SETIAP orang mempunyai nasib masing-masing. Ada rezeki melimpah seperti seorang pelajar kolej, baharu berumur 25 tahun, dari Gua Musang Kelantan yang merosakkan (wrecked) kereta mewahnya- Lamborghini- berharga RM1.2 juta apabila keretanya crashed petang Sabtu lepas di jalan Gua Musang-Kuala Krai (petikan The Star Isnin 24 Mac dari Kosmo).

Ramai rakyat miskin. Beratus ribu pelajar payah menerima pendidikan kerana ibu bapa mereka miskin.  Pelajar  Lamborghini mesti daripada keluarga mega kaya. Seorang bilionair Brazil, Abilio Diniz, 77 tahun, cintai dunia, amat hargai kesihatan dan mahu hidup lama. Petikan dari Malaysian ReserveBloomberg, Isnin, 24 March.

Abilio  mahu kita  mengikuti jejaknya apabila berumur 70-an ke atas: main squash, boxing, senaman dan pump iron serta menghasilkan anak. Dia mempunyai seorang anak perempuan, 7 tahun dan anak lelaki 3 tahun dengan isteri keduanya, Geyze, 41 tahun- lebih muda daripada 4 orang anaknya hasil perkahwinan pertamanya.

Anda mahu panjang usia, sihat dan bahagia? Petuanya: diet, exercise, jangan merokok atau minum arak; makan banyak buah-buahan, sayur, roti/nasi beras perang. Cukup tidur, makan banyak ikan segar kukus; elak makanan berlemak, daging merah dan gula berlebihan.

Apabila berasa kenyang (sebelum sendawa) berhenti makan! Minum banyak air kosong (suhu bilik) air biasa yakni tanpa ice, jus segar bukan dari kotak atau can.  Makan mengikut jadual dan sederhana, menikmati regular seks; solat, zikir dan kata Speaking, “in whatever you do, do it passionately”.

Maksudnya mesti berahi melakukan semua yang disebutkan di atas. Betul, melakukan ini 100 peratus sukar.  Cubalah sebaik mungkin. Apakah peranan genetik dalam keinginan hidup lama, sihat dan bahagia? Bapa Abilio mati pada usia 94 tahun dan ibunya 98 tahun.

Dari pengalaman, saya dapati nama, wang dan kuasa bukan syarat penting untuk hidup sejahtera, berpengaruh dan berkuasa.  Of course, name recognition, money and power are helpful in love, in war and in politics.

Mempunyai keluarga yang mudah disayangi, kebolehan memahami situasi tertentu dan cabaran dihadapi; sepakat dan iltizam membantu kerukunan berkeluarga. Kejayaan dalam kerjaya, sukan is a plus - satu markah tambahan.

Kalau pada umur 77 tahun seperti Abilio dapat pula anak dengan isteri muda dan  cantik, anda, seperti Abilio seorang yang benar-benar luar biasa dan seperti ditegaskan oleh Speaking, "you are really an extraordinary man!”

Enigma penerbangan MH370

Kehilangan MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, kru dan penumpang berjumlah 239 orang sukar difahami.  Sungguhpun begitu kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak, suka duka, bahawa semua keluarga kru dan penumpang mesti menerima  berita tidak baik itu sehinggalah ada kesahihan sebaliknya.

Usaha utama sekarang adalah mencari serpihan dan rangka kapal terbang Boeing 777 yang beratnya 200 tan di tempat dikatakan kapal terbang itu hilang, iaitu di selatan Laut Hindi, satu perairan yang tidak dilalui oleh sebarang pesawat dan tidak ada land mass atau tempat pendaratan berhampiran kawasan itu.

Apa yang berlaku kepada pesawat MH370 unprecedented yakni tidak pernah berlaku dalam sejarah kontemporari aviation- hilang begitu sahaja. Sehingga serpihan kapal terbang dan kotak hitamnya dapat ditemui dan disahkan, terimalah kenyataan Najib walaupun sedih, pilu dengan baik dan sabar.

