KOMEDI adalah satu kisah, satu drama “with a happy ending” tegas Speaking, tentang peristiwa yang melucukan tetapi kesudahannya baik. Krisis politik selama 24 jam di Terengganu adalah satu genre farsa (farcical).

Saya lebih senang dengan comedy of manners yang menggambarkan modes and manners, gaya dan kesopanan bangsa kita yang dipentaskan secara jenaka atau seperti ditegaskan oleh Speaking, "satirically or amusingly portrayed”. Ada juga yang dinamakan low comedy.  

Apa pun baguslah baik kesudahannya atau all’s well that ends well. Madah Byron all comedies are ended by a marriage!

Masa depan ambillah pengajaran daripada peristiwa yang mencemaskan di Terengganu. Ikutlah nasihat Dr Mahathir Mohammad: pemimpin tertinggi Umno janganlah cepat menerima bulat-bulat apa saja yang disampaikan oleh kroni, kelompok dan pegawai yang dekat
dengan mereka.

Saya bingung (perplex) bahasa/loghat apa yang Ahmad Said gunakan semasa bercakap dengan Perdana Menteri Najib Razak hingga salah faham!

Ada baik juga jika saya buat ringkasan kronologi yang mengakibatkan farsa yang menjadi gelak ketawa ini:

a)     Pada hari cuti Wesak, wajah Perdana Menteri/Presiden Umno diconteng arang tanpa sopan melalui peti TV oleh Ketua Perhubungan Umno dan Menteri Besar Terengganu. Autoriti Najib dibantah (defy) dan diperlekeh oleh Ahmad Said secara nyata dan kasar kalau anda dengar temu ramahnya dengan TV 501 atau Awani, sekali gus merendahkan ketokohan Najib, kata seorang Tan Sri dari utara kepada saya. Sebenarnya ini lafaznya, “amat mengaibkan Najib”.

b)     Kegembiraan hari ulang tahun Umno ke-68, 48 jam sebelum itu tidak lama kerana diikuti krisis politik di Terengganu yang ramai menyifatkan sebagai self- inflicted atau satu tindakan tidak berhemat sendiri, juga aksi wakil khas Perdana Menteri dan Presiden Umno dan juga reaksi Ahmad Said.

Peristiwa berdarah 45 tahun dahulu iaitu 13 Mei 1969 yang mencorakkan “Malaysia Baru”, kecuali majlis tahlil oleh Perkasa dan Ibrahim Ali, telah berlalu tanpa disedari orang ramai. Seperti diperingatkan oleh Dr Mahathir, “Melayu memang mudah dan cepat lupa sejarah, peristiwa, jasa, pengorbanan dan keturunan mereka apabila lega/senang sedikit sahaja”.

Sebelah malam cuti Wesak, saya tetamu makan malam di rumah Tan Sri di atas - tidak sedar pun apa berlaku di Kuala Terengganu hinggalah mendengar warta berita di rumahnya. Tegasnya, “cara Putrajaya bertindak pun tidak kena, kurang halus, juga reaksi Ahmad Said.

Masakan wakil khas Najib tidak sensed what was coming following his meeting with Umno state legislators and leaders - masakan dia tidak hidu krisis akan berlaku”. Utusan khas dan pembantunya kelihatan ceria dan casual dalam TV, maka tidak hairanlah kalau mereka
tidak menghidu (sniff) reaksi Ahmad Said yang terkenal pongah itu.

Ahmad Said, saya kira telah pun buat keputusan dia mesti berhenti tetapi dia tidak akan pergi diam-diam bak kata mat salih he will not go quietly. Kenapa wakil khas Najib seperti ditegaskan oleh Tan Sri itu tidak bersedia dengan kemungkinan reaksi berang Ahmad Said?

Apa pun krisis “tercetus sendiri itu” nampaknya tidak memberi petanda baik kepada kestabilan politik Terengganu yang majoriti kerajaan amat kecil. Terpenting lagi pada masa depan Umno/BN Terengganu dalam PRU14. Hikmahnya ini satu pengajaran untuk memantapkan kepimpinan Umno di semua peringkat.

Ramai lagi pemimpin Umno yang melalui pengelaman lebih pedih dan luka hati daripada Ahmad Said akibat politik dendam, tamak dan salah faham segolongan pemimpin Umno.

Tetapi kerana mereka sayangkan parti dan mengenangkan jasanya pada bangsa, agama dan tanah air dan in the case of Ahmad Said, Umno’s gift to him, lazimnya mereka ahli parti yang taat setia tanpa berbelah bahagi, menerima keputusan itu walaupun tidak adil, dengan sabar, dengan harapan satu hari kemudian kebenaran akan muncul.

Kelemahan Umno Terengganu orang semua tahu bukan kerana Idris Jusoh atau Ahmad Said atau personaliti lain tetapi banyak punca lain sebenarnya.

Begitu pun Umno Terengganu dapat merampas Terengganu daripada Pas (Idris Jusoh) dan Ahmad Said mempertahankannya sungguhpun dengan majoriti yang terkecil. 

Sumber kekalahan masa kemuka  manifold kata mat salih. Kalau ini tidak diatasi segera tidak kelihatan berdasarkan pergolakan kini Umno/BN dapat mempertahankan kerajaannya melainkan satu miracle atau peristiwa luar jangka lahir antara sekarang dan 2018.

Memburuk-burukkan Ahmad Said selepas peristiwanya meninggalkan Umno selama 24 jam lebih kurang telah bermula serentak.

Saya kira itu tidak wajar dan tidak adil.

Begitu juga budaya lompat dan melompat balik dalam 12 atau 24 jam tidak memberi mereka terlibat persepsi yang baik, bahkan mereka jelas telah bertindak tanpa pertimbangan, agak terlampau gopoh atau dalam bahasa Melayu baharu, impetuous atau tidak matang. Justeru  pada pendapat ramai, dalam dan luar Terengganu, Umno/BN Terengganu akan membayarkan kos politik yang tinggi dalam pilihan raya kecil dan PRU14.

Kesan buruk atau baik - terpulang pada integriti politik masing masing - terutama pemikir Umno, krisis di Kuala Terengganu ini memberi respite atau kelegaan pada menteri besar nombor 2  yang dijadualkan untuk disingkir.

Semua orang tahu, sekurang-kurangnya telah menghidu, serta kenal manusia ini.

Kalau Najib bersungguh mahu membersihkan Umno dan kerajaannya janganlah tangguh kerana apa berlaku di Terengganu jika tidak slogan transformasi kerajaan/Umno hanya pada bibir sahaja, yakni bukan leitmotivnya.

Belajarlah dari kemenangan besar Modi dan BJP di India atau berkemungkinan bakal kekalahan seteruk Parti Kongress.

Renungan:

Jika tidak tersapu arang di muka lebih baik mati dari hidup menanggung malu.

Krisis di Terengganu boleh dianggap seperti kalah jadi abu, menang jadi arang.

Tak beras, antah dikisik yakni sedaya upaya mesti dilakukan untuk mencapai matlamat.