UK menerima Sukuk, Malaysia di depan mempromosikan pelaburan ala syariah di Barat LONDON, KHAMIS 31 Oktober, Forum Ekonomi Islam (WIEF) yang ditubuhkan oleh kita dalam tahun 2005 dan berpangkalan di Kuala Lumpur memasuki era baru apabila berjaya mengadakan Forum ke sembilannya di London bertemakan, "Changing World, New Relationships" awal minggu dihoskan oleh Malaysia, kerajaan British dan Datuk Bandar London serta dihadiri sendiri Perdana Menteri Najib Tun Razak, PM British David Cameron dan Datuk Bandar London Boris Johnson.

Inilah pertama kali WIEF mengadakan jamborinya di negara bukan Islam di Barat dan Dunia Pertama. Sebelum London, temasya telah berlangsung di Kuala Lumpur empat kali - 2005, 2007, 2010 dan 2012; Islamabad 2006, Kuwait City 2008, Jakarta 2009 dan Astana, Khazakstan 2011.

Sudah kelihatan kemajuan berlaku dalam usianya yang setahun jagung itu. Saya mahu berterus-terang - saya tidak langsung ada kaitan dengan WIEF. Saya menulis ini dari luar lingkaran. Apa pun saya turut bermegah nampaknya WIEF sedang dan akan menolong memberi lebih dorongan (impetus) dan impak pada kewangan Islam dan bisnes di pusat kewangan dan bisnes London, antara yang tertua dan terbesar di dunia.

Kesediaan, ketegasan dan keghairahan (enthusiasm) David Cameron, Menteri  Kewangannya George Osborne dan Boris Johnson (ada darah Turkey mengalir dalam tubuhnya kalau saya tidak silap) menyambut kedatangan perbankan Islam, kewangan, bisnes dan Sukuk harus dipuji serta dicatitkan. Mereka demikian bukan sebab altruisme tetapi menyedari sejarah negara mereka sokmo-sokmo sebuah negara terkenal handal berdagang (an agressive trading nation).

Melalui East India Company, UK menakluki tanah besar India, Burma, Tanah Melayu; syarikat lain Hong Kong, Shanghai dan Macau. Lama sebelum itu Amerika, Afrika, Timur Tengah dan Caribbean dan lain-lain wilayah sehingga dua pertiga muka bumi di bawah perintah London. Selama 300 tahun orang British bercakap besar (boast) “that the sun will never set on the British  Empire“. 

United Kingdom (UK) kini tidak lagi bongkak, lebih realistik dengan keadaannya sekarang. Kerajaan British sedar kewangan Islam bukan sekadar satu 'niche' atau satu ceruk bisnes, tetapi Islamic business dan finance sedang berkembang cepat dan kian dinamik.

London boleh menjadi tuan rumahnya kerana sejarah dan lokasinya yang strategik, politik yang sabil, 'the rule of law' terjamin, keseluruhannya kegiatan bisnes 'transparent', cara hidup selesa dan 'standard of living' tinggi. Semua ini menarik semua orang seluruh dunia ke London dan ramai pula ingin bermastautin di UK.

Wang dan modal dari negara Islam banyak dan jelas: Harrods (Qatar), Dorchester Hotel (Brunei), Shard dan Chelsea Barracks (Qatar /Arab); Battersea Power Station (Malaysia).

Senarai pemodal Islam dan kerajaan Islam mempunyai harta tanah, bisnes panjang termasuklah Tabung Haji, Felda, PNB dan  Kumpulan Wang Pekerja atau EPF. Orang Islam British berjumlah sebanyak 2.7 juta dan sedang meningkat.

Mengikut kajian mutakhir didapati satu orang setiap empat manusia dalam alam ini adalah orang Islam dan jumlahnya kian meningkat.  Chartered Bank Islamic, Maybank Islamic dan OCBC Islamic telah meminjamkan dana lebih 200 juta Pounds Sterling untuk Tabung Haji membeli bangunan di London dan perjanjian pinjaman itu ditandatangani selepas perasmian WIEF.

