SABTU lalu (7 September), majlis minum teh dan makan ringan di kediaman Pesuruhanjaya Tinggi Australia, Miles Kupa dan isterinya Zuly Chudori - sebelah kiri ‘Rumah Putih’ di Jalan Langgak Golf - informal, segar dan mesra kerana hos dan hostes ramah.

Miles boleh bercakap bahasa Melayu loghat Indonesia, Zuly keturunan Indonesia. Saya antara mereka dijemput mendengar siaran langsung, khas ABC Television (Astro Channel 521) laporan dan keputusan Pilihan Raya Umum Australia. 

Keputusannya seperti dijangka - parti pemerintah Parti Buruh Australia (ALP) kalah teruk walaupun ALP menang hebat (landslide) enam tahun lepas.

Seperti kerajaan Pas Kedah dalam PRU13, ALP kalah kata Speaking sebabnya: “Its internecine strife - perang saling membinasakan sesama sendiri”. Kerajaan Kevin Rudd - Julia Gillard - Kevin Rudd selama enam tahun ditewaskan dengan mudah oleh pakatan parti pembangkang Liberal dan Nasional di bawah kepimpinan Tony Abbott.

Kerana ramalan betul dan tepat pula klimaks yang diharapkan oleh setengah iaitu Rudd membuat kejutan atau a last-minute miracle tidak berlaku justeru topik popular conversations pada majlis petang itu lebih tertumpu pada pemilihan kepimpinan Umno, Pas dan DAP akhir bulan.

Apa yang berlaku di Australia, terang Speaking: “Though the voters prefer the Prime Minister (Kevin Rudd) rather than the Opposition leader (Tony Abbott) they do not like nor trust Rudd’s party (ALP)”. Yakni walaupun pengundi suka Rudd berbanding Abbott mereka tidak suka partinya.

Ramai bertanya sama ada Najib Razak dan Muhyiddin Yassin akan ditentang, siapa antara tiga naib presiden akan tumbang.

Saya bertaruh dengan seorang kawan - kalau Najib tidak ditentang dia akan bagi tiket percuma kepada saya kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke Heathrow dan balik. Dia - seorang ahli perniagaan Cina - begitu yakin Najib pasti akan ditandingi walaupun perdana menteri akan menang. 

Mengikutnya ada golongan Umno yang mahu ajar Najib kerana dilihat pro Cina sebelum dan semasa kempen PRU13. Grup ini tidak mahu memberinya kemenangan mudah tanpa bertanding.

Seolah-olah ada yang mahu membalas dendam! Seorang wartawan kanan keturunan India berpendapat yang selamat antara tiga naib presiden itu hanya Zahid Hamidi sahaja! Umno mula-mula pecah kecil-kecil; jadi lemah akhirnya remuk dan relai. Amat penting ada persefahaman... dan sepakat di puncak kepimpinan kalau mahu terus berwibawa.

Kekalahan Rudd - saya pernah temu bualnya untuk Star dan Utusan Malaysia kali pertama dia jadi perdana menteri - pada pendapat saya pengundi muak dengan rebutan kuasa yang sengit dan selalu dalam ALP yang berkesudahan tiga perdana menteri dalam enam tahun! - Rudd diganti oleh timbalannya Julia Gillard lepas itu kembali pula pada Rudd! Abbott menang kerana perpaduan dalam partinya kukuh. ALP berpecah jadi tiga puak - Paksi  Gillard, kumpulan Rudd dan mereka yang berkecuali.

Satu pengajaran bagi Umno: tanpa kepimpinan yang tegap, bervisi, ahlinya utuh dan berdisiplin tidak mustahil dalam PRU14 parti itu akan menerima nasib yang sama seperti ALP.

Sebab kedua sesudah menang hebat pada tahun 2007 (di bawah leadership Rudd)  ALP, observes Speaking: “while the ALP government has managed the economy well, introducing good social schemes, its started loosening its fraternal and traditional ties to the trade unions, and promoted growth and free enterprise”. 

Lebih kurang terjemahannya ALP mentadbir kerajaan dan ekonomi Australia dengan baik tetapi ia mula menjauhi ataupun melonggarkan hubungan kesetiakawanan tradisinya dengan kesatuan pekerja, mempromosi ekonomi dan mencanang kebebasan lebih terbuka. Satu kesilapan besar.

Umno jangan lupa asal-usulnya; asas dan sumber kekuatannya yang tradisional dan bersejarah adalah majoriti Melayu Islam di luar bandar dan Peribumi di desa dan pedalaman.

Pantang berpecah belah apa sebab pun! Mendahului kepentingan orang lain akan membawa maut politik pada Umno satu ketika. 

Percayalah! Apa yang ditunggu oleh rakyat adalah tindakan berani, tegas serta adil kepada semua pihak berdasarkan sejarah, tradisi dan peruntukan perlembagaan negara dan negeri.

Sebenarnya pengundi Australia tidak ada pilihan sangat. Dasar kedua parti semasa memancing undi agak sama sahaja terutama berkenaan pendatang dari Asia - dari Afghanistan, Sri Lanka, Vietnam dan wilayah lain.

Kedua, berebut-rebut menjadi juara pro-Australia - rakyat Australia mesti didahului tanpa berbelah bahagi. Kelemahan terbesar ALP, seperti saya sudah pun tegaskan, adalah "perang menghancurkan sesama sendiri antara Rudd dan Gillard". Abbott menang walaupun manifestonya mempunyai banyak kecacatan, meskipun dia terlalu konservatif dan mengugut.

Juga Rudd telah hilang magisnya (magic); dia tidak lagi seperti dalam PRU 2007. Pada keseluruhannya ALP dan Rudd lebih bersimpati pada pendatang dan rakyat Australia yang berwarna dan orang kelas bawah dan pertengahan dari Parti Pakatan Parti Liberal dan Nasional.

Kesian pada Rudd. Dulu dia disokong oleh media Australia. Minggu lepas hampir semua media sokong Abbott atas arahan tuan punya media terutama sokongan jitu Rupert Murdoch, mogul media yang terbesar di Amerika Syarikat, Australia dan UK kepada Abbott telah menggagalkan usaha Rudd menjadi perdana menteri kali ketiga. Namun jangan underrate Rudd dia akan cuba lagi pada fikiran saya kerana dia menyifatkan dirinya sendiri sebagai “a determined bastard”.

Walaupun Abbott menang hebat dengan majoriti sebanyak 32 kerusi (dari jumlah kerusi Parlimen 150) dia dijangka menghadapi kesukaran, obstacles atau halangan dalam Dewan Senate untuk mendapat persetujuan meluluskan rang undang-undang kecuali dia mendapat sokongan senator daripada golongan minoriti.

Apa pun kerajaan Abbott harus stabil kerana majoritinya besar. Kalau Abbott dapat sokongan daripada senator dari golongan minoriti kerajaannya mungkin boleh bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang.