MAYFAIR, London, Khamis 14  November: Selepas selesai urusan di Berkeley Square, singgah minum teh di Dorchester Hotel di Park Lane. Gembira juga pembelajaran memerhati penghuni hotel dan tetamu mereka pelbagai bangsa minum teh di lounge; ada serius berbincang, ada senyum lebar puas hati dengan keadaan mereka.

Apa yang saya lihat juga di Waldorf Astoria di New York meyakinkan lagi hisab saya tidak salah: lambat lagi kita akan mencapai status dunia kelas pertama dalam erti sebenar. Dari segi pendapatan dan ekonomi yes. GDP kita sekarang $9,980 setiap seorang, Monaco $171,000; Somalia $112; Amerika Syarikat $48,110, Singapura  $46,420 dan UK $48,110.

Pendidikan dan kesejahteraan rakyat was-was. Penggunaan telipon bimbit terus meningkat. Kini 127 set tiap 100 orang; doktor 1.2 orang pada 1,000 orang, di Singapura 2 orang, Indonesia 0.2. Pada kesuluruhannya  kesejahteraan hidup kita bagus dan kian meningkat tetapi berbanding dengan siapa? 

Anda tidak payah pintar kita jauh ke depan dan di atas Somalia, Filipina, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh. Bagaimana ratings kita dengan Singapura, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Australia dan New Zealand? Kalau mahu buat perbandingan waras kita harus melakukannya dengan yang lebih maju daripada kita; baharulah kita sedar diri. Barulah kita insaf perjalanan ke destinasi yang diidamkan jauh lagi.

Apa pun hari demi hari, saya lebih yakin demografi menentukan dan akan demikian juga masa kemuka kuasa politik di mana pun. Ada pengecualian. AS apabila pengundinya memilih dan memilih semula Barack Obama presiden.

Di watan kita, saya tidak nampak bukan Peribumi jadi perdana menteri, bukan Cina ketua pemerintah di Temasek; non-Jawa presiden Indonesia-Habibi satu aberasi (aberration) kerana Suharto tumbang mengejut.

Sungguhpun penduduk UK ramai orang British berkulit hitam, manggis dan langsat jumlahnya tidak sebesar bilangan non-whites di AS.   Namun, bilangan timbalan menteri, MPs dan peers (yakni ahli House of Lords) maksudnya bukan Caucasians sudah ada dan sedang meningkat dan akan lebih ramai lagi dalam Pilihan Raya Umum British 2015.

Jumlah penduduk UK sekarang 62.5 juta terdiri dari 71 peratus Kristian majoritinya kulit putih, tidak beragama 21.3 peratus dan sedang meningkat; Islam 4.4 peratus dan juga sedang meningkat, Yahudi 0.5 peratus tetapi amat berpengaruh dan berkuasa, Hindu 1.3 peratus (ekonomi mereka kuat dan komunitinya bersatu padu). bakinya pelbagai kepercayaan.

Di AS, populasinya 313 juta, Kristian 78.3 peratus majoritinya kulit putih, tiada agama 16.4 dan sedang meningkat; Islam 4 peratus sedang biak dan berkembang, Yahudi 2 peratus - amat berkuasa, berpengaruh, terkaya, terpelajar, terbakat dan solidariti mereka amat kukuh.

Hindu 0.6 peratus - bilangan sedang meningkat, kuat berusaha dan berbakat. Juga keturunan Cina, Vietnam, Korea Selatan amat terserlah. Walaupun ada kebebasan agama di kedua negara tradisi induk mereka adalah Yahudi - Kristian seperti kita tradisi induk adalah Melayu Islam.

London mempunyai penduduk seramai 8.2 juta, dijangka meningkat ke 9 juta enam tahun lagi. Mengikut ramai pemerhati London dan New York berlumba antara mereka untuk menjadi capital dunia sebenar.

Ada juga berpendapat satu masa ke muka London harus berpisah dari UK mengisytiharkan merdeka! Datuk Bandar London, Boris Johnson, ingin London mengeluarkan visanya sendiri.

John Arledge bertanya dalam The Sunday Time Magazine (13 Oktober),”should the city go further and become an independant state? And would the rest of UK be better off if it did?” Maksudnya patutkah London merdeka dan jika demikian adakah baik bagi UK?

