BELGRAVIA, LONDON - Khamis, 12 Disember: Hari ini yakni Ahad Nelson Mandela, Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan, keramat Afrika, ikon global disemadikan di kampung kelahirannya, Qunu, di Eastern Cape, setelah meninggal dunia berusia 95 tahun (1918 -2113) Khamis 5 Disember di Soweto, Johannesburg.

Dengan pemergiannya hilanglah dunia seorang wira, liberator dan Peribumi  Colossus - gergasi yang mengakhiri rejim aparteid yang kejam, ganas dan tanpa berperikemanusiaan itu. Mandela telah dipenjarakan selama 27 tahun 6 bulan, kebanyakannya di Pulau Robben, penjara terkejam dan maksimum sekuriti pemerintahan aparteid.

Dibebaskan 11 Februari 1990 justeru tamatlah perjalanan yang lamanya atau his and South Afriaca’s long walk to freedom.

Kerana lama sangat Nelson di dalam penjara dia telah jadi non-person - hidup dalam tahanan begitu lama - ramai rakyat Afrika Selatan tidak mengenalinya; tidak tahu rupa bentuk dan wajahnya tetapi cerita perjuangan, ketabahan, ketahanan dan kesengsaraan batin dan jasmaninya serta visi politiknya menjadi legenda. Rakyat mendewakan namanya tanpa melihat wajahnya.

Tidak keterlaluan, andainya dia keluar bersiar sebelum dibebaskan majoriti rakyat tidak akan mengenalinya. Antara 1990 hingga Khamis 5 Disember 2013, idola dunia ini dipuja dan menarik perhatian orang ramai lebih dari rock atau bintang filem, bahkan queens and kings dan pemimpin dunia lain.

Kehadiran lebih 100 ketua negara dan kerajaan dan ramai selebriti pada majlis upacara memorial baginya membuktikan status unik dan luar biasa Mandela dalam dunia. 

Mandela bukan santos, tetapi mempunyai banyak sifat mirip seorang wali dan keramat yang menjelma dalam masa kurungan dan isolasi dan selepasnya.

Sungguhpun saya menemu bual penggantinya, Presiden  Thabo Mbeki, di Cape Town tahun 2003, saya menyesal tidak memohon berjumpa Nelson Mandela.

Rancangan saya mahu ke Cape Town khusus untuk berjumpa wira Afrika ini tetapi hasrat itu tidak sampai apabila saya disingkir secara tidak terhormat dari kumpulan media NST lewat 2003 oleh who you knowlah.

Memorial service untuk negarawan global ini diadakan di Stadium FNB di Soweto, Johanessburgh Selasa 10 Disember. Ia dipilih kerana di stadium inilah Mandela membuat public appearancenya yang terakhir sempena pesta bola dunia 2010 yang Mandela bertanggungjawab Afrika Selatan dipilih sebagai tuan rumah, pertama kali di benua Afrika.

Dua sejarah dunia tercatat hari itu. Tidak pernah berlaku pada memorial service siapa pun di mana lebih seratus pemimpin dunia dan selebriti menghadirinya dan juga di mana Presiden Jacob Zuma, pengganti Mbeki, diaibkan. 

Mengikut The Times (London), ‘crowds hail Mandela but bury his successor’. Saya lihat dan dengar via siaran langsung BBC tiap kali muka Zuma keluar di TV skrin besar di stadium itu ramai antara 70,000  crowds itu 'booed and whistled' mengaibkan ketua pemerintah mereka di depan begitu ramai pemimpin dunia dan disaksikan ratusan million di seluruh dunia.

Lebih memalukan, lebih terasa pula kata Speaking, "a global humiliation” pada Zuma. Tidak cukup itu sesetengah yang hadir memberi tepukan gemuruh atau cheers waktu ketibaan Thabo Mbeki dan Timbalan Presiden Afrika Selatan, Kgalema Motlanthe yakni timbalan pada Zuma.

Kenapa kelihatan tiada perpaduan pada hari bersejarah ini - pada majlis mengucap selamat tinggal atau to farewell anak watan terulung Afrika Selatan juga Peribumi benua Afrika tersohor dan hanya baharu dua dekad merdeka?.

