Wallington, Surrey, England - Selasa 17 Disember: Tulis ini sambil menanti sarapan tengah hari di rumah kawan lama, mula berkenal dengannya lewat tahun 1950an.

Surrey antara banyak wilayah atau county di England di mana Wallington terletak dan rumah tangga bagi 19,000 orang penduduk, lebih kurang 20km di south west pusat bandar London.

Surrey indah dengan rolling hills dan affluent market townsnya - bukitnya beralun indah dengan market towns yang mewah.

Kerana Surrey dekat dengan London, menarik, alam sekitarnya selesa, sara hidup murah ia popular dengan commuters - mereka yang bekerja di London tetapi tinggal di Surrey seperti di Godalming dan Halsemere yang memiliki kemudahan moden dalam kawasan bersejarah berselerak (littered) dengan cottage, rumah lama (circa kurun 16) atau  teratak/pondok aneh tetapi cantik menggambarkan ke Inggerisan (Englishness).

Saya tertarik dengan perkampungan Inggeris terutamanya di tebing sungai, tasik, di kaki bukit, atas anak bukit dan bukit.

Dekat akhir tahun, ramalan dibuat lazimnya oleh futurists yang kononnya pakar meneka trend masa kemuka, tok nujum belalang atau yang benar, penganalisis  profesional, usahawan, pendidik dan peramal amatur seperti kolumnis tentang peristiwa yang akan atau mungkin berlaku dalam tahun baru, 2014. Secara umum tidak dapat dielak kejutan politik, agama, ekonomi dan sukan dunia berlangsung sepanjang 2014.

Kebangkitan kebangsaan, perkauman dan agama bangsa / golongan majoriti kelihatan jelas - agresif atau pasif - akan memainkan peranan lebih besar dari tahun lepas di India, Israel, Myanmar, Sri Lanka antaranya. 

Persaingan hebat antara Sunnah wal Jamaah dan mazhab Syiah terus meningkat di Lebanon, Pakistan, Iraq dan Syria. Syiah terus dominan dan kebal di Iran manakala Wahabi di Saudi Arabia dan sedang merebak’ ke negara satelit mereka’; program Islamisasi terus meningkat di Malaysia.

Di Indonesia, kerana budaya dan tradisi, adat istiadat Jawa masih kuat juga pendidikannya sekularisme tidak mudah diketepikan.

Di Amerika Syarikat dan dunia barat lain, di bawah pengaruh Pope Francis yang pragmatik dan tidak sangat terbelenggu dengan tradisi serta dengan kerjasama pemimpin Kristian mazhab yang lain, perpaduan dan persefahaman di kalangan penganut agama Kristian bertambah kukuh sementara perpaduan dan persefahaman ummah makin merosot, lemah dan amat sedih terus berpecah-belah.

Bilangan manusia yang tidak beragama dan jumlah mereka yang tidak percaya Tuhan wujud di seluruh alam sedang meningkat dan akan terus demikian.

Kecanggihan teknologi terus dan akan demikian masa akan datang mencorakkan kehidupan dan life stlye  kurun 21 sekali gus meminggirkan orang seperti kolumnis dan angkatannya kecuali yang versatil - serba boleh dan adaptable dengan gadget, smart phone, iPad dan banyak lagi yang akan muncul.

Justeru di India, berdasarkan kepada kebangkitan atau resurgence yang saya sebut awal tadi, parti BJP akan menang dalam pilihan raya umum India. Narendra Modi, Ketua Menteri Gujarat, pemimpin Hindu yang dianggap sangat anti-Islam akan jadi Perdana Menteri India yang baharu.

Modi pintar berkempen berselindung  pertumbuhan ekonomi, pembangunan, kemakmuran dan kemajuan. Parti Congress dilihat sudah letih dan dilanda dengan banyak skandal korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Di Indonesia, Jokowi, Wali Kota Jakarta, kalau pasangan atau running matenya kena dan Sukarnoputri tidak kacau, memberi sokongannya bulat, besar kemungkinan Jokowi, kalau dia masuk bertanding dipilih presiden Indonesia baharu.

Dua kenalan baharu Indonesian business women keturunan Cina setuju dengan pendapat saya. Mereka mengundang saya ke Jakarta untuk menemu bual Jokowi.

Setelah melihat temu bual Jokowi dengan BBC, saya dapati dia praktikal, natural, biasa dan credible.

Di Thailand, Yingluck Shinawatra kelihatan sukar bertahan selagi dia tidak benar-benar dan dipercayai pula oleh ‘Bangkok power brokers’ dia dan abangnya Thaksin telah putus hubungan. Tak bisakan?

Siapa sangka rusuhan berlaku di Singapura! Kita, UK atau Amerika Syarikat pun tanpa buruh asing atau imigran tidak akan maju seperti sekarang. Singapura dan kita mestilah memberi layanan yang lebih wajar kepada pekerja asing yang menghormati undang-undang, norma dan budaya adat tempatan.

