LEWAT tahun 1960-an dan 1990-an negara, mengikut Speaking, “was in the grip of racial trouble, and then there were upheavals in Malay politics”- peristiwa 13 Mei 1969 kemudian agitasi politik oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sendiri sebagai puak reformasi.

Selepas persaraan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh oleh rejim “budak tingkat empat” di Jabatan Perdana Menteri dan konco mereka di Balai Berita di Bangsar, situasi politik baharu muncul. Mujurlah usia pemerintahan budak ini tidak lama  kalau tidak negara dan Peribumi sudah tentu jadi cagaran jika tidak pun tenggelam. Semenjak pemerintahan 1Malaysia, episod lewat 2003-2008 yang menyedihkan itu tidak disebut langsung kerana episod period itu agak jelik akibat politik egocentric- mementingkan diri sendiri - dan naif amat dominan. Rakyat, pegawai kerajaan, orang bisnes dan orang media di bawah telunjuk Ketua Budak dan kroninya.

Suka duka, Umno-BN terus memerintah. Yang berubah hanya perdana menteri sahaja dan pada Speaking the form remains, the content varies a bit, that’s all. Kerana bentuk rupa sama, hanya ada sedikit pembaharuan dan perubahan dalam kandungan dan gaya pemerintah maka pengundi, bilangannya meningkat dalam PRU13, nampaknya akan terus meninggalkan parti pemerintah dengan niat tidak akan kembali lagi kepada parti itu. Inilah masalah mesti dihadapi dan diatasi segera oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak.  Kini ramai rakyat sudah pun mulai bercakap dalam nada positif betapa bagusnya Dr Mahathir, berapa lebih selesa lagi bangsa majoriti ketika Tun Razak Perdana Menteri. Justeru bak kata mat salih, "many hanker for a return to either Mahathir or Tun Razak’s era.”

Maksudnya ramai kepingin kembali kepada era Dr Mahathir atau Tun Razak, di mana tidak ada pengecut politik! Saya tidak mahu memusing jam ke belakang- turning the clock back. Sebab ramai tidak puas hati situasi sekarang - satu kenyataan walaupun pahit- mereka mencari alternatif. Ada benar-benar berasa terpinggir, terasing daripada masyarakat materialisme yang amat ketara dan kian berkembang maka mereka makin marah pada clique yang menyalah gunakan kuasa politik untuk terus mengaut kekayaan.

Rakyat menunggu kedatangan pemimpin yang juga pencinta negara, pencinta rakyat biasa. Mereka menanti,  seorang murah hati dan mencuba dengan jujur, telus dan tulus memenuhi aspirasi dan aspektasi rakyat miskin. Seorang pemimpin mempunyai keperibadian mulia, tidak ada sifat mementingkan diri, keluarga dan kroni. Seorang benar-benar ingin memodenasikan bangsa dan watan.

PRU Indonesia: Jokowi menghadapi cabaran sukar

 India, demokrasi terbesar di dunia dan Indonesia ketiga terbilang (kedua adalah Amerika Syarikat) sekarang sedang mengundi. Di India, memilih kerajaan dan perdana menteri baharu dan di Indonesia pula siapa layak bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Julai depan. Saya agak consistent bahawa Jokowi atau nama sebenarnya Joko Widodo, berusia 52 tahun, governor Jakarta  mempunyai harapan cerah menjadi bakal presiden baharu Indonesia.  Namun mutakhir ia kelihatan sukar untuk menang pada pemilihan presiden bulan Julai depan apabila gagal memperoleh undi yang kuat dalam Pilihan Raya Parlimen yang baru selesai. Apa pun, saya  masih yakin Jokowi melalui pakatan dengan parti-parti kecil akan menang dan mengatasi calon Golkar, Aburizal Bakrie.  Calon ketiga yang mungkin layak bertanding bulan Julai adalah bekas General Prabowo Subianto, mantan menantu Suharto. Prabowo berpendidikan di Victoria Institution, Kuala  Lumpur. Jokowi disokong oleh dua bekas presiden, Susilo Bambang Yudhoyono dan Megawati Sukarnoputri seharusnya lebih hampir bakal menduduki Istana Merdeka di Jakarta. Bambang tidak boleh bertanding lagi sesudah dua penggal sebagai presiden. Perlembagaan Indonesia, seperti perlembagaan Amerika Syarikat, tidak membenarkan seorang ketua negara mereka memegang jawatan melebihi dua penggal. Apa pun, keputusan siapa layak bertanding presiden nanti akan diketahui 9 Mei. Yang jelas Parti Islam, walaupun penduduk Islam majoriti dan Indonesia negara Islam terbesar di dunia nampaknya, tidak akan berjaya mendapat calon yang berkelayakan  bagi Pilihan Raya Presiden. Di Indonesia, ummah tidak seperti di negara kita tidak begitu mudah digosok dan disogok oleh  agama kerana pada mereka menghadapi realiti dan cabaran kehidupan sekarang mendahului agama. Selain dari itu  asas Indonesia adalah sekularisme.