Sebab apa Zuma yang menghadapi pemilihan semula tahun depan tidak popular bahkan dibenci sesetengah rakyat?. Dalam bahasa SMS Zuma telah 'mengkhianati' perjuangan asas dan rukun utama parti African National Congress (ANC).

Yakni telah membuat beberapa ‘U-turns’. Rakyat juga Afrika Selatan tidak kelihatan bertambah maju dan menikmati kemakmuran dan lebih keamanan di bawah kepimpinan Zuma.

Masyarakat Afrika Selatan, Peribumi terutamanya terus mundur dan miskin, 40 peratus menganggur. Tegas The Times, "South African society in 2013 is one of the most unequal on earth" - editorial 11 Disember. 50 peratus yang miskin hidup atas hanya 8 peratus hasil negara atau national income.

Waktu Mandela dibebas pendapatan pukul rata orang kulit putih yakni Afrikaners lebih kurang lapan kali ganda lebih dari pendapatan orang Afrika kulit hitam dan sedihnya selepas 23 tahun keadaan begitu terus wujud.  

Benar dan tidak boleh dinafikan, ada golongan minoriti kulit hitam sudah jadi orang kaya baru dan aristokrat ekonomi dan bisnes.

Pemimpin ANC, menterinya dan juga birokrasi Afrika Selatan sekarang bukan lagi seperti zaman Mandela, seorang peguam; keadaan sekarang sudah jauh berubah. Zuma hanya belajar menulis dan membaca semasa dalam jail tetapi Zuma seorang yang peramah, mudah mesra.

Dia dibuang sebagai timbalan presiden oleh Mbeki maka  bermulalah pergeseran dalam politik ANC dan pentadbiran, pemerintahan Afrika Selatan.

Adalah diingatkan Mandela dan Mbeki  keturunan suku Xhosa manakala Zuma Zulu; kabilah terbesar Peribumi Afrika Selatan. Sudah lama wujud persaingan antara dua suku ini tetapi terzahir selepas Zuma menjadi presiden.

Apa pun Zuma seorang politikus yang pintar dan seperti Taksin di Thailand pengamal ‘politik popular’- dia bijak mengatur projek dan pembangunan di wilayah kwaZulu-Natal. Zuma sedar dan tahu sumber kuasanya. Kalau di negara kita, Zulu adalah seperti Peribumi dan Melayu dalam politik kita.

Cabaran di depan Afrika Selatan selepas Mandela amat besar dan sukar. Kalau Zuma dan pemimpin selepasnya tidak, tegas Speaking, "seize the opportunity to move on from the politics of revolution and meet bravely the challenges that threaten South revolution and meet bravely the challenges that threaten South African stability, inter-racial and inter-faith unity  a rough time awaits it. A worst scenario may occur. Indeed, South Africa can even become a blood bath unless the massive poverty and the stark unequal society, pervasive corruption and rampant abuses of power are addressed  soonest.”

Maksudnya masa depan Afrika Selatan selepas Mandela kurang cerah, mungkin kacau bilau berlaku andainya tiada transformasi berani dan tegas berlangsung iaitu meningkatkan taraf pendidikan, pekerjaan ,peluang sosial dan ekonomi pribumi dengan segera. 

Juga menjaminkan kedudukan Afrikaners seperti dikehendaki oleh perlembagaan negara.  Penduduk Afrikaners seramai tiga juta, tetapi satu minoriti yang dominan dalam  ekonomi ,business, industry dan profession.

Pemimpin kita - saya berharap dan berdoa- mengambil iktibar pada apa yang sedang berlaku diAfrika Selatan.  Zuma dituduh membelanjakan  27 juta pound sterling mendirikan sebuah ‘istana’ di kampungnya; mempunyai lima isteri , sedang berunding untuk menikah seorang lagi, mempunyai dua puluh anak. 

Kata orang ‘that’s South African reality for you ‘ Korupsi dan sindrom lupa daratan makin menjadi.  Pemimpin selepas Mandela (yang hanya presiden satu penggal, tidak mahu meneruskannya) telah gagal memerintah Afrika Selatan, sebuah negara  yang sebenarnya amat kompleks untuk ditadbir.

