah di akhirat kelak.

Percutian di Truro - ibu Dukedom Cornwall; Dukenya ialah Putra Charles, bakal Raja UK, St. Ives, Falmouth dan Penzance di Cornwall sangat  baik, udara bersih dan sihat, badan dan minda usang pun menjadi lagi cergas, bak kata mat salih  invigorated.

Pujian pada ALLAH SWT kerana senantiasa memberi keluarga dan saya keseronokan, kegembiraan dalam cuti ini, khasnya terpesona dengan kegemilangan musim autumn atau musim daun gugur di wilayah yang dianggap orang British sebagai 'land of legend' bounded by the mighty Atlantic Ocean and English Channel.  

Mrs. Speaking yang belum pernah muncul dalam kolum ini komen “I enjoy the views of the surrounding beautiful sea, sand, rocks and granite cliffs and the pretty cottages and mansions...walking across the cobbled causeway to St. Michael’s Mount in Penzance is an experience; the sea food at St. Ives is scrumptuous perhaps  because many fishing boats still operate from this resort town.  Such a deliight!”

Cornwall adalah di selatan barat England, the south western tip of the British Isles, empat jam tiga puluh minit dari London, lebih kurang serupa jauhnya dari Kuala Lumpur ke Singapura via kereta api.

Syukur jarang sekali di seluruh dunia kami kena kelentong oleh penipu atau touts - penjual tiket haram.

Di stesen kereta api Penzance - ingat tak filem  The Pirates of Penzance? - abang ipar saya, Profesor Emeritus Alan Shahlan Brunken, seorang yankee kulit putih (white yankee) lebih enam kaki tinggi, telah dihampiri oleh seorang tout yang berdegil mahu menjual 'tiket kereta api murah' waktu Alan memanggil teksi.

Tout itu makin berdegil sehingga saya menengking Alan agar jangan mempedulikan tout itu. Alan seorang penyabar terus melayaninya tetapi akhirnya kesabaran Alan pun hilang! Dengan garang tout itu bertanya - “Where are you from?” dan Alan menjawab “From Somalia!” Tout agak terkejut dan takut, langsung dia beredar untuk bersama kawan-kawan dan memberitahu mereka, “we better give up. This man and his friends are real pirates. We are only descendents of pirates!”

Selama di Cornwall, tiada seorang pun mengatakan kami dari Malaysia. Semua meneka kami British Asians! Seorang pemandu teksi di Penzanze telah berkata bahawa bahasa Inggeris kami sangat baik dan sempurna. Apabila kami memberitahunya dari Malaysia langsung dia tidak terkejut kemampuan bahasa Inggeris kami.

Pemandu teksi: “No wonder you speak well because the British once ruled you, didn’t we? Do you still produce a lot of rubber and tin?”

Kolumnis: "You used to. We hardly produce rubber and tin now.”

Apa yang menghairankan saya, nampaknya itulah sahaja pengetahuannya tentang Malaya bukan Malaysia.

Semasa sudah hampir tiga minggu di UK, setakat ini tiada seorang pun bertanya tentang MH370 atau MH17. Sama ada mereka tidak sedar atau berita itu tidak cukup hangat di sini.

Banyak orang bertanya dan ingin mendengar pendapat kami tentang the Islamic State of Iraq dan Syria atau Isis, tidak tentang Petronas Twin Towers atau Malaysia sebagai destinasi percutian.

Orang Barat pada penglihatan saya amat takut mereka terpaksa berperang dengan ISIS pada satu masa yang panjang kerana more than ever Europe and United States now have ties to communities abroad seperti komuniti kita dengan komuniti di seberang laut.

Seorang Melayu, sudah lama permanent resident di UK, menunjukkan kepada saya gambar Anwar Ibrahim bersama Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sebelum ke sini ramai juga bertanya saya siapa akan jadi Menteri Besar Selangor. Tatkala saya kata Azmin, ada juga yang meragui. Gambar Anwar dan Azmin menunjuk mereka grinning atau tersengih kalaupun tidak tersenyum lebar.

Observes Speaking: “They are together, yet strangely apart” yakni pada zahir bersama, batin tidak lagi! Apa pun kalau gambar itu berniat mahu memperlihatkan chumminess, it has quite the opposite effect.

Walaupun mereka tersenyum, tidak sukar untuk kita meneka perasaan hati mereka sebenar.

Speaking speculated there appeared  a sharp pang of envy- concern even- that Anwar must have felt seeing his protege take the seat for which he (Anwar) and later his wife (Dr Wan Azizah) so recently appeared destined. That’s politics for all to see and learn. Nyata kita mencadangkan tetapi ILAHI yang menentukannya.

Sungguhpun berbagai obstacles atau halangan dan intrigue politik serta peribadi dilalui Azmin, dia telah berjaya menduduki tempat yang diidami ramai dan juga diingininya sangat. Saya kenal Azmin. Dia nampak sahaja lembut tetapi seorang yang gigih dan keras hati.  

Dalam politik, bukan fantasi, untuk berfikir satu hari seorang yang kelihatan sudah putus asa pun seperti Azmin pada satu ketika akhirnya menjadi menteri besar. Kalau anda keterlaluan optimis Anwar dan Tengku Razaleigh Hamzah pun bisa jadi perdana  menteri!
Berhari Raya Haji di perantauan

London 4  Oktober -  Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.  Kami di UK berhari raya serentak dengan mereka di Saudi Arabia.

Tiga tahun berturut-turut saya berada di perantauan menyambut Aidiladha. Rakyat Malaysia berkampung di Suruhanjaya Tinggi kita di Belgrave Square menunaikan solat sunat raya bersama Pesuruhjaya Tinggi baharu, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi; Fellow Worcester College Oxford, Datuk Sheikh Afifi Al-Akiti, dan 700 jemaah lain diimamkan oleh Ustaz Noor Khairan Nordin Attache Pendidikan dan Penasihat Agama High Commission.

Mendengar khutbah - Aidiladha pengorbanan yang sejati - saya yakin telah dieditkan amat menyenangkan; bacaannya lancar dan dalam bahasa mudah.  

Semoga ALLAH meletakkan kita semua dalam kebaikan sentiasa, dengan harapan jemaah haji kita, golongan Dhuyufur Rahman memperoleh haji mabrur, sai yang masyhur dengan doa segala dosa kita sekalian diampuni.

Panjang umur dan sihat walafiat dan dengan izin-Nya, saya berhajat menyambut Hari Raya Haji tahun depan di kampung sendiri - Kampung Bandar dan Kok Lanas.