Kisah tidak lapuk dek zaman nasib Melayu Islam-Peribumi

SEMENJAK zaman Tun Razak dan Dr Mahathir lagi rakyat didendangkan nyanyian dan retorik pemerkasaan ekonomi Melayu Islam-Peribumi. Bangsa majoriti seronok menanti-nantikan atau menunggu buah durian jatuh.

Bangsa majoriti bukan sahaja sabar tetapi terus memihakkan kerajaan. Kebencian non-Peribumi terutama Cina sampai kemuncak melalui keputusan PRU13. Sungguhpun mereka dilihat terdesak, non-Peribumi terus maju, terus gagah, makin jauh ke depan.

Tidak salah. Wajar. Mereka rajin, tekun, berdaya usaha, segar dan dinamik. Kabel mereka panjang dan kebal. “They make things happen,” kata Speaking. Suka-duka, mereka “pelaksana” terbaik, contoh terbaik. Ekonomi hambar kecuali di Kelantan dan Terengganu dua minggu semasa cuti perayaan Tahun Baharu Cina tiap tahun.

Sebabnya sungguhpun Melayu Islam-Peribumi kelihatan memerintah, bukan Peribumi menguasai ekonomi bersama pemodal, pengusaha dagang. Tidak salah. Malaysia sebuah negara laissez-faire yakni kerajaan tidak mengganggu kebebasan berniaga.

Dalam kes kita, sungguhpun kita ada kuasa di bawah affirmative polisi, kita jarang memilih menggunanya. Kalau menggunanya tidak ada keberkesanan yang memuaskan. Dasar pro-Peribumi tidak menyekat, tidak menghalang orang lain menimba kekayaan negara kerana Melayu Islam dan Peribumi sendiri - pada amnya - mengkhianati dasar kerajaan itu maka janganlah marah, tohmah dan sebat kerajaan saja.

Cermin muka sendiri sekali-sekala, selepas solat atau tatkala mengambil air sembahyang (wuduk). Pada yang tidak beribadat - suka-duka tidak sedikit jumlahnya - apakala tidak ada ‘hangover’ atau selepas bergembira post karaoke.

Kita memerintah tetapi who calls the shot or tune? Siapa yang sebenar berkuasa? Siapa membuat keputusan? Atau siapa penulis lirik, siapa compose lagunya? Tanya seorang penulis terkenal waktu diskusi dalam jamuan tengah hari dengan beberapa kawan, termasuk saya, minggu lepas.

Tegas dia bahawa kawan dan promoternya, “will go for broke in PRU14 to achieve the result we want.” Tanya seorang simpleton (atau berpura-pura bebal, naif):

“Apa anda mahu?”

“Ubah, change, ganti”

“ Hang Umno. Bapa hang ketua Cawangan Umno”

“Umno dulu lain. Umno sekarang bikin tidak seperti cakap!”

Pada satu majlis lagi - 100 orang termasuk seorang Tun - gelak ketawa mengejek sambil menyanyi secara impromptu lagu ‘kangkung oh kangkung’.

Yang merisaukan saya majoriti mereka adalah Melayu Islam-Peribumi yang sebelum dan dalam PRU13 penyokong Umno. Kalau mereka pun sudah rasa desperate dan despondent, terdesak, terbiar, terpinggir; putus asa baru saja selepas PRU13 dan Mesyuarat Agung Umno - masa depan Umno berdasarkan keputusan PRU13 tidak begitu cerah. Kalau Melayu Islam di Semenanjung pun sudah mulai berperasaan demikian, itu alamat tidak baik.  

Mutakhir ini, Peribumi terus disogok dengan impian pendidikan cemerlang. Selama mana mereka digalak terus bermimpi, digalakkan jadi Mat Jenin?

Majoriti bilionair di Malaysia ialah Cina. Tamil pun lebih kaya daripada Melayu Islam-Peribumi. Tidak salah, wajar kerana mereka pandai merebut peluang; mereka tidak mempunyai banyak pantang-larang; mereka tidak ada sentimen kerana bagi mereka God is money and profit.

Ada gula ada semut. Setelah selesai Subuh dan wirid, saya membaca FT WEEKEND (January 18/19). Satu artikelnya berkepala “Where wealth flows" yakni pergi/mengalir ke mana kekayaan.

Apa yang menarik, super/mega kaya gemar melabur dalam harta tanah. Jumlah pelabur Asian meningkat. Kata penulisnya, Laura Battle, "it will be surprising if we didn’t see more Chinese owners of properties in rural France or Italy”.

Saya bersetuju dengan Battle. Di London, New York, Singapura, Hong Kong, Kuala Lumpur, Bangkok, Mumbai, Jakarta, Yangon dan lain-lain mereka giat membeli rumah, kondo, malls, resorts dan pencakar langit.

Saya ulangi sehingga the cows come home, kegiatan ini tidak salah - mereka menyambut promosi untuk menanam modal dan mereka ini cash rich, cash surplus yakni mempunyai wang tunai yang berlebihan.

Apakah definisi seorang mega kaya, mengikut standard dunia; bukan ukuran kita dan siapa mereka? Mereka adalah, "individuals of high net worth atau HNWI, yakni mereka yang memiliki harta bersih minimum AS$30 million - lebih daripada 100 juta ringgit.

Saya tahu ramai bukan Peribumi HNWI. HNWI Peribumi pun ada tetapi tidak ramai, tidak mencerminkan jumlah penduduk dan tidak menunjukkan kejayaan pemerkasaan ekonomi Peribumi.

Mengikut pakar harta tanah, impak kehadiran HNWI dari seluruh alam terasa di Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong, Mumbai dan London serta New York. Inilah antara lokasi popular. Kegiatan pelabur Malaysia, Singapura, Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan berkembang dan terus meningkat.

Sekarang di Asia jumlah HNWI 44,505 orang, di Amerika Syarikat bertambah seramai 5,525 dan di Eropah 4,625 orang pada tahun lalu sahaja.

Mengikut ramalan Wealth X, berpangkalan di Temasek, sebuah firma konsultan orang mega kaya, jumlah - ultra high net worth individuals (UHNWI) - di seluruh alam dijangka melebihi 260,000 orang dan jumlah harta mereka sebanyak AS$40 trilion dalam masa enam tahun lagi.

Mereka ini adalah orang terkaya daripada sejumlah penduduk di seluruh alam seramai tujuh bilion manusia.  

Cabaran menghadapi kita amat besar, sukar dan menggerunkan.

Kalau kita hanya mahu setakat hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, madah Hang Tuah, "Melayu tidak akan hilang di dunia" terjamin! Perhaps the greatest challenge is the anonymity of these UHNWI who can mask his or her identity and location to control or own any real estate, house, home, resort or even island any where.

Cerita gua kaya, lu tidak, anak lu sekolah kebangsaan, anak gua sekolah antarabangsa panjang dan tidak akan tamat. Tegas seorang tauke Cina kepada saya, “hingga bangsa lu tukar fikir (fikiran)” tanpa malu dan segan-silu. Ini wajar, tepat kerana itu kebenaran. Yang benar, benarlah. As Speaking explains, “like it or not that is what others think and say about us.”