Di Korea Utara, Kim Jong-un, isterinya Ri Sol-jun dan emak saudaranya, Kim Kyung-hui, balu Jang Song-thaek, orang nombor dua di negara itu dan bapa saudara Jong-un yang baharu ini ditembak mati kerana didapati, antaranya, tidak bermimpi the same dream dengan Jong-un, the Dear Leader! Kedua wanita ini muncul sebagai orang yang terpengaruh di sisi Jong-un begitulah nampaknya.

Korea Utara akan terus wujud seperti sebelumnya semenjak negara itu ditubuhkan tahun 1948. Di UK, referendum atau pungut suara kemerdekaan bagi Scotland berlangsung bulan September.

Jangan terkejut kalau Scotland yang bersekutu dengan England, Wales dan Ireland Utara 300 tahun dahulu memilih kemerdekaan. Sejarah ‘permusuhan’ antara orang Scottish dan orang Inggeris lebih kurang seperti pergeseran antara kita dengan orang Singapura. Dan apa kesudahan antara kita dan Singapura?

Jika Scotland berpisah dengan UK peristiwa itu akan memberi momentum baharu kepada gerakan pemisahan Quebec dari Canada, Catalonia dari Spain. Juga akan memberi impetus dan semangat baharu kepada gerakan pemisahan yang lain termasuklah di Wilayah Asean.

Di Afrika Selatan, parti pemerintah, Africa National Congress (ANC) mulai berkuasa semenjak 1994  dan kelihatan tidak sebegitu popular lagi tetapi saya yakin ANC akan menang dalam pilihan raya akan datang walaupun majoritinya tidak lagi hebat seperti nasib menimpa BN di negara kita dalam PRU13.

Walaupun Presiden Zuma mengulangi janjinya akan mengadakan transformasi yang akan menguntungkan rakyat, dia, saya kira akan ditentang dalam pemilihan kepimpinan ANC.  Saya tidak terperanjat kalau dia menang.

Keadaan ekonomi dunia terus tidak menentu tetapi ekonomi China, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Singapura kelihatan kukuh.

Begitu juga ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah Barat pada keseluruhannya meningkat kalaupun tidak seperti yang dijangka dan dihajati. 

Bezanya tinggi rendah pertumbuhannya. Jepun, ekonomi ketiga terbesar di dunia, lembab kecuali berlaku perubahan struktur ekonomi dan ekonominya lebih terbuka.

Potensi India besar tetapi India mestilah lebih berdisiplin dan terbuka kalau ia mahu lebih maju, dinamik dan meningkatkan status ekonomi dan prestijnya.

Di Wilayah Asean, saya lihat, ada kemungkinan kita kembali jadi ‘tiger economies’. Filipina, walaupun dilanda berbagai malapetaka nampaknya membangun, Indonesia, Vietnam kini di depan Thailand dari segi pertumbuhan. Malaysia kalau kita dapat bertahan pun  syukurlah! Kalau Najib Tun Razak lebih berani ekonomi Malaysia mungkin lebih dinamik lagi tetapi dia mestilah sanggup pula menghadapi risiko politik.

Transformasi dan liberalisme boleh diterima politically up to a point oleh kabilah majoriti.

Yang tetap berlaku tahun depan kecuali peperangan dunia ketiga dan kejadian luar biasa berlaku adalah Olimpik musim dingin di Sochi, Russia dan pesta bola sepak dunia di Rio deJaneiro, Brazil. Saya ragu England sampai ke semi final di Rio deJaneiro tetapi tidak terperanjat andainya tuan rumah Brazil menjadi juara piala dunia bagi kali keenam.

Kedudukan Najib, kerajaan dan Umno tidak nampak dalam keadaan bahaya setakat boleh dilihat walaupun pada keseluruhannya sokongan kepada ketiga-tiga tidak begitu ghairah seperti dahulu. Ujian mencabar adalah Pilihan Raya Umum ke-14.

Andainya tidak ada tanda Umno dan kerajaan has reasserted its political and economic leadership, a shift may well take place tegas Speaking.  Pengundi akan datang lebih berani dan lebih insaf atau lebih intrepid. Mereka akan beralih kalau mereka tidak puas hati dengan kedudukan mereka sebagai bangsa majoriti.

Kesimpulan ramalan saya: kita dan dunia berada dalam keadaan yang dihantui kebimbangan, kecemasan dan juga kata Speaking “excitement” yakni keadaan teruja.  Selagi bernafas selagi itu ada harapan. Semua tidak mustahil untuk menikmati cinta dan mencapai matlamat hidup kalau kita bernasib baik: kena masa walaupun orang itu biasa, ordinary sahaja, dia berjaya.  

Kalaupun orang itu luar biasa dan remarkable dia akan gagal, hampa mencapai apa yang dicita-citanya sebabnya masanya salah.

Hurai Speaking: “Mr X was the right man at the wrong time while Mr Y was not only the wrong man and ordinary but the time was right. So he became what he set out to become.”

Apa pun bukan semua ramalan ini betul tetapi bukan juga semuanya salah!