MALAYSIA, setiap hari sejak kehilangan MH370 - kini 14 hari (ketika artikel ini ditulis) - menjadi berita muka depan media antarabangsa juga tempatan.

Negara mendapat publisiti percuma berserta ulasan bukan sahaja berkenaan kehilangan pesawat MH370 tetapi juga satira kecekapan kerajaan dan bangsa majoriti. 

Kementerian Pelancongan mungkin tidak payahlah lagi belanja berbilion ringgit mempromosikan negara kita!

Saya melihat sesuatu yang positif- selalunya rakyat bersatu padu, jika ada tragedi, kesusahan (adversity) menimpa negara; gembira dan megah jika kita menang dalam arena sukan. Nyata sekali, politik dan kegiatan ekonomi/ bisnes telah dan akan terus gagal membawa perpaduan antara rakyat berbilang bangsa.  

Apabila rakyat tidak tahan lagi melihat penyalahgunaan kuasa, meratapi rasuah sudah menjadi budaya, excesses yakni kehidupan dan lifestyle yang melebihi daripada pendapatan yang dipamer segolongan pemimpin, pegawai, konco dan keluarga mereka;  dibebani pula oleh delivery system yang tidak memuaskan.

Kesudahannya rakyat hampa, marah dan dendam. Melayu Islam, Peribumi, Cina, India dan pengundi lain tak sabar menunggu PRU14.

Kekecewaan mereka meningkat melihat “political prostitutes”, opportunis dan fixers (tukang atur) nampaknya kian mendapat tempat dan rewards daripada kerajaan. Membeli sokongan cara ini sama seperti membayar ransom.

Lazimnya, ugutan hanya mengundangkan tuntutan tambahan dan berulang kali.

Ada pemimpin good listeners seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Dr Mahathir Mohamad. Mereka juga selalunya mengotakan apa yang mereka janji dan tidak berjanji berlebihan. 

Kini ada juga pemimpin yang good listeners tetapi selepas itu tidak buat apa-apa pun.

Masa bicara pemimpin ini mengangguk seolah-olah bersetuju but nothing happens.

Berapa lama dan berapa kali boleh buat perjumpaan dan mendengar pendapat mereka yang dijemput tetapi tiada results, tiada tindakan. Mereka, saya percaya, tidak suka diperolok-olokkan apa lagi mereka yang tidak bergantung kepada kasihan belas kerajaan dan pemimpin.

Mereka mahu lihat pemimpin yang bikin seperti mereka cakap macam Tun Razak dan Dr Mahathir. Mereka tidak suka diberi harapan palsu.  Mereka mahu tindakan dan follow up, bukan retorik dan ikrar kosong.

Tun Razak ada bilik gerakannya, turun ke bawah memeriksa projek untuk rakyat dan sering pula membuat lawatan mengejut.

Dia praktikal, janji dilaksanakan segera, tidak bijak beretorik atau berpidato. Tun Razak dikelilingi dengan politikus dan pegawai kerajaan yang cekap, telus, kreatif, berintegriti dan majoriti muda dan talented dan tidak takut bekerja kuat.

Mereka mahu negara dan rakyat, semua keturunan dan semua peringkat, menikmati taraf hidup yang sesuai dengan zaman. Kekuatan Perdana

Menteri  Kedua, dia tidak dipagari oleh mereka yang sukar dihubungi, ditemui dan “Yes, Minister” type. Rakyat sekarang begitu juga politikus dan pegawai yang jujur bekerja dalam environment yang dilihat tidak adil dan saksama tidak akan mencapai potensi, bakat dan kreativiti mereka.

Apabila budaya siapa anda kenal, siapa “godfather” anda ubiquitous, yakni keadaan begitu terdapat di merata-rata, bukan bakat, kreativiti dan kebolehan anda menjadi kriteria untuk mendapat peluang bisnes, memegang jawatan politik dan dalam swasta satu perkara jelas akan menimpa negara- kita akan terus tinggal dalam sebuah negara middle income sahaja.

Kenapa Tun Razak seorang negarawan dan ikon? Kerana Tun Razak bikin seperti yang dicakapnya. Berani dan tegas melaksanakan dasar yang difikirnya betul or the right thing to do at a particular time bukan kerana mengejar populariti dalam dan luar negara. 

Walaupun Tun Razak  Perdana Menteri  hanya separuh penggal sahaja lihatlah betapa besar warisan yang ditinggalnya.  

Malaysia - kalau mahu terus maju dan meningkat - perlu melakukan transformasi yang sebenar, bukan kosmetik. Pucuk kepimpinan mesti berani, tidak ambiguous yakni tidak menggambarkan keraguan, dan terpenting mempunyai political will yang kukuh. 

Kalau ini berlaku, Malaysia akan menjelma sebagai Korea Selatan dan Jepun di Asean. Parti pemerintah akan menangi PRU14. Jika tidak, saya melihat agak sukar. Kalau PRU diadakan sekarang, ramai percaya kerajaan akan tumbang. Lihat apa akan berlaku pada Parti Kongres dalam PRU India bulan depan. Kita perlu seorang pemimpin kombinasi Modi dan Jokowi bagi menjamin kemenangan pada masa akan datang.

Kurik Kundi Merah Saga
Hilang reputasi hilang pekerti,
Hilang isteri boleh diganti,
Hilang berlian berganti berlian,
Hilang undi hilanglah sakti.
Tubuh lengkong gelegak lengkong,
Tanam lada di busut tinggi;
Gelak sekampung gembira sekarang,
Sementara ada saya di sini.
Tudung saji pasak ketimah,
Buat penudung buah melaka;
Naik haji di Makkah, Madinah
Ke sana cuba mencuci dosa.

Spy Diraja
 
The United Kingdom ada dua badan perisik terkenal- M16 iaitu badan perisik antara bangsanya dan M15 (ditubuhkan tahun 1909). Kita ada Badan Research di Jabatan Perdana Menteri macam M16 dan Special Branch atau Cawangan Khas Polis serupa dengan M15.

Amerika Syarikat pula mempunyai CIA dan FBI. Apa yang menarik perhatian saya antara master spy yang paling berpengalaman dan berpengaruh dalam dunia satu ketika dulu adalah Putra Turki al-Faisal, anak bongsu Malik Faisal, Raja Saudi Arabia yang dibunuh pada tahun 1975. Selama 24 tahun Turki ketua pengarah General Intelligence Directorate (GID) yang bersara 10 hari sebelum peristiwa 9/11 berlaku pada 2001.

Ayahandanya Malik Faisal melawat Malaysia lewat 1960an waktu itu saya Setiausaha Politik Tun Razak telah menghadiri jamuan olehnya meraikan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Sampai sekarang pun saya hairan jamuan negara Kerajaan Malaysia meraikan Malek Faisal saya tidak dijemput tetapi diundang oleh Malik Faisal! Tunku Abdul Rahman dipilih oleh Malik Faisal, pengasas Organisation of Islamic Countries (OIC) dan Tunku adalah  Setiausaha Agung OIC yang pertama. OIC beribu pejabat di Jeddah.

Kakanda Turki, Saud al Faisal adalah Menteri Luar  Saudi. Adik, abang dan sepupunya dominate “the upper echelons of the Saudi Government”. Adik-beradik dan sepupu Turki dominan dalam kepimpinan tertinggi kerajaan Saudi.