RAJA Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, 58, berpendidikan St. John’s Institution, Kuala Lumpur, Oxford dan Harvard adalah seorang raja cendekiawan. Baginda naik takhta kesultanan Perak sebagai pemerintah ke-35 Khamis lalu apabila ayahandanya, Tuanku Sultan Azlan Shah, 86, berpendidikan Sekolah Sultan Yussuf, Batu Gajah dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK), University Nottingham dan Lincoln’s Inn, seorang scholar king, mangkat pada 28 Mei. Masa depan Perak dan rakyatnya di bawah pemerintahan Tuanku Raja Nazrin kelihatan peningkatan kemajuan, kemakmuran, keamanan, keadilan dan pentadbiran cemerlang sesuai dengan tuntutan zaman.

Keunikan sistem monarki Perak memestikan bakal sultan dalam kes ini, Raja Nazrin seperti ayahandanya, seorang ilmuwan, all rounder yang berpengalaman dan bersifat mulia, dipilih. Kenaikan Raja Nazrin ke atas takhta kena dengan era informasi dan geopolitik yang kian berubah. Juga, saya yakin, apabila masanya tiba kriteria yang sama diguna untuk memilih Raja Muda Perak dan raja bergelar yang lain. Apa pun sistem bergilir memerintah atau rotational system ala Perak observes a prominent constitutional lawyer, “is perhaps a little less predictable but certainly a little more exciting (other than Negeri Sembilan) because it ensures the best candidate is chosen”.

Hubungan saya dengan negeri Perak dekat, dididik di MCKK selama enam tahun, ditahan di bawah Internal Security Act (ISA) selama lima tahun juga di Perak (di Kamunting).  Menimba banyak pengalaman politik di Perak waktu Tun Razak Ketua Perhubungan Umno negeri itu. Apa lagilah politik Perak, mencabar dan sengit kerana Peoples Progressive Party (PPP) gagah di Lembah Kinta juga Umno Perak sentiasa bergolak justeru mesti selalu dipantau kerana sokongan Umno Perak crucial dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno. Jumlah perwakilan Umno Perak terbesar melebihi Johor atau Selangor tetapi, suka-duka, mereka tidak bersatu-padu. Masa itu, bak kata mat salih, I knew Perak politics and their competing leaders like the palms of my hands. Sebenarnya, sungguhpun Perak bukan lagi mempunyai jumlah perwakilan yang terbesar Perak masih boleh membuat kejutan politik. Perak can be tough, it is true!

Dalam pemilihan genting Majlis Tertinggi Umno 1975, perwakilan Perak menyumbang undi kemenangan Dr Mahathir Mohamad melawan Harun Idris bagi kedudukan ketiga Naib Presiden Umno.

Tatkala Almarhum Tuanku Sultan Azlan pelajar tingkatan enam di MCKK, saya dalam tingkatan dua, mengenali baginda dari dekat semasa baginda Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hakim dan Ketua Hakim, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Malaysia (Presidennya Tun Razak) dan juga semasa baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Agong. Baginda seorang idola semenjak di sekolah lagi - segak dan bergaya; pandai juga an all rounder, pemain hoki dan seorang atlet yang hebat. Baginda dan Tun Razak akrab. Pertalian intimnya dengan Tun Razak memudahkan persahabatan saya dengan Almarhum. Saya terhutang budi kepada baginda kerana sokongannya terhadap saya. Almarhum seperti banyak pegawai tinggi kerajaan secara diam dengan jelas dan terang membela saya bukan komunis seperti dituduh. Baginda telah memberitahu doktor dan pegawai di hospital Taiping dan di Ipoh di mana saya regular patient agar mereka melayankan saya sebaik mungkin kerana mengikut dua orang doktor, seorang India di Ipoh dan seorang Cina di Taiping bahawa "Dollah is non communist. He is a victim of a political conspiracy following Tun Razak’s sudden death." Untuk rekod, akibatnya saya mendapat layanan istimewa!

Tuanku Nazrin dan saya mulai berdamping apabila saya sampai di Harvard 1985 dari Cambridge University. Baginda sedang meneruskan pengajiannya di peringkat kedoktoran falsafah dalam bidang ekonomi setelah berjaya memperoleh sarjana dalam politik, falsafah dan ekonomi atau PPE dari Oxford University. Persahabatan  serta naungannya terus berkembang.

Kedua-dua Raja Nazrin dan ayahandanya adalah jauhari; cerdik pandai. Jauhari yang mengenal manikam yakni bukan sahaja bijak tetapi mengetahui ilmu amat penting dan menghargai sifat mulia, tamadun, persahabatan, patriotisme, kebebasan dan hak asasi universal.

Pada hari Khamis, satu era baru, satu fasa baru bermula di Perak. Saya yakin pada masa kemuka Perak akan dominan seperti dahulu dalam dunia pendidikan, sukan, politik dan ekonomi bak kata mat salih reclaiming its true position in Malaysia yakni kembalikan kedudukan sebenarnya dalam negara. Padan dengan sejarah baru yang mempunyai dua sultan cendekiawan berturut-turut - in succession a scholar king, seorang raja cendekiawan mengganti seorang raja yang berilmu. Kedua-dua baginda praktikal, kontemporari, pentadbir yang cemerlang dan prihatin pada perkembangan politik dan keinginan rakyat.

Perak telah mempelopori wajah baharu dalam monarki Melayu moden. Majoriti sultan dan raja serta permaisuri mereka adalah muda, berpendidikan tinggi, kontemporari sesuai dengan kesedaran dan pendidikan rakyat, politik, tamadun dan information age and changing political landscape while at the same time entrenching Islam and Malay customs.
As Speaking summarises, "Sultan Azlan had led a distinguished and exemplary life; a good husband and father and a doting granddad. An outstanding sportsman, judge, sultan and Yang di-Pertuan Agong. It would not be quite an easy thing to follow. However, in some way, much easier for Raja Nazrin to start a new beginning by quietly following his own star. He would probably succeed in giving the Malay monarchy a new image." -Ayahandanya seorang bapa, suami dan datuk, hakim, sultan dan King contoh. Saya percaya Raja Nazrin dengan caranya dan gaya tersendiri akan berjaya memberi raja-raja Melayu wajah dan imej baharu.

Al-Fatihah kepada Al-Marhum Sultan Azlan Shah.

Dirgahayu Tuanku Sultan Raja Nazrin Shah.