Adakah demokrasi terpimpin lebih berjaya dari demokrasi ala India, kita?

Hari Jumaat (7 Mac) dua peristiwa yang sukar saya akan lupa: menghadiri National Economic Summit & Dialogue dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak anjuran bersama Bernama dan Asli bertajuk, “Moving the Malaysian Economy Forward: getting to the Heart of the Matter” di Ballroom Sheraton Hotel, Kampung Baru dan selepas itu menunaikan solat fardu Jumaat di surau Tabung Haji yang baharu diperkemaskinikan justeru lebih selesa bagi jemaah.

Dua perkara menarik perhatian: syarahan pra solat tentang zikir dan khutbah bertemakan "Islam cinta kebersihan - separuh dari iman”. Kedua dibaca oleh dua personaliti berlainan.

Kedua mereka mengguna bahasa sederhana dan persembahan mereka tidak menjerit jerit keterlaluan maka sekali gus menarik. Apa pun tahniah. Perasaan teruja saya terganggu oleh jemaah sebelah kiri saya yang membaca agak kuat langsung disturbed konsentrasi saya.

Apa pula reaksi peserta dialog dengan perdana menteri? Tegas Speaking, setelah bergaul dengan mereka semasa coffee break, adalah "mixed feelings".

Apa pun kehadiran memuaskan dan perdana menteri yang berucap 100 peratus dalam bahasa Inggeris yang baik kelihatan mencuba sedaya upaya memberi maklumat yang credible tentang moving forward the economy.

Jawapannya impromtu (tanpa persediaan) juga dua tiga jenaka sepanjang ucapannya.

Program Transformasi Ekonomi selamat, kukuh, berkembang dan dia menghuraikan perjalanan ke arah destinasi walaupun menghadapi rintangan - biasa - tetapi destinasi tidak berubah.

Najib berikrar mengimbangkan kemajuan dan pembangunan antara luar bandar dan bandar. Kedaulatan, maruah negara dan bangsa akan sentiasa dipelihara. Sungguhpun begitu ketiadaan keterbukaan dan berbagai wajah dipamerkan - bergantung siapa yang bercakap dan dengan siapa dia bicara agak tidak menyenangkan. Secara peribadi, Friday’s experiance is hard to beat!

Pemerintahan secara demokrasi seperti kita amali semenjak merdeka terbaik jika rakyat yang diperintah kurang bercakap atau kerajaan dapat berhentikan mereka berbicara tanpa had dan masa. Kerajaan yang sempurna bukan untuk rakyat tegas Rousseau dalam Social Contract (1762):”...So perfect a government is not for men (and women).”

Satu ketika, socialism dilihat sebagai ideologi yang ideal. Demokrasi suka duka, kerana ia lebih resilient dari ideologi lain adalah ideologi yang amat berjaya dalam kurun lepas dan dalam awal kurun 21. Mengikut satu essei dalam majalah Economist (1 Mac) then why has it run into trouble, and what can be done to revive it? - berjaya tetapi kenapa pula demokrasi menghadapi trouble (masalah, tidak sihat) dan bagaimana untuk mengembalikan agar segar semula?

Di dunia Barat, rakyatnya takut pada Islamophobia seperti kita satu masa mencemuh dan cuak pada socialism dan communism.

Demokrasi masih pegangan mereka di Barat tetapi sedang menghadapi cabaran secara serius dari demagoguery yakni mencari dan mendapat sokongan melalui eksploitasi emosi melampau rakyatnya - bukan memenangi hati dan minda via logik dan kesederhanaan.

Pada 7 April, demokrasi terbesar dalam dunia, India, akan mengadakan pilihan raya umumnya dengan pengundi berjumlah 814 juta di mana parti nasionalis Hindu pelampau Bharatiya Janata Party (BJP) dijangka mengalahkan parti pemerintah Pakatan Parti Kongres dan  sekali gus membimbangkan 14 peratus populasi Islam di benua kecil itu atau kata Speaking: "...Indian Muslims are generally a bit wary of BJP and its star - Narendra Modi" yang dilihat sebagai anti-Islam berdasarkan rekodnya di Gujarat walaupun dia seorang ketua menteri yang berjaya membangun ekonomi negerinya.

Kita lebih awal dari India akan melangsungkan dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri - satu di Kajang di mana Anwar Ibrahim adalah calon pembangkang tetapi oleh kerana dia dihukum lima tahun penjara Jumaat, 7 Mac oleh mahkamah rayuan atas tuduhan meliwat, dia tidak lagi layak menjadi calon mengikut peguamnya sendiri. Siapa calon Pakatan Rakyat, sama-sama kita lihat.

