LONDON, Jumaat 31 Oktober: Siapa tahu nasib seseorang? Guy Scott, 70 tahun, ekonomis berpendidikan Cambridge, mencatat sejarah - orang putih pertama menjadi presiden sebuah negara Afrika (Zambia), dua dekad setelah aparteid tamat di Afrika Selatan, sekali gus kata Speaking: "Scott has become Africa’s only white president since FW de Klerk stepped down as President of South Africa in 1994. He was succeeded by Nelson Mendela.” Scott, kelahiran Zambia, menjadi naib presiden September 2011 dan dilantik presiden apabila Michael Sata, bekas porter di stesen kereta api Victoria London, meninggal dunia di sini hari Selasa. Scott akan memegang jawatan itu selama tiga bulan sahaja sebelum pilihan raya presiden diadakan dan dia tidak boleh bertanding kerana walaupun dia kelahiran Zambia, ibu bapanya lahir di United Kingdom. Perlembagaan Zambia mensyaratkan calon presiden dan kedua ibu bapanya mesti lahir di Zambia.

 Apabila ditanya kenapa dia dipilih Naib Presiden Scott berkata, "seniority in the party, in government. President Sata kept me as his vice president despite a lot of efforts by people to get me taken down”- The Daily Telegraph, Khamis 30 Oktober, yakni walaupun banyak usaha menentang pemilihannya, Presiden Sata pilih saya kerana saya lebih kanan dalam parti dan pemerintahan.  Tegasnya dia bangga diberi kepercayaan. Apa pun, “it is a bit of shock to the system”, maknanya pemilihannya agak mengejutkan sistem. Tambahnya lagi, pada kolumnis, Scott secara berseloroh, “everyone is getting used to calling me ‘your excellency,’ and i am getting used to it ... It’s very strange”.

 Jumlah penduduk Zambia 13 juta dan hanya 40,000 kulit putih dari jumlah itu tetapi pelantikan Scott adalah credible kerana  sejarah cemerlang keluarganya berjuang menentang penjajahan kulit putih dan menuntut kemerdekaan Northern Rhodesia, nama Zambia sebelum merdeka. Semenjak di bangku sekolah lagi Scott telah terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara kelahirannya. Zambia, yang ibu kotanya Lusaka merdeka pada 24 Oktober 1964. Majoriti penduduknya beragama Kristian, Islam dan Hindu agama minoriti terbesar. Sebelum kemerdekaan Northern Rhodesia di bawah pemerintahan Afrika Selatan.

Pemilihan Scott satu pelajaran (lesson) kepada Melayu Islam dan Peribumi lain, terutama di Pulau Pinang. Semenjak merdeka tiada Melayu Islam jadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana tidak ada sekatan - siapa pun boleh memegang jawatan itu asalkan dia seorang rakyat Malaysia dan kerana realpolitik memang wajar seorang bukan Melayu Islam ketua menteri. Majoriti penduduk dan pengundi di Pulau Pinang adalah bukan Melayu Islam. Kalau kadar kelahiran bayi Melayu Islam di negeri itu terus tinggi daripada orang lain, dijangka Pulau Pinang mempunyai majoriti Melayu Islam dan mamak pada tahun 2035.  Perak dan Selangor tidak pernah ada menteri besar bukan Melayu Islam sebab Perlembagaan mensyaratkan ketua pentadbir politik tertinggi kedua negeri mesti Melayu Islam...yang benar-benar mengamalkan agama Islam dan kebudayaan Melayu. Pada ingatan saya hanya Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah (Melaka?) saja tidak ada syarat Melayu Islam mesti memegang jawatan tertinggi politik di negeri masing-masing. Saya rasa Melaka begitu juga. I stand corrected.  

Tiada sebab dalam keadaan tertentu seperti apabila tiada lagi politik perkauman atau rasis, agama dan kuasa ekonomi, jumlah orang  profesional dan kekayaan negara benar-benar mencerminkan jumlah penduduk negara dan setelah wujud integrasi sebenar - bukan hanya kelihatan, tetapi satu kenyataan siapa pun boleh jadi ketua kerajaan negeri seperti siapa pun boleh menjadi perdana menteri asal seseorang itu dapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Negeri dan seperti sekarang perdana menteri disokong oleh majoriti ahli Dewan Rakyat. Sekarang dan masa depan pun bukan Melayu Islam hanya boleh jadi perdana menteri jika Melayu Islam dan Peribumi lain berpecah-belah; bersatu mereka teguh bercerai mereka rebah!