Kerajaan dan MAS telah bertindak sebaik mungkin.  Betul, pada awalnya, kenyataan dibuat secara dribs and drabs dan ada kalanya contradictory. Namun, selepas itu maklumat dikeluarkan lebih baik dan profesional.

Hishammuddin, cucu Dato' Onn, saya kira telah menjalankan tugasnya sebagai jurucakap utama kerajaan selain daripada Najib dengan baik dan tenang, dalam dwi bahasa- Melayu dan Inggeris.

Siapa lagi antara menteri-menteri selain Najib, Hishamuddin, Khairy dan beberapa kerat lagi bisa bicara dengan baik dalam dwi bahasa? Hati saya tumpang hancur mengenangkan kesedihan dan kepiluan yang dialami oleh famili dan sahabat handai penumpang dan kru. Doa restu saya semoga semua menerima tragedi ini dengan sabar dan bagi mereka yang Islam menerima takdir Ilahi.

Beberapa pengajaran bisa dipelajari dari tragedi ini. Pertama pentingnya bagaimana komunikasi air traffic mesti dikemas kini dan dicanggihkan lagi. Kedua, kemampuan pasukan search and rescue serta aset mereka dipertingkatkan lagi.

Ketiga, kebolehan dan kemampuan pegawai perhubungan raya dan diplomat kita diperbaiki- lebih profesional lagi. Keempat, betapa mustahaknya menteri, pegawai, diplomat dan rakyat biasa pun fasih dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kelima, saya cadang Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pengangkutan serentak dengan Menteri Pertahanan sehingga kes MH370 selesai. 

Kak Wan menang lagi!

Benar peratus mereka keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dun Kajang rendah. Walaupun majoriti kemenangan Dr Wan Azizah Wan Ismail kurang berbanding dengan kemenangan PKR dalam PRU13, a victory is a victory. Dia tetap menang. Mungkin Kajang satu pyhrric victory- kejayaan tinggi harga seperti peperangan Pyhhrus dengan Romans di Asculum tahun 279 sebelum Masihi.

SPY Diraja - Bab kedua Turki makan buah tamar setiap hari

Putra Turki berpendidikan di Amerika Syarikat,  di sekolah berasrama penuh, dekat Princeton. Kemudian belajar di University Georgetown, Washington DC. Lama selepas itu menjadi Duta Besar Saudi di ibu kota Amerika Syarikat. Maka Amerika Syarikat boleh dikatakan kampung kedua atau rumah kedua selain dari Riyadh.

Turki dilahirkan di Kota Suci Mekah. Turki memberitahu Edward Luce, ketua commentator Financial Times di Amerika, “yes, America is my second home but I have plenty of second homes. In London, in Paris. I travel a lot...”

“Adakah anda megah dilahirkan di Mekah?”, tanya Luce.  “Itu satu keistimewaan, but not especially”. Tambahnya, “it’s fun to tell people that I am a Makkawi”. "Adakah anda suka buah kurma?” "Saya amat berahi buah kurma- makannya setiap hari.” 

Anda tahukah makna “Turki” dalam bahasa Arab? Mengikut Turki, "it means unripened dates that are left on the branch which will be plucked later in the season” yakni buah kurma putik yang akan dipetik pada akhir musim tamar. Turki anak bongsu daripada lapan beradik- semuanya lelaki. 

Kurik kundi, merah saga
Baju hitam butang berderai,
Pakaian anak raja Kelantan;
Nyawa badan lagi bercerai,
Inikan pula hanya Pakatan.

Menghadap TYT Governor Acheh,
Lipat kajang suntingan kain,
Beradab berkata berpisah kasih
Cuba pula mencari lain.

Penat saya gali telaga,
Asal gali perigi juga;
Apa saya buat pun,
Mereka tidak kenang juga.
* Baca sambungan kisah SPY Diraja minggu depan.