Saya difahamkan Najib dan Cameron telah menyaksikan majlis itu. Johnson telah mengumumkan satu inisiatif baharu - penubuhan satu pusat Islamic hi-tech business berharga 100 milion Pounds Sterling di London bagi meng'enhance'kan Islamic business dibantu pula dengan penggunaan bahasa Inggeris dan kebebasan media yang tidak ada bandingan di mana-mana pun. Kerajaan British dalam proses melancarkan penjualan bon mengikut syarak berharga 200 juta Pounds Sterling - sedikit dalam dunia bisnes London; sebagai setitik air dalam lautan China tetapi terpenting permulaan sudah ada, diharap akan berkembang.

Saya baru balik dari New York. Walaupun New York  metropolitan antarabangsa yang terbuka New Yorkers majoritinya Yahudi, mendengar perkataan syariah saja pun sudah cukup untuk mereka “tutup” pintu! Suka-duka anda mesti menerima London lebih welcoming daripada Wall Street (New York) bagi apa yang Speaking sebut, "Sukuk or syariah-compliant bond”.

Kerajaan ummah, terutama negara Arab yang dikurniakan ALLAH SWT minyak dan gas  mesti mengejar dan jangan lepas peluang muhibah yang ditunjukkan oleh London yang saya jangka lama kelamaan akan diikuti oleh ibu kota negara Barat yang lain; oleh mereka seperti orang British tiada “baggage” atau terkudis kerana peristiwa 9/11.

Pada keseluruhannya media British menyambut baik Forum WIEF. Saya tidak terkejut kerana pada akhirnya dalam apa relationship atau hubungan pun, "money speaks louder than words”. Pitis lebih berpengaruh daripada berkecek, dalam bahasa standard  perbuatan lebih berkesan daripada perkataan atau pidato.

Kedua suara Establishment British, iaitu The Daily Telegraph dan The Times menggalakkan UK mengadakan hubungan rapat dengan negara majoriti Islam melangsung bisnes dan ekonomi ala Islam.

Tulis leader writer Telegraph, pada 30 Oktober; "David Cameron’s decision to host the World Islamic Ecconomic Forum.... and announce a new sharia - compliant Treasury bond served as a reminder that we are, above all, a trading nation with global horizons.

The fact that Mr Cameron could describe Islamic investment as fundamental to our sucess without any chorus of dissent is more evidence of the openess that remains Britain’s overriding competitive edge." The Times pada hari yang sama wartawannya, Juliet Samuel, berkata “the UK is currently the ninth biggest market for Islamic finance with nineteen billion dollars in sharia assets and twenty banks that can fix up sharia - compliant deals.

Luckily for Britain we have two advantages to help us to make the most of this trend: a financial sector whose services will be needed to fund global trade and  millions of British Muslims with cultural and business links with young, entrepreneurial populations in the Islamic world."

Sebenarnya kalau Sukuk dan kewangan Islam dijenamakan semula dan semenarik mungkin - kalau boleh tanpa menyebutkan sharia kerana di Barat sharia di kalangan Islamophobia sinonim dengan jihad, pelampau, Taliban, kahwin paksa! Apa pun makin ramai orang Barat menerima Sukuk dan produk yang tidak melanggar hukum syarak. Kan Islamic business tulen amat etika jika dilaksanakan dengan hemah, cermat dan baik?

Serendah-rendah jumlah potensi wang wujud bagi investment via Sukuk adalah 1.3 trilion Pounds Sterling. London merebut peluang keemasan ini sebab Amerika tidak minat. Mungkin pada masa akan datang.
 
Penjualan bon Sukuk kerajaan British mengesahkan London benar-benar terbuka manakala New York masih dilanda phobia 9/11. Peristiwa ini masih segar.