London merdeka adalah seperti Kuala Lumpur merdeka dan berdaulat. Kuala Lumpur (London terbalik) majoriti penduduknya berwarna langsat; Eropah, kulit hitam, manggis, mereka berhidung cangkuk, berbulu; straights, gays.

Di sesetengah restoran mewah kelihatan young business persons, social climbers dan berbagai muda-mudi  tidak ada bezanya dengan fusion restaurant di London atau New York. “A sight like London, Hong Kong and Mumbai rolled into one” observed Speaking.

Anda tidak akan melihat ini di mana pun selain di Kuala Lumpur dan mungkin di George Town, Pulau Pinang. Saya telah tinggal di KL, London dan juga di New York on - and - off semenjak 1956 lagi. Kuala Lumpur kini bukan waktu saya remaja.

Mega penuh dengan kebaikan juga keburukan. Tegas seorang kawan sekolah, "my favourite city and home despite it is a second rate city with a third rate country attached to it"  Maksudnya, ibu kota dan rumah kesayangan walaupun KL bandar raya kelas dua dengan  alam sekitar kelas tiga.

Saya tidak bersetuju dan juga bersetuju dengan kawan ini.  Apa pun KL adalah bandar raya pada saya dan juga disetujui oleh kajian antarabangsa kedua terbaik di Wilayah Asean selain dari Singapura.

Kalau London dan Kuala Lumpur kelainan dari wilayah yang mengelilinginya (yang meng'circle'nya) tidak kah terfikir kedua menjelma sebagai city state seperti Singapura?
Johnson berpendapat London harus bertindak lebih sebagai satu city state bukan ibu kota.

Dia sedang melobi Westminster dan Parlimen agar London dibenarkan mengeluarkan visanya atau “London visa” untuk memudahkan lagi London menerima bakat tertinggi antarabangsa bekerja dan tinggal di London. Jonhson berani kerana dia Datuk Bandar yang dipilih rakyat seperti juga Datuk Bandar New York. 

Ekonomi London dan kedominanannya serba-serbi dalam British Society satu kenyataan tetapi bukan semua Londoners menikmati kemakmuran dan kehidupan dinamisnya. Begitu jugalah dengan Kuala Lumpur, bukan semua warga kotanya senang, makmur dan selesa. London, seperti Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Mumbai sebenarnya “dua dunia, dua kota - satu mewah, satu lagi serba kekurangan (deprived)”.

London seperti ditegaskan oleh Speaking, siapa bosan dengannya dia adalah bosan dengan kehidupan - “if you are bored with London or Kuala Lumpur, you are bored with life. Kesemua bandar raya mega ini in actual fact are a tale of two cities, and I see that all the time.”

Perdana Menteri harus sedar - saya yakin dia telah pun sedar - perubahan kuasa politik hari demi hari dari luar bandar ke bandar. Kerajaan harus memperkuasakan pengundi, status luar bandar dan pedalaman sebelum terlambat.

Kini pun 70 peratus rakyat kita sudah tinggal di bandar dan angka ini sedang meningkat. Populasi dalam bandar di seluruh alam telah bertambah dari hanya 14 peratus 100 tahun dahulu kepada 50 peratus hari ini.

Dulu hanya ada tiga bandar raya mega yang penduduknya melebihi 10 juta - New York, Mexico City dan Tokyo. Sekarang 20 termasuk Jakarta dan Mumbai. Kuala Lumpur lambat laun akan sampai ke tahap mega city sebenar.

Kuala Lumpur seperti London mesti terus makmur tetapi janganlah sehingga rakyat yang tidak berada keterlaluan tertinggal jauh ke belakang. Kalau terus begitu padah politik menunggu parti kerajaan dan Perdana Menteri dalam PRU14.

Kerajaan jangan membiarkan Kuala Lumpur terlampau ke hadapan, juga Lembah Klang, Iskandar Malaysia, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu sehingga kawasan lain terasa mereka dianaktirikan. Maksudnya, kemajuan modenisasi mesti komprehensif.

Semua rakyat menikmati secara adil dan menyeluruh. Kalaupun tegas Speaking kita sukar mengimbangkan ataupun mendekatkan jurang antara “two cities” ini, janganlah “make things worse”.

Suka-duka, London, Kuala Lumpur merdeka adalah non-issue. Akademik kerana pada hakikatnya dari segi ekonomi, sosial, kesejahteraan, London dan Kuala Lumpur sudah pun merdeka dan city state!