AUTUMN kegiatan ekonomi, sosial, rekreasi, masa politiking di belakang Kensington, London: Rabu 20 November - Kelmarin mengiringi isteri dan kakaknya makan fish and chips di Baileys, Dawes Road, Fulham, tidak jauh dari kelab dan stadium Chelsea Football Club.

Mengikut The Times dan The Sun, satu akhbar kaum establishment, satu lagi dibaca oleh the underdogs - rakyat biasa - The Sun akhbar terlaris dan paling ramai pembaca di UK selepas News of the World ditutup akibat skandal phone hacking kini dalam pembicaraan di mahkamah. 

Mengikut kedua akhbar Baileys adalah kedai makan fish and chips terbaik di London diusahakan empat adik-beradik - dua lelaki dan dua perempuan. Chef semalam kakak mereka.

Di Eropah, nama restoran tidak digunakan sewenang-wenang seperti di negara kita. Baileys lebih kecil daripada majoriti “restoran” berselerak di negara kita.  Baileys menarik walaupun di depan bus stop, terpenting bersih, bersih, bersih.

Kami bertiga order satu ekor skate (ikan pari), onion rings goreng, garlic mushrooms goreng celup tepung, chips, pickled gherkin (timun kecil jeruk), bawang putih jeruk, coleslaw, ikan kod goreng, salmon dan dill fishcake, mushy peas (kacang peas lecek), kopi dan air panas. Jumlah harga 35 Pound Sterling, lebih kurang  RM175.

Harga berpatutan, pelayan peramah dan mesra. Makanan dan servis amat memuaskan.

Semalam selepas Isyak, tonton bola sepak antara England dan Germany; minggu lepas England dan Chile. Kedua perlawanan England kalah - 2-0 kepada Chile dan 1-0 kepada Germany.

Tidak dijangka pun isteri saya berkata: “I never knew you are a soccer and rugby fan!”  Saya senyum sahaja.

Tambahnya: “All I knew, then and now, you only love politics, writing, reading and parties.”

Dia memang tahu masa sekolah saya bermain semua games tetapi ke tahap inter- house competition sahaja, kecuali athletics mewakili MCKK dalam sukan antara sekolah; bahkan ketua pasukan athletics MCKK. Satu masa saya gemar berenang, main golf, tunggang kuda dan menembak.

Semua kegemaran ini saya tidak teruskan selepas bebas dari tahanan di bawah ISA selama lima tahun. Apa pun saya masih jadi ahli beberapa kelab sukan di KL.

Kadang kala saya ikut kawan belayar hingga ke Tahiti kerana affinity saya dengan sungai dan laut. Bukan sahaja isteri, ramai kawan, bukan sesama sekolah atau kelas, tidak tahu saya gemar sukan.

Dulu peserta, kini hanya sebagai penonton dan pengkritik sahaja. Sukan atau sports satu kegiatan baik bagi kesihatan, muhibah dan persahabatan. Tegas Speaking: “The camaraderie of training and playing together whether be it soccer, rugby or cricket is a joy. For dedicated football or rugby fans they would go anywhere and everywhere to watch their favourite teams.” 

Dalam tahanan selepas dua tahun solitary confinement barulah saya di benar bergaul dengan tapol (tahanan politik) lain. Kami bermain badminton dan bola atau pingpong. Saya bermain badminton selalunya lawan Kassim Ahmad.

Kassim menang banyak daripada kalah kerana dia seorang pemain yang resilient macam orang German. Saya bermain untuk berseronok, orang lain untuk menang!

Di UK dan di Barat, field sports seolah-olah diciptakan (invented) untuk mereka - terutamanya kaum aristokrat dan orang kaya - bermain, bertemasya, berseronok agar morale atau semangat mereka tidak patah, terus dalam keadaan baik sepanjang musim sejuk, autumn dan winter.

Field sports sumber perniagaan, kegiatan ekonomi, sosial selain daripada rekreasi. Pubs, industri hospitaliti, servis, haiwan, gunsmiths, orang bergaji dan ramai lagi pekerja lain terus mempunyai sumber pendapatan.

Bagi “the haves”, mereka yang berada, memburu, menembak, ada berjalan kaki, ada menunggang kuda diiringi anjing yang terlatih untuk memungut burung/ayam hutan yang ditembak. Ada juga yang memburu rusa dan pelanduk, mengail ikan di sungai.

Ramai juga yang bermain bola sepak di kampung masing-masing. Untuk mengadakan temasya ini tiap-tiap tahun, sungai, playing fields, desa atau rimba membiak burung, rusa, ayam hutan, musang dan yang lain-lain lagi mesti diurus (maintain)  dengan baik; binatang target dipelihara dan musuh mereka yakni pemangsa-pemangsa sungai, rimba dan binatang dikawal sebaik boleh. 