Untuk layak bertanding presiden- pengundinya berjumlah 186 juta - calon itu mesti mempunyai parti atau pakatan yang ada 20 peratus dari jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat Indonesia yang anggotanya seramai 560 atau 25 peratus undian dalam pilihan raya parlimen yang baru tamat.

Siapa menang akan menikmati jet peribadi presiden yang tiba di Jakarta Jumaat 10 April dari Amerika Syarikat. Jet mewah Boeing BB12 berharga RM294 juta, boleh memuat 70 penumpang; rekaan dalaman jet berharga RM87 juta disertai sistem keselamatan berharga RM14.6 juta. Saya kira wajar dan berpatutan bagi menjaga dan memelihara maruah dan prestij Presiden Indonesia kerana Indonesia  potensi kuasa besar. Jet mewah BB 12 ini dilengkapi, antaranya bilik tidur, bilik mandi, ruang tandas, kamar mesyuarat, lounge untuk tetamu, kamar makan dan ruang untuk ahli rombongan dan staf presiden. Di Malaysia, Perdana Menteri mengguna jet VVIP - tiada luar biasa dan pelik bahkan ramai bilionair Malaysia, termasuk beberapa kerat Melayu, mempunyai pesawat mewah. Saya pernah menumpang naik jet mewah kawan juga pemerintah sepertilah sebilangan pemimpin pembangkang.

PRU India: Modi favourite jadi Perdana Menteri baharu

Saya sudah ke India banyak kali, sekali sebagai tetamu kerajaan. Saya peminat negara itu juga Pakistan. Sejarah, kebudayaan, landskap, alam semula jadi dan buah-buahannya, terutama mangga adalah incredible - sungguh  luar biasa. Itulah sebab saya sering melancong ke India dan kadang kala ke Pakistan. Siapa pun menang dalam PRU India yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 12 Mei;  parti mana pun berjaya - Congress, parti sekular yang lama memerintah dan kelihatan letih serta sekutunya atau Parti Nasionalis Hindu pelampau, Bharatiya Janata Party (BJP) - serupa sahaja. Nampaknya Congress akan kalah teruk kerana  pemerintahannya dihantui banyak skandal rasuah. Di India, kemiskinan tegar, korupsi dan bakat kelihatan senang duduk side by side. Kehadiran parti ketiga iaitu parti Aam Aadmi, baharu setahun jagung, yang slogan utamanya “Hapus Rasuah” merisaukan dua parti terbesar itu. Besar kemungkinan Aam Aadmi akan kacau daun bahkan ada peluang menghalangkan BJP menang besar dan menumbangkan Congress.  

Masalah besar dihadapi India adalah rasuah, itulah akar umbinya selain dari karenah demokrasi yang menghalangkan India mencapai potensinya sebagai superpower dan status dunia pertama.  Jika rasuah boleh dikurangkan- tidak bisa membasminya di mana pun- India akan setanding kalaupun tidak mengatasi China dalam masa terdekat.   

Sokongan Indian Muslims terpenting pada siapa pun yang akan menubuh kerajaan baharu. Penduduk Islam berjumlah 13.4 peratus daripada jumlah penduduk seramai 1.2 bilion, lebih kurang 138.8 juta. Undi Indian Muslims terpenting dalam 80 kawasan Parlimen. Anggota Dewan Rakyat atau Lok Sabha  berjumlah 543. Kalau orang Islam mengundi secara taktical atau dengan perancangan bijak mereka akan jadi Kingmaker siapa perdana menteri baharu India. Oleh kerana kemungkinan perancangan bijak sukar dilakukan, Modi dijangka, walaupun dilihat sebagai anti- Islam, akan menang, bukan calon Congress, Rahul Gandhi, cicit Nehru, cucu Indira Gandhi dan anak Rajiv Gandhi. Kalau undi Indian Muslims padu tidak berpecah seperti undi Melayu di Semenanjung mereka adalah undi simpanan atau vote bank yang akan dipujuk rayu bersungguh-sungguh oleh semua pihak termasuk BJP. Jika undi Indian Muslims solid seperti undi Cina di Malaysia - padu, sepakat, sehati - mereka  akan berjaya seperti Cina DAP dalam PRU13.

Di India, parti berasas agama Hindu, BJP, berjaya  dulu, sekarang dan masa akan datang berbanding parti Islam di Indonesia. Di Malaysia pula, Pas hanya memenangi dua tiga  kerajaan negeri tetapi tidak pernah memenangi, sama ada bersendirian atau via pakatan Kerajaan Pusat. Zaman Tun Razak, Pas anggota BN dan kerajaan tetapi selepas Tun Razak kembali ke rahmatullah parti itu "ditendang keluar” oleh pengganti Tun Razak atau the party’s position in government was made untenable. Masa depan, dalam PRU14, cerita lain.