Siapa pun calonnya, kemenangan agak terjamin mengikut pemantauan segera. Satu lagi ialah di Dun Balingian di Sarawak. Calon BN yang belum dipilih lagi dijangka menang besar di situ.

Kita telah berpengalaman dengan demokrasi lebih 60 tahun. Kalau anda membaca sejarah, dan mereka seangkatan dengan saya, tahu semenjak itu kuasa politik pribumi dan Melayu Islam menjadi kian lemah atau dalam idiom sekarang less significant dan mengikut banyak ramalan sedang menuju ke tahap bahaya.

Demokrasi di seluruh dunia sedang melalui a hard or difficult time juga di negara kita. Pada PRU13, pengundi mengekalkan Pas di Kelantan, PKR-DAP-Pas di Selangor dan DAP di Pulau Pinang; menjatuhkan Pas di Kedah serta memilih semula BN di Pusat dengan majoriti terkecil dalam sejarahnya dan di negeri lain. Saya lihat sistem demokrasi mempunyai banyak keretakan dan kecacatan.

Keretakan dan kecacatan agak ketara dan satu perkara yang merisaukan; ramai pengundi/rakyat sebenarnya sudah kurang percaya bahawa demokrasi adalah sistem yang terbaik.

Saya tidak ingin merosakkan kepercayaan anda pada demokrasi tetapi tidakkah terlintas di hati dan minda anda bagi kesinambungan kuasa bangsa majoriti untuk memikirkan sistem alternatif? Sama ada kita mengikuti demokrasi ala China, Singapura yang ramai berpendapat lebih berjaya dari demokrasi ala India dan kita.

Suka duka anda mesti menerima hakikat Parti Komunis China telah membuktikan kemajuan dan kemakmuran bukan monopoli sistem pemerintahan demokratik. Sebuah parti berasaskan kader seperti PAP telah, tanpa mengetepikan Asian values - nilai orang timur- berkesan dan tidak banyak risiko dalam mentadbirkan Pulau Temasek.

Mengikut Professor Larry Summer dari Harvard University, kadar pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Amerika Syarikat dan taraf hidup rakyatnya meningkat dua kali ganda tiap tiga puluh tahun manakala China berjaya melakunya yakni berjaya meningkat taraf hidup rakyatnya dua kali ganda tiap satu dekad semenjak tiga puluh tahun lalu.

Parti Komunis China, seperti PAP, percaya model pemerintahan mereka-disiplin, kontrol yang ketat mengikut nilai dan budaya orang timur sambil mengambil kira hanya mereka yang berbakat sahaja memimpin pucuk tertinggi parti dan negara.

Jelas kedua sistem - China dan Singapura - lebih efficient, productive dan kurang risiko dari pemerintahan demokrasi ala Barat.

Rakyat, saya kira, bersedia menerima jika wujud “sedikit demokrasi pun” asalkan mereka lebih makmur, hidup lebih aman, lebih selamat dan kedaulatan mereka terus terjamin.

Di kebanyakan negara Barat lebih separuh pengundi tidak lagi percaya kepada kerajaan yang mereka pilih melalui demokrasi. Saya dapati rakyat terus kecewa dengan kerajaan.

Kenapa? Seorang bekas pemimpin Umno negeri di sebuah negeri utara semenanjung - seorang Tan Sri - dalam percakapannya dengan saya melalui telefon petang Khamis (6 Mac) menegaskan dia menanti-nanti untuk melihat sebuah kerajaan yang tegas dan berani walaupun autoritarian hatta ancien regime pun!

Demokrasi bagus tetapi nyata di negara kita juga di setengah negara lain ia satu sistem yang tidak sempurna - tidak boleh membahagia dan menyelamatkan rakyat yang daif dan miskin kerana demokrasi terlampau berteraskan kepada capitalism dan laisser -faire - dasar ekonomi bebas mementingkan keuntungan bisnes dan ahli perniagaan melebihi kebajikan rakyat.

Kononnya dalam demokrasi ada checks and balances. Sudahkah kehadiran pembangkang  dalam Parlimen berjaya mengawasi, menyekat atau checkmate kerajaan BN, kerajaan Pas di Kelantan, PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang?

Mengikut John Adams, presiden kedua Amerika Syarikat, demokrasi selalunya tidak boleh bertahan lama - kerana selalu penat, kecewa ia bunuh diri. Belum ada demokrasi yang tidak commit suicide! Mengikut essei Economist, Adams jelas salah.

Demokrasi menang dalam perang dingin ideologi melawan communism/socialism dalam kurun 20. Jika demokrasi mahu terus berjaya dalam kurun 21, ia harus di suburkan dengan penuh perhatian, teliti dan minat agar ideologi ini tidak terus cacat dan membuktikan ia memanfaatkan semua manusia bukan hanya capitalists dan business men and women sahaja.