Aristokrat lama dan baru serta orang kaya baru menanti musim field sports dengan penuh kegembiraan kerana inilah masa mereka relaks dan menghibur diri, termasuk menembak makanan pilihan, bukan makanan staple, yakni bukan makanan asasi.  

Orang British ada banyak majalah khusus untuk peminat desa dan golongan ini bekerja lima hari di bandar dan balik ke kampung hujung minggu atau dalam istilah British ke country houses atau retreats mereka di luar bandar.

Sebelum merdeka ada raja-raja Melayu, pembesar-pembesar meneladani tradisi mat salih ini yang saya kira baik; kegemaran balik kampung mesti dicontohi.

Kini ramai orang kaya baru dan pesara kerajaan mempunyai rumah hinggap untuk mereka berkampung di hujung minggu, Janda Baik, Kuala Langat, Hulu Langat, Bukit Fraser dan Cameron Highlands.

Mega kaya di Bali, Koh Samui, Maldives, Eropah, AS dan Australia. Satu majalah khusus untuk mempertahan dan menjuarai tradisi  country life style adalah Country Life yang diterbit semenjak 1897 lagi; tiap hari Rabu.

Dua minggu lepas (Rabu 13 November) sempena sambutan hari keputeraan Prince Charles yang ke-65 dia dijemput jadi Editor Tetamu atau Guest Editor Country Life. Semua article dalam naskhah itu dipilih dan diedit oleh Charles.

Bakal Raja England ini adalah pendukung dan champion paling terkemuka country side dan lifestylenya kerana andainya tradisi ini hilang pada hemat saya  akan membawa risiko kepada monarki British.

Begitu pentingnya luar bandar (countryside) pada England Charles berkata: “It is as precious as any of our great cathedrals and we erode it at our peril.”
 Di UK, saya telah menegaskan minggu lepas bilangan orang yang tidak beragama kian meningkat.

Bekas Ketua Paderi Church of England, atau bekas Archbishop of Canterbury, Lord Carey minggu ini memberi amaran: “that Christianity in Britain is a generation away from extinction."

Maksudnya agama Kristian di UK (barangkali mazhab Anglican) hanya satu generasi dari kepupusan. Pengertian saya kalau tidak diambil tindakan segera oleh pemerintah atau Church of England kemungkinan mazhab ini tidak begitu relevan lagi tidak lama lagi.

Sports, agama, lifestyle tidak boleh dipisah seperti politik, business dan sukan dengan seks! Saya gembira menonton kedua perlawanan bola sepak. England walaupun kalah telah book tempatnya ke World Cup finals di Brazil.

Saya simpati dengan pengurus England, Roy Hodgson kerana dia sudah cuba sebaik boleh. England bermain hebat tetapi sporadically - hebat sekali-sekala tidak dapat “maintain its aggression and skill for long" tegas Speaking.

Germany consistent kalau pun tidak menarik. Sesetengah commentator British sudahlah England luka ditabur garam pula! Apa pun saya rasa England boleh senyum, sudah cuba tetapi tidak bernasib baik.

Tiga puluh pasukan telah menempah tempat ke Brazil, hanya dua pasukan lagi menunggu keputusan perlawanan. Pasukan seeded - Brazil, Spain, johan menanti, Belgium, Germany, Uruguay, Switzerland, Colombia dan Argentina). 

Mewakili Asia adalah Jepun, Korea Selatan dan Iran. Bila pula kita?  Lambat lagi. Antara 1950-70an kita lebih hebat dari Jepun, Korea dan Iran. Kita mewakili Asia di Olimpik di Munich tahun 1972.

Saya ulangi satu tabii, satu kesukaan British yang saya sukai dan mahu diminati orang kita mereka suka balik kampung hujung minggu di mana udara lebih bersih, segar dan dapat pula menikmati kedamaian, pemandangan indah dan serene yakni tenang. Masih ada lagikah banyak kampung tinggal secantik, semenarik dan permai seperti diidami?

All Black, iaitu pasukan ragbi New Zealand dan juara dunia,  seolah-olah mengejek England, musuh tradisi mereka selain dari Australia berkata: "catch us if you can”.

All Black telah menewaskan England 30 point berbalas 22. Chile 2 gol, Germany 1 gol, England sudu kayu (wooden spoon) yakni 0. Satu amaran kepada dunia bola sepak; Ronaldo telah menyumbatkan 3 gol yakni hatrick dalam World Cup play-off di Sweden membolehkan Portugal pergi ke Brazil.  

Tanpa Ronaldo Portugal tidak boleh mewakili Eropah bersama England, Itali dan Bosnia antaranya. Bolehkah dan bilakah kita akan melahirkan seorang Ronaldo, Rooney atau Mertesacker? Khairy harus berani bertindak sebelum rakyat 'boo' pemain kita seperti penonton British 'boo' pemain England Selasa malam kerana kalah dua kali berturut-turut di Wembley, tidak pernah berlaku dalam tiga puluh enam tahun.