KENAPAKAH Melayu mudah cepat lupa pada pemimpin yang memerdekakan kita? Orang kita kini sudah begitu pelupa. Pada 14 Januari lalu Allahyarham Tun Razak menjadi tumpuan ingatan nasional hanya selepas 40 tahun meninggalkan kita.

Jika Bapa Kemerdekaan hidup Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj berusia 113 tahun hari ini. Seorang putera Sultan Kedah mula-mulanya berat menerima jawatan Presiden Umno pada tahun 1951. Setelah memegang jawatan itu Tunku, mengikut pendapat Speaking: “shows a knack for handling power” atau kebolehan menguruskan kuasa dan mengejutkan kawan dan lawan.

Kerajaan penjajah British gembira apabila Tunku dipilih sebab Whitehall dan King’s House (Rumah rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Lake Gardens, Kuala Lumpur) memandangnya remeh; a playboy bukan politikus serius dan akan gagal memikul tugasnya membebaskan Malaya dari penjajahan.

Hari ini juga tahun ke-26 Almarhum mangkat dan mengikut wasiatnya Tunku mahu disemadikan di Makam Diraja Kedah di Langgar, Alor Setar. Muda-mudi Malaysia di bawah umur 40 tahun apalagi lebih muda dari itu jarang dengar dan membaca tentang Tunku sungguhpun Tunku Bapa Kemerdekaan dan patriot ulung serta berbakat - a man of many parts, tegas Speaking.

Jika Tunku bersara pada tahun 1967 sempena 10 tahun memegang jawatan kejayaannya terjamin diingat tetapi apabila peristiwa 13 Mei berlaku popularitinya jatuh menjunam.

Generasi sekarang tidak kenal Tunku apalagi tiada buku yang definitive tentangnya. Ramai menyangka Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah sempena nama Tunku.

Tidak benar dan tidak betul. Jalan itu adalah dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong yang pertama yang gambarnya pada wang kertas kita. Nama Tunku akan pupus pada generasi akan datang.

Sebaik biografi (bukan hagiografi- biografi mengampu; dan obloquy yakni yang mencaci dengan tujuan mengaibkan yang amat digemari sesetengah penulis Malaysia sebab itu biografi kita tidak laris) adalah sebuah buku jika pun tebal asal mempunyai kisah secara detil merangkumi semua yang baik dan buruk.

Bak kata Speaking “warts and all”. Biografi demikian akan laris! Biarlah generasi akan datang menilai kejayaan atau kegagalan seorang pemimpin itu; biarlah future historians make their own judgement about a particular leader’s achievements and failures.

Jika berlaku, penulis biografi demikian kita sudah maju setapak lagi dari naratif membodek, tukang lawak dan biographer upahan. Satu keadaan yang menyedihkan tetapi siapa pun tidak peduli tentang ini.

Hubungan peribadi saya dengan Almarhum mulanya mesra, tidak mesra dan kembali mesra apabila Tunku bersara, Tun Razak kembali ke rahmatullah dan saya dalam “buangan” atau self-exile di London, Cambridge dan Harvard 1981-1988. Titik yang membawa kami berdamai (reconciliation) berlaku apabila Almarhum berkenan untuk saya menemu bualnya untuk tesis sarjana tentang dasar luarnya di Cambridge University, alma maternya. Tunku gembira saya memilih Cambridge untuk saya melanjutkan pendidikan:

“College anda St. Johns lebih besar, masyhur dan kaya dari College saya St. Catherine. Apa pun sekarang kita berdua adalah Cantarbrigians," katanya dengan puas hati. Semenjak itu hingga akhir hayatnya kami makin mesra berjumpa dari satu masa ke satu masa, sama ada di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Apabila buku saya diterbitkan Tunku melancarkannya di ShangriLa Hotel.

Waktu saya pengerusi eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan (SPK), Tunku bangga dan perkenan skim perumahan SPK di Kepong, diberi nama sempena ibunya - Bandar Menjelara. Mengikut cerita orang Kedah, Cik Menjelara bijak mengurus harta tanah.

Tajuk buku terbitan Arkib Negara “Still the greatest Malaysian” diambil dari sumbangan saya dalam buku itu yang seperti di atas. Editor juga Menteri Kebudayaan Dr Rais Yatim dan penolong editor, Prabhakaran S. Nair seorang pegawai kanan Arkib Negara telah mengambil tajuk itu dengan izin saya.

Kata Dr Rais dalam prakatanya: “Tan Sri Abdullah Ahmad who was once considered one of Tunku’s main detractors has even come to recognize Tunku’s greatness, and the title of his article is chosen to be the title of the book”. Saya tetap mempertahan pendapat itu, dari banyak segi dan penilaian Tunku masih the greatest Malaysian; ada beza antara the greatest prime minister and the greatest Malaysian.

Apa pun Tunku berani, tidak takut ambil risiko. Kerajaan kolonial British cuba beberapa helah untuk menggagalkan rundingan damai di Baling antara Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman dan Secretary-General Parti Kominis Malaya, Chin Peng (1955) kerana Whitehall kurang senang jika perdamaian itu sukses kecuali ada jaminan kepentingan British selamat.

Rundingan Baling gagal. Pelan kedua British, tanpa pengetahuan Tunku, tentera British telah diarah mengekori dan membunuh Chin Peng serta rakannya Chen Tien dan Rashid Mydin tetapi mereka tidak berjaya because the British lost track of the three persons! Petikan dari buku Marshall of Singapore. This shows British deviousness which they practiced all the time.

David Marshall ketua menteri telah menghadiri rundingan perdamaian atau peace talk itu sebagai wakil Singapura dan pengapit kanan Tunku serta pengapit kiri Tunku ialah presiden MCA Tan Cheng Lock.

Jika rancangan British berjaya, yakni membunuh Chin Peng satu malapetaka besar meletup - orang Melayu mengamuk oleh kerana pemimpin mereka telah dikhianati dan komunis pula akan lebih ganas lagi serta berani mungkin bersama Melayu menentang habis-habisan kerajaan kolonial British.

Selain dari banjir darah mengalir, pembunuhan dan kekejaman meningkat, kemerdekaan negara akan lewat. Saya suka menambah di sini Tunku was a gentleman’s gentlemen.

Kesimpulannya, Tunku antara tahun 1951-1957 kata Speaking "was at the zenith of his political game. Had he left office after 10 years as Prime Minister 1957-1967 his record would have been unblemished." - Jika Tunku bersara sempena sepuluh tahun sebagai Perdana Menteri, rekodnya tidak tercacat kerana period itu presitge politiknya dimercu.

Buku saya tentang Tunku ditulis untuk Harvard University 31 tahun dahulu akan dilancarkan April depan oleh Sultan  Muizzuddin Nazrin Shah Perak. 

 Al-Fatihah semoga Tuhan mencucuri rahmat-Nya kepada roh Almarhum.