Political moderation, loghat Arab tempatan, wasatyyah. Pada orang Melayu Islam sifat kesederhanaan baik dan terpuji dalam kehidupan: doktor menasihatkan kita mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan; agama Islam menyuruh kita mengamal kehidupan sederhana. Saya seronok di UK kini - suhunya sederhana - dingin tetapi matahari bersinar. Pendapat politik, belanja, joli, majlis keramaian pun mestilah sederhana; bikin seperti cakap! Saya setuju dengan kesederhanaan sebab majoriti manusia dan pengundi di Malaysia tat kala ini masih lagi bersifat sederhana. Tetapi mereka akan berubah jika ground rules of Malaysian politics berubah. Bilangan pemimpin politik yang terlalu gilakan kuasa sebenarnya hanya boleh dibilang di sebelah tangan.  

Sekolah berasrama penuh atau sekolah biasa?

Isu hangat politik di UK kini adalah pendatang, NHS atau  National Health Service; keluar atau terus dalam Kesatuan Eropah, jurang antara orang bangsawan (toffs) atau manusia elit dengan plebs yakni rakyat biasa, terus lebar; pendidikan kualiti yakni antara private education dengan public education / sekolah kerajaan, terus luas. Inilah satu dilema ibu bapa yang dianggap berada membuat pilihan. Sebenarnya dilema itu kecil sahaja kerana rata-rata kabilah elit British mengutamakan sekolah private di UK dikenali sebagai public schools.  
Saya dan isteri berpendidikan sepenuhnya di sekolah asrama penuh, begitu juga ketiga-tiga anak kami. Anak sulung kami sedang berdebat dengan isteri dan anaknya sama ada “to board or not to board”. Isteri dan saya prosekolah asrama penuh juga anak-anak kami. Menantu kami hanya mahu anaknya to board atau dihantar ke sekolah asrama penuh apabila mereka di tingkatan lima dan enam sahaja. Sekolah asrama penuh kini - sekurang-kurangnya di UK- flexible, tinggal di sekolah lima hari sahaja dan hujung minggu pulang ke rumah. Saya tahu ada sebuah sekolah asrama penuh private di Nilai mengamalkan flexibility demikian. Zaman anak kami dulu, mereka hanya pulang ke rumah masa exeat sahaja yakni masa cuti pendek, lazimnya hujung minggu dan masa mid-term break.  

Di UK ada ibu bapa, kerana pengalaman mereka di sekolah asrama penuh tidak baik atau tidak menyenangkan memori, mereka tidak akan hantar anak mereka yang berumur antara 7-17/18 tahun ke sekolah asrama penuh. Antaranya Tom Parker Bowles (Summer Fields, Eton dan Oxford), anak tiri Prince Charles bakal Raja British. Ramai pro-boarding schools walaupun yuran tahunannya mahal- antara 36,000-50,000 Pounds Sterling. Namun begitu, ribuan dari seluruh dunia menunggu dan melobi untuk memasuki sekolah tertentu, terutama sekolah Eton yang amat prestige, ancient dan tersohor itu.  

Pada saya, sekolah asrama penuh seperti kata budak-budak kini  “a glorified sleepover than being banished from home” seperti satu malam tidur di rumah kawan bukan dalam buangan. Apa pun mereka yang bisa bertahan (survive) di sekolah asrama penuh, majoritinya akan berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Dalam sejarah England khasnya dan UK amnya, sekolah berasrama penuh juga di Eropah Barat dan Amerika Syarikat adalah tempat bermula (cradle) atau buaian kepimpinan!
Washington 'tutup' minggu depan?

Nampaknya, kecuali saya silap, impak keputusan Pilihan Raya Kongres Amerika Syarikat separuh penggal bukan sahaja akan memalukan Presiden Barack Obama juga pemerintahan pusat di Washington DC tidak akan berfungsi, bergerak atau will be on hold.  Sekali gus reformasi Obama berkenaan immigration, energy, pekerjaan, gun control dan lain-lain lagi tersekat (stuck) kerana mengikut ramalan polls, Parti Republikan akan mencapai kemenangan besar - dapat control Dewan Senat; parti itu sudah pun menguasai Dewan  Perwakilan atau House of Representatives. Kalau itu berlaku, akan berlaku, pemerintahan Obama tidak berfungsi dengan licin sehingga tamat presidensinya tahun 2016. Saya tidak terperanjat langsung jika ini berlaku bukan sahaja Obama lame duck, bagai itik tempang, dia juga amat tidak popular dalam negara dan di luar negaranya. Justeru, Washington will 'shut down' minggu depan!