APA yang saya tulis ini berseloroh tetapi sering kali betul berlaku. Dalam kesusasteraan Inggeris dan Melayu jesters (pelawak), court jesters iaitu badut diraja- selalunya lelaki- pekerjaannya adalah berjenaka, menghibur dan menjadikan penaungnya gelak ketawa.

Sekarang ramai pelawak diraja, badut perdana menteri, menteri; tukang kelakar atau pelucu ketua kementerian, korporat, media dan OKB.

Menggelikan hati pembesar negara, negeri, daerah, desa dan lurah sekarang bukan terhad kepada Melayu sahaja; tidak kecil bilangannya terdiri daripada Cina, India bahkan mat salih pun.

Penyertaan dalam bidang bergurau senda ini seimbang dengan bilangan populasi Malaysia. Tidak perlu ada hak istimewa pada mana-mana kaum pun dalam profesion lama ini- sama tua dengan profesion industri seks.  

Politicians, civil servants, corporate persons who jest, or speak or act to amuse the powers that be are in great demand, observes Speaking, adding “those that make the VVIPs merry... Could jest out of them big contracts, important appointments or at least good presents and invitations”.

Pelawak yang melucu dan menggelikan hati boleh membuat demand apa pun.

Lidah pengarang The Guardian, akhbar highbrow dan berhaluan British pertengahan bulan ini tajuknya- Unthinkable? A Prime Minister’s fool- terfikirkah seorang rasmi bagi perdana menteri British? Terjemahan fool adalah seorang bodoh yang memperdayakan tauke, bosnya mempercayakan kekuatan dan populariti (yang palsu) teruk lagi mereka yang memperdayakan perdana menteri/menteri bertindak bodoh atau tidak wajar.

Dalam konteks ini saya bermurah hati ada juga fool yang bertanggungjawab.

Masa silam, diktator, raja tetapi sekarang perdana menteri dan presiden suka melantik pelawak atau kelakar “berlesen” yang berkebolehan, bukan sahaja menjadikan perdana menteri dan presiden ketawa, terhibur dan seronok tetapi juga dalam jenakanya bijak memberikan nasihat baik tanpa takut dan segan yang pelawak biasa tidak bisa berbuat demikian. Kalaulah ada pelawak yang demikian saya berharap perdana menteri kita melantiknya bertaraf menteri sebagai “opposisi” dalam rumah dan dalam
Kabinet seorang yang tidak takut berkata kepada perdana menteri: “jangan buat ini PM, jangan setuju itu; anda akan kesal kemudian”

Apabila Kent, dalam cerita King Lear oleh Shakespeare, menyatakan pekerjaannya adalah “to be plain speaking”  bercakap terus-terang dan memberi peringatan kepada King Lear tentang anak perempuan diraja yang tidak menyenangkan, Kent telah dihukum buang negeri (banished) tetapi “the fool” sungguhpun diugut King Lear akan dirotan dan dipukul, terus tanpa takut memberi peringatan.

Kerana keberaniannya Kent dibenar terus dibuat komen tentang apa yang dikatakan orang zaman dulu dan kini pun- perkara yang irreverence yakni membangkit sesuatu walaupun tidak secara tidak hormat, menunjukkan tidak hormat kepada apa pun.

Dalam konteks politik British yang rapat dan akrab dengan Margaret Thatcher berani berterus-terang dengannya. Alastair Campbell, spin doktor Tony Blair kadangkala berperanan sebagai “pembangkang” atau “Dissident” di 10 Downing Street tetapi sayangnya tidak kerap berlaku.

Kini David Cameron telah keterlaluan berikrar kerana politik, populariti dan keadaan kecemasan- banjir terbesar di UK dalam sejarah moden- bahawa dalam membantu mangsa banjir teruk ini “money is no issue- wang bukan masalah” seorang Kent atau pelawak sepertinya wajar menasihatkan Cameron jangan buat janji kalau tidak ada harapan itu ditunaikan! Kata lidah pengarang The Guardian, “that ks not to say that 10 Downing Street needs a court jester, but it daos suggest the creation of an office of In- house Dissident, who at rimes like this (flood) could put a firm hand on aprime ministerial shoulder and say “dont do it (that is over promising); you could live to regret it.” Saya lihat janji Cameron itu kian memakan diri sendiri dan parti konservatifnya.

Kesimpulannya dalam konteks politik kita, wajarkah seorang “Dissident” yang berani diberi taraf menteri untuk memberitahu dan memperingatkan Najib Tun Razak, “cukuplah. Nanti menyesal kemudian”? 

Nasihat tanpa diminta saya, mohon izin bermadah dalam bahasa Inggeris, “folks, Malaysian politics is about to get real serious - politik kita sekarang menuju ke arah seriousness yang belum berlaku sebelumnya” Sesungguhnya terlampau banyak perkara yang kita tahu tetapi sebenarnya tidak sedar. There are known unknowns.

Ini satu peringatan yang tidak dipohon, baik atau buruk, terpulang kepada pembaca menilainya. Kita sedang memasuki bulan Mac 2014. Berwaspadalah  wahai anda sekalian pada known unknowns.

 
10 terkaya di Malaysia

Robert Kuok kekal usahawan paling kaya di Malaysia mempunyai aset sebanyak hampir 55 bilion ringgit.

Nombor dua ialah T. Ananda Krishnan- asetnya adalah 33.2 bilion ringgit. Tiga Melayu, Syed Mokhtar Albukhary -11 bilion. Mokhzani Mahathir 4.2 bilion dan Azman Hashim - 4.1 bilion.

Jumlah aset Melayu terkaya ini adalah 19.3 bilion, iaitu lebih kurang baru dua pertiga aset Ananda Krishnan sahaja. Itulah ukuran termudah kekayaan Melayu Islam dalam negara ini.

Gabungan aset 40 individu terkaya di Malaysia pada 18 Januari adalah RM217.82 bilion. Antara 10 orang mega kaya ini adalah seorang wanita, iaitu Puan Sri Lee Kim Hua, dari kumpulan Genting dan asetnya ialah 4.7 bilion ringgit.

Dua Melayu adik-beradik iaitu Shahril dan Shahriman Shamsuddin antara 20 rakyat Malaysia terkaya di Malaysia.

Kalau melihat banyak memakai kereta mewah dan lifestyle yang high profile tidak salah kalau pelancong asing majoriti orang kaya di Malaysia adalah Melayu Islam!