PALL Mall, London 8 November: Telahan saya minggu lepas  tepat. Sebenarnya, kekalahan Parti Demokratik yang menguasai Rumah Putih (White House) dan Senat dalam pilihan raya setengah penggal Kongres, iaitu di Dewan Perwakilan (House of Representatives),  Senat dan pemilihan gabenor negeri lebih teruk dari dijangka.

Namun  saya yakin Presiden Barack Obama, jika kena strategi dan cara, kata Speaking, "can still redeem his battered reputation” yakni boleh lagi menebus reputasinya yang kini makin luka dan lebam. Parti Demokratik hilang kuasa di Senat, kalah lebih teruk di House of Representatives dan pemilihan gabenor.

Akibatnya Obama terpaksa akan menghabiskan sisa masa pemerintahannya berkira dan berunding dengan kepimpinan majoriti Parti Republikan di Kongres yang amat anti -Obama dan agenda reformasinya.

Ketua Parti Republikan di Senat,  digelar pemimpin majoriti, Mitch McConnell (Kentucky) adalah an implacable opponent, musuh yang tidak boleh dipujuk untuk berkompromi. Tema kempen Republikan yang berjaya adalah “let him squeal” yakni buat dia menjerit. Hayat kuasa Obama dua tahun lagi dari dua penggal presidensinya. Kadangkala dalam politik jika kena masanya musuh jadi kawan dan sahabat jadi lawan.

Adat dunia apabila seorang pemimpin itik tempang, minat terhadapnya berkurangan kerana kuasa dan pengaruhnya makin menurun, terhad dan lemah. Obama tidak terkecuali. Pada pendapat saya, pengundi Amerika Syarikat (AS) terlalu kecewa dengan Obama juga dengan Parti Republikan.

Sebab kekecewaan terhadap Obama lebih besar dari Parti Republikan, mereka menyokong parti itu. Mereka tidak tahan dengan keangkuhan dan budaya politik kelas elit di Washington DC  pengundi bertindak balas dengan hebat.

The backlash was harsh, similar to what happened against Umno/BN in Selangor during the  last two general elections iaitu tindak balas mereka seburuk apa yang berlaku pada Umno/BN di Selangor. Pengundi Amerika dan Selangor melihat pemerintah dan pemimpin mereka toksid.

Enam tahun dahulu, Obama memukau dunia dengan kepetahannya (oratory), memberi rakyat AS harapan yang terlampau tinggi, tegas Speaking, impossibly high; satu era yang harmoni, aman, makmur dan budaya politik baru.

Setelah enam tahun memerintah, dia tidak dapat memenuhi janjinya. Boleh dikatakan sebagai perahu separuh kosong. Apa pun Obama masih relevan terutama dalam perhubungan antarabangsa dan diplomasi; di bidang ini seorang  presiden tidak bergantung sangat pada persetujuan dan perkenan Kongres apa yang mahu dilakukannya termasuklah perisytiharan perang dan menyerang atas nama kepentingan dan keselamatan AS.

Apakah impak keputusan mid-term elections ini? Pendapat di Barat, dengan kemaraan IS, ekonomi di Eurozone dan di beberapa wilayah lain dalam keadaan keleburan (meltdown), Rusia berlagak dan beraksi seperti Soviet Union dulu, ini tidaklah satu masa cerah dan baik dunia Barat dan AS dipimpin oleh itik tempang dan toksid.

Rejim Israel dijangka berlagak dan bertindak lebih garang lagi  dalam situasi kucar-kacir politik domestik AS dan kewujudan partisan gridlock (jalan buntu). Jika Obama bijak, rendah diri, sedia pula mencari ikhtiar- tidak menolak peluang bertolak ansur dengan  McConnell dan kepimpinan Republikan juga bersifat demikian- kepimpinan global Amerika agak terjamin.

Mengikut tradisi, keputusan pilihan raya mid-term adalah protes undian terhadap kepimpinan Rumah Putih, tetapi jangan melihatnya sebagai jalan mudah calon Parti Republikan memenangi Pilihan Raya Presiden 2016.

Pendapat ramai, masih sukar untuk calon Parti Republikan yang kini dipimpin oleh puak pelampau atau ekstremis mendiami White House, antara sebabnya parti itu belum ada calon yang berwibawa dan berpotensi menentang calon Parti Demokratik yang besar kemungkinan ialah Hillary Clinton.

Jika Jeb Bush, bekas gabenor Florida; adik bekas Presiden George W Bush dan anak kepada mantan Presiden George H Bush, calon Republikan cerita lain. Itu pun tidak ada kepastian Republikan boleh menang. Saya ramal pengundi AS  sudah pun bersedia dan ingin melihat seorang presiden wanita. 
 
Apakah Umno/BN boleh belajar dari Republikan dan Demokrat? Banyak. Dari Republikan secara mereka berkempen dan mengeksploitasikan isu-isu tanpa takut dan segan serta ruthless, aktivis parti mesti mempunyai iron discipline dan kepakaran mengeksploitasikan media lama dan baharu dengan bijak dan meyakini. Mampukah Umno/BN/MCA dan Gerakan di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang melakukan semua ini? 

Umno dan BN mesti memilih calon yang dilihat bukan sombong dan bukan menyendiri (aloof) dan mempunyai pekerti, imej yang baik, bukan tamak dan bukan meloyakan, apa lagi dikhuatiri rasuah atau  bakal demikian. Kerajaan dan pemimpin Umno jangan jadi seperti Obama dan White House yang dilihat tidak tegas, langsung dicemuh oleh rakyat.

Ketua Umno dan kerajaan mesti lebih berani dan memimpin dari depan bukan dari belakang. Mereka yang ingat asal-usul Umno, bangsa dan agama. Mereka yang seperti kacang lupakan kulit dan mudah lupa daratan akan menolong kehancuran Umno dalam PRU14.

Legasi Obama? Agak terlalu awal untuk ditentu dan diperkatakan. Kebanyakan dasarnya akan bergema dan dikritik seteruk-teruknya, terutama dalam Dewan Senat. Apa pun saya berharap Obama sekarang lebih jujur dan nyata dengan matlamat dasar luarnya.

Jangan jadi seperti niat baiknya dahulu iaitu “to reinvent American power” yang kerana flip-flopnya, terang Speaking, has seemed overun by events and one crisis after another. Obama, apa pun, telah mencatat sejarah; kulit hitam pertama jadi Presiden AS.

Legasinya akan menentukan berapa lama pula seorang bukan kulit putih menjejak kaki di Rumah Putih sebagai presiden. Suka-duka, warna kulit dan personaliti Obama menolongnya memenangi Rumah Putih dua kali berturut-turut dan dia menerima harsh treatment dalam pilihan raya US VOTE 2014, pada pendapat ramai juga kerana kulitnya!

Jika Obama mahu diingati dan dihargai oleh sejarah Amerika dan dunia, dia mesti pastikan rakyat Palestin mempunyai negara mereka sendiri, side by side, dengan Israel sebelum dia keluar dari White House dua tahun lagi. Itu sahaja, saya nampak, Obama akan diingati di seluruh alam sebagai Presiden Amerika who makes a difference.