Oxford, England, petang Khamis, 28 NOVEMBER - Sudah lama tidak ke Oxford. Saya kerap ke Cambridge. Rabu malam saya tetamu pada majlis makan malam di Worcester College, antara kolej yang menjenamakan Oxford University semenjak berapa kurun lalu.

Seperti lazim saya menginap di Randolph Hotel (tahun depan berusia 150 tahun), walking distance ke Worcester College (diasaskan pada tahun 1714), St John’s College (dibina 1555); berdepan hotel adalah Balliol College yang mula berfungsi tahun 1263.

Seorang felo Worcester College - Melayu pertama mungkin juga Islam pertama dalam sejarah kolej mengajar di situ. Dia adalah Dr Afifi al-Akiti yang menjemput saya.

Saya diberi kehormatan duduk di sebelah kiri Profesor Jonathan Bate, Provost atau Master Worcester College dalam majlis penuh tradisi itu dihadiri lebih kurang 200 profesor, tetamu luar dan di dalam negara serta mahasiswa-mahasiswi.

Bagi mereka yang bukan graduan Oxbridge,  majlis ini elitis tetapi sebenarnya juga realis sebab itu Oxford dan Cambridge terus memberi pendidikan world class semenjak kedua institusi itu ditubuhkan.

Antara graduan Oxford dari Worcester College adalah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Nizam, adik kedua Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Oxford dan Cambridge, dari mula hingga kini, gedung ilmu, budaya, tamadun dan sukan. Oxford mendahului “adik kandungnya" iaitu Cambridge, yang juga pesaingnya dalam politik, bisnes dan media British.

Oxford telah melahirkan 26 Perdana Menteri British termasuk David Cameron dan beberapa Presiden Amerika Syarikat. Manakala Cambridge di depan Oxford memenangi jumlah lebih besar Nobel Prize dan Boat Race! Cambridge lebih hebat dalam pengajian undang-undang, sains, perubatan dan kejuruteraan.

Zaman penjajah British dan selepasnya Cambridge banyak melahirkan perdana menteri seperti Nehru, Tunku dan Lee Kuan Yew dan perdana menteri negara baharu merdeka dan membangun. Elan, etos di Cambridge lebih liberal dan egalitarian.

Dulu dan kini, pelajar di seluruh dunia yang inginkan an all-round education atau pendidikan yang komprehensif termasuk kebolehan bersukan, mengapresiasi muzik dan seni, bercita-cita dipilih belajar di Oxford atau Cambridge, terutama dari negara Komanwel, Amerika Syarikat, Jepun dan mutakhir menjadi tumpuan pelajar berbakat dari China dan Korea Selatan.

Didapati peratus 14 peratus daripada pelajar datang dari 138 negara. Pelajar asing pertama memasuki Oxford tahun 1190. Antara 58 universiti di UK, Oxford dan Cambridge bersaing populariti di kalangan penuntut British dan juga asing.

Oxford lebih dekat dari London berbanding dengan Cambridge. Enam puluh (60) batu dari London ke north-west. Melalui kereta api laju lazimnya mengambil masa antara 55 minit dan satu jam.

Dalam perjalanan ke Oxford pagi Rabu kereta api yang saya naiki sampai tepat mengikut jadual tetapi dalam perjalanan pulang lewat 20 minit!  Apa pun komunikasi antara Oxford dan London baik sama ada melalui kereta api atau jalan raya.

Perkhidmatan kereta api di antara dua destinasi itu berlaku setiap 30 minit mulai pagi hingga larut malam.  Penduduk Oxford berjumlah 150,000 dan hampir satu pertiga daripadanya terdiri daripada pelajar dua universiti - Oxford dan Oxford Brookes, sebuah universiti baharu.

Di Oxford dan Cambridge, everything is possible, and everyone is equal; a genuine meritorious regime mengejar tradisi, ilmu, sejarah, elitism dan prestige.

Di kedua institusi pelajar dan tenaga pelajar segar dan cergas, justeru mereka insaf mereka tidak boleh bermegah, syok atau live on their laurels yakni pada sejarah sahaja atau kecemerlangan masa lampau.

Maka mereka menghadapi kurun ke-21 secara realistik, imaginatif, mengikut tuntutan zaman tanpa pula lupa daratan, melemahkan adat istiadat, tamadun dan roots atau sejarah mereka.