Mandela memulakan pemerintahan majoriti kulit hitam dengan baik dan disokong oleh Afrikaners kerana pentadbiran Mandela adil dan exemplary (satu contoh baik)  mengikut ideal dan lunas demokrasi; bebas dan sama rata tanpa kira keturunan, agama, toleran dan kompromi- menang menang atau win-win situation for every group. 

Reconciliation  (berdamai) ,tiada dendam terhadap apatheid walaupun dia yakni Mandela dianaiyai hampir 28 tahun. 

Sungguhpun dia bukan santos kerana sifatnya yang hampir wali, dia dipuja sebagai keramat oleh Afrika dan dunia.  Mengikut anggota keluarganya- tiga isteri tetapi dua bercerai- Mandela atau nama jolokannya Madiba  adalah seorang peramah,mesra,penyayang di khalayak ramai .

Tidak hairan kerana  dia seorang politikus tulen atau a  genuine  political animal   and a natural PR man.  In private, Mandela sukar menunjukkan kasih sayangnya kepada mereka yang disayanginya; dia kekok dengan keluarganya sendiri dan mereka yang dicintainya dan mereka yang menyayanginya.

Apakah legasi Mandela?  Mengikut John Carlin,wartawan akhbar The Independant (London)  di Afrika Selatan -1989-1995- Mandela adalah seorang benar benar luar biasa dan “a political magician.” “ A life like no other” tegas Barack Obama.

Pada saya legasi terbesar Mandela adalah kesediaan dan keberaniannya berunding dengan Presiden  F W de Klerk ,pemimpin veteran pemerintahan  apartheid, bagi mengelakan civil war maka lahirlah dasar satu orang satu undi, mengreconciliasikan kebimbangan  kaum minoriti Afrikaners dengan aspirasi rakyat majoriti kulit hitam:
maknanya tiada black domination over the whites.  

Sekali gus Mandela  bukan sahaja bebas dari penjara dia juga bebas dari perasaan dendam; no bitterness.  Betulah dia seorang  wali atau paling minima a really  towering man.  Mandela berjaya meyakini dan memujuk kulit hitam tidak menuntut balas dendam jesteru kata Carlin ‘ Mandela had practically the totality of white South Africa falling at his feet” yakni orang  kulit putih  atau Afrikaners menyembahnya kerana bersyukur atas sikap pemurahnya.

Mandela berjaya memerdekakan bangsanya daripada perasaan putus asa (despair) melalui demokrasi , pilihan raya umum dan akhirnya berkuasa.  Tetapi dia tidak  seperti kepala negara dan pemimpin Afrika lain gilakan kuasa; dia memegang jawatan president satu penggal sudah cukup baginya antara 1994-1999 .

 Mandela menjadikan Blacks euphoric (gembira) dan membuka mereka  peluang dan access yang berdekad dekad tertutup bagi mereka. 

Kemana Zuma akan membawa pula Afrika Selatan selepas perginya  pemimpin teragong dan inspirator rakyat Afrika Selatan?  Saya harap South Africa sebuah negara yang indah, kaya dengan hasil buminya , ekonomi yang besar dan dinamik  dan rakyatnya  berbakat tidak akan melencung sangat dari ajaran dan prinsip yang dibinakan Mandela.  Saya sebenarnya optimis juga pessimis!

Apapun penyelewengan dalam politik ,pentadbiran ,bisness  hatta dalam kelluarga pun o perkara biasa dan kita melihatnya merata rata.  Jangan keterlaluan sangat sudahlah.

Mamdela pernah  bermadah  .bahawa ANC tidak akan merintah selama lamanya.  Begitulah juga saya yakin UMNO,PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan PKR  di Shah Alam.

Pada usia  80 tahun, pada hari lahirnya, Mandela akhirnya menikmati kesejahteraan, kebahagiaan perkahwinan dan kekeluargaan apa bila dia menikah dengan Graca Machel, balu Samora Machel, bekas Presiden Mozambique.  Dia pergi , kata orang, pejam mata , tersenyum melukiskan kebahagiaan.  He was at peace with  himself.