SHAH ALAM, Jumaat 23 Jan: Sungguhpun bah kabir di Kelantan tidak sebesar malapetaka tsunami di Aceh dan badai ribut taufan di Tacloban, Filipina, the disaster was quite devastating, noted Speaking. Saya sedar bala itu teruk dari segi kemusnahan harta-benda, rumah tangga bahkan landskap. Kita amat bersyukur jumlah orang mati hanya 12 sahaja - dua orang mati lemas bermain air dan seorang lelah ketiga-tiga dekat Kota Bharu.

Setelah melihat video yang dirakamkan oleh jurugambar tentera ditayangkan di Wacana Sinar Harian petang Khamis dengan ihsan wakil Umno, Datuk Alwi Che Ahmad, Adun Kok Lanas, saya terkejut dengan kesengsaraan dan ketakutan mangsa terutama di jajahan Kuala Krai dan Gua Musang - satu kawasan Parlimen Pas dan satu lagi Umno. Jelas banjir tidak kenal warna dan pendekatan politik. Hati mana tidak derita - hanya manusia berhati batu sahaja tidak akan terasa.

Wakil Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, membuka tirai wacana dengan bahasa sederhana telah set the  discussion on the right tone yakni nada dan watak yang berkualiti, tidak menegur, tidak menyalah, tidak ada satira tetapi mengakui  peranan dan sumbangan Kerajaan Pusat dan kewujudan permuafakatan dua hala menangani bah, pemulihan dan rehabilitasi di Kelantan; diakui oleh Alwi yang menegaskan tiada politiking dalam menghulur bantuan. Kedua pihak Kota Bharu dan Putrajaya tidak cari siapa yang betul dan siapa yang salah, sebaliknya semasa dan selepas banjir kelihatan dan dirasai keinsafan kedua kerajaan - federal dan negeri - semakin tinggi.

Sebelum wacana ini, saya tidak pernah dengar Amar berbicara dalam majlis. Kami pernah bercakap sambil minum teh dan makan kuih di rumahnya di Kampung Panchur, Pengkalan Chepa, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Saya dapati cara percakapan dan penyataan fikiran, hujah dan penerangan sentiasa dalam nada sopan-santun, tidak ada nada yang tidak menyenangkan.

Petang Khamis, nada yang sama ditunjukkan. Manakala Alwi pula, bekas Ketua Pemuda Umno Kok Lanas semasa saya Ketua Bahagian Umno, dulu dan sekarang pun, pantang diusik dia akan bersemangat, reaksi biasa daripada seorang manusia biasa. Dalam wacana ini, nada dan watak Alwi, saya lihat seperti kata mat salih  conciliatory, yakni memulakan ucapannya dengan nada yang bertolak ansur.

Sepanjang wacana tidak kedengaran langsung nada yang  meninggikan - satu kelainan pada amnya apabila dua pemimpin Pas dan Umno berdebat. Kali ini tiada siapa pun, bahkan Alwi pun, cuba to score debating points. Tidak ada watak antagonistik atau adversarial.  

Dalam wacana siri ke-34, pertama dalam tahun baharu diadakan berikutan seruan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, syarikat dan penerbitan swasta Bumiputera yang terbesar dalam negara, menerbitkan akhbar Sinar Harian dan 21 majalah.

Sinar Harian makin popular sebagai bahan bacaan orang muda dan mereka yang bosan serta tidak senang dengan media aliran perdana kerana mereka dapati atau melihat Sinar Harian lebih telus, neutral (dan independent).

Hussamuddin, anak kelahiran Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, menyatakan, mengikut kolumnis The Sun, Azman Ujang, (16 Januari) dan juga dalam akhbar Sinar Harian sendiri, sudah sampai masa for coalition government to take place between Pas and Umno in Kelantan (not at Federal level) to rebuild and rehabilitate the  state because of the devastation that has been caused by the flood is colossal and it would have been beyond the resources and capacity of the state government to do it alone.” Saya setuju tanpa kerjasama dan perkongsian kuasa, sumber dan tenaga kedua perkhidmatan awam, the task will be impossible.    

Sebagai moderator wacana, juga sebagai seorang yang ingin persefahaman dan kerjasama, kan baik jika tangan tahaluf siyasi juga dihulur pada ummah bukan sahaja setakat memulih dan membangunkan  semula Kuala Krai, Gua Musang dan jajahan lain? Mulalah lembaran baharu; itulah harapan kita antara hikmah bah besar di Kelantan.  

Saya dengar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Kuala  Krai akhir bulan ini kerana hendak pecah tanah tapak rumah buat mangsa banjir. Mendengar Amar dan Alwi, kalau kerjasama dan kerja pemulihan berjaya apalagi jika sukses itu kelihatan dan dirasai segera, saya optimis masa depan Kelantan bukan sahaja cerah dan penuh muhibah, tetapi akan membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata Kelantan.

Bagi ahli panel ketiga, Dr Kamarul Zaman (orang Kampung Kebun Kuda, Kota Bharu) dan pensyarah di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah, wacana Khamis adalah baptism of fire untuknya. Yakni pengalaman wacana pertama baginya. Jika pengalaman itu tidak menyenangkan dan reaksi audiens dingin, dia harus faham, kerana wacana bukan bilik darjah/kuliah. Apa pun satu pengalaman baharu, bak kata orang tua: there is no substitute for experience; tiada alternatif pada pengalaman.

Saya sendiri melalui baptism of fire, tatkala berumur 26 tahun mewakili Umno di wacana di Universiti Malaya di Lembah Pantai pertengahan tahun 1963, tentang penubuhan Malaysia antara parti pro-Malaysia dan parti anti-Malaysia. Parti PAP telah diwakili oleh idealog partinya, juga Menteri Kebudayaan Singapura, S Rajaratnam yang waktu itu dan dalam sejarah pun diakui sebagai pemikir politik terpenting selepas Lee Kuan Yew. Saya beroleh manfaat daripada pengalaman itu, menimba kemahiran berdebat dengan kawan dan lawan.

Ada orang dewasa, bahkan sudah tua pun tetapi kurang atau tiada pengalaman; ada umur muda tetapi banyak pengalaman, bak kata Speaking, quoting a British statesman, "his years but young, but his experience old”. Hanya melalui pengalaman seseorang akan jadi wise, skilful or wiles- dalam perkataan lain, bijak atau pandai menilai sesuatu, mahir atau bermuslihat.  

Sementara menunggu apa yang tersirat dalam pemikiran sesetengah pemimpin kedua belah pihak terlaksana, semoga Putrajaya dan Kota Bharu berganding bahu memulihkan dan membangun kembali, bahkan meningkatkan lagi pembangunan negeri Kelantan - berat sama dipikul,  ringan sama dijinjing. Betapa sedih kita melihat mangsa bah, lebih terharu dan pilu lagi mereka yang menderita kesusahan itu.