Saya dapati di Oxbridge satu pengalaman luar biasa atau special experience; hidup dan menimba ilmu dalam suasana, tegas Speaking, "in a uniquely stimulating intellectual environment that one can only experience at Oxford or Cambridge”.  Justeru saya ingin ramai anak Malaysia belajar di world class university ini dan kalau di Amerika Syarikat, di Ivy league  university seperti Harvard, Yale dan Princeton.  

Saya ditawar belajar di Oxford, di St Antony’s College, tetapi saya telah memilih St John’s College, Cambridge, alma mater Profesor  Ahmad Ibrahim, pengasas Fakulti Undang-Undang di University Malaya dan ilmuwan tersohor yang kemudian berkhidmat di UIA, Tun Suffian Hashim, Tun Ismail  Ali   dan Nazir, adik bongsu Najib.   

Diskusi selepas makan malam di Senior Common Room  amat stimulating mengikut tradisi kebebasan berfikir, berbicara, berani tanpa takut/segan; menggunakan hak asasi yang tulen tanpa pula menghasut, memfitnah.

Suka-duka perdebatan mengikut logik dan fakta. Isu, masalah dalam negara anggota Asean dan isu-isu terkini di Britain berkenaan dengan imigrasi, pendatang baru terutama dari Bulgaria dan Romania, kemerdekaan Scotland dan isu lain.

Diskusi beradat ini diadakan setiap malam semasa universiti in session. Perbezaannya tetamu dan profesor dan cendekiawan yang menghadiri bertukar tiap malam juga menu.

Beberapa orang meminta pendapat saya tentang politik di Malaysia, Thailand kebetulan semasa protes besar di Bangkok. Saya agak terkejut seorang profesor emeritus bersetuju dengan pendapat saya yang realistik.

Isu hangat adalah Iran dengan program nuklearnya, China dan India; bukan Syria, Mesir atau Israel. Kata seorang peserta, "the Chinese are coming...” Saya dan beberapa orang lagi serentak menjawab, "no, no, no... the Chinese are here already!” Semua ketawa

Kehadiran Cina dari tanah besar China dengan kuasa ekonomi baru mereka kelihatan terserlah baik di London, New York, di Oxford hatta di Randolph Hotel pun. Saya fikir benar Amerika Syarikat, kuasa mega tunggal, ingin dan berharap India, Jepun, South Korea dan Asean sebagai imbangan atau counter balance pada China.

Graduan Oxford mencapai kejayaan tertinggi dalam kehidupan British, terutama dalam politik dan kesusasteraan. Tetapi tidak seorang pun pemimpin tertinggi kita mendapat pendidikan di Oxford.

Bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra berpendidikan Cambridge dan London, Tun Razak London, Hussein Onn London, Dr Mahathir Mohamad Universiti Malaya waktu itu di Singapura, Badawi di Universiti Malaya di Lembah Pantai. Najib di Nottingham.

Siapa perdana menteri selepas Najib? Jikalau Khairy Jamaluddin, seorang graduan Oxford, dia akan menjadi perdana menteri kita  pertama dari universiti ini. Khairy memang bercita-cita menjadi perdana menteri (tidak salah) sebelum dia mencapai umur 40 tahun!  Mungkin itu sukar tetapi tidak mustahil selepas 40 tahun. 

Pendekatan Khairy - kalau tindak-tanduknya zaman kegemilangan Islam Hadhari menjadi ukuran - kita akan berdepan dengan polisi yang mirip ala Tunku; budaya “Malaysian Malaysia”, sekularis dan meritokrasi, meritokrasi, meritokrasi menjadi dasar dominannya bukan peribumi dan Islam.

Kenapa Oxford/Cambridge? Kedua world class excellence; ijazah kedua ada cachet (branded/jenama) yang tiada bandingan. Siapa tahu anda bakal pemegang ijazah Oxbridge? Tak cuba tak tahu. Apa pun saya belum lagi bertemu seorang alumnus Oxford atau Cambridge yang menganggur kerana mereka observes Speaking, “they are in great demand because employers consider them much better than average graduates of other universities especially in leadership and communication”.

Kalau tak benar masakan Oxford dan Cambridge tahan di uji zaman berzaman? Tanpa bias dunia melihat Oxford dan Cambridge dua pusat pengajian tinggi as donnish delight as well as that of students, perfectly suited to learning. Maksudnya, pusat ideal membina ilmu pengetahuan.