NEW York, Rabu, 23 Oktober: Ahli Tea (Teh) Party digelar teapartiers, mereka ahli parti terbaharu di Amerika Syarikat;  sebenarnya tea party adalah satu faction Republican Party yang bermegah “kami pertama Conservative, kedua Republican”. Lebih kurang seperti cogan kata Muhyiddin Yassin “saya pertama Melayu, kedua Malaysian”.

Parti pemerintah AS adalah parti Democrats mendiami Rumah Putih dan menguasai Senate, parti pembangkang Republican control Dewan Perwakilan Rakyat atau House of Representatives.

Republicans pada amnya dan teapartiers membenci, menganggap Barack Obama sosialis, musuh ketat dasarnya Obamamisme, terutama Obamacare atau Affordable Health Care yang memberi rakyat tidak berada AS insurance coverage; satu dasar yang benar-benar sosialisme.

Pada Obama dasar ini - Affordable Health Care atau Obamacare - adalah dasar unggul, perdana presidencynya. Saya kira ini akan jadi legasinya. Kemudahan Obamacare ditentang habisan oleh teapartiers yang kini seakan control parti induk Republican hingga menyebabkan kerajaan AS separuh tutup selama 16 hari awal bulan ini.

Kini ada truce, perdamaian hingga Januari 2014 - kerajaan akan berfungsi, belanjawan telah diluluskan hingga awal tahun baharu sahaja. Selepas itu perang bajet bermula kembali!

Yang amat memalukan minggu ini pelancaran pelaksanaan Obamacare tidak lancar - Website healthcare.gov. dan 36 insurance exchanges - yang mentadbirkan skim Obamacare tidak berfungsi dengan baik.

Ini diakui sendiri oleh Obama seolah-olah berkata: website problems don't matter (they can be fixed up) when the intentions are good. Saya setuju tetapi bagaimana glitch ini berlaku?

Sungguh hairan masalah teknikal ini berlaku, melancar website amat gampang di era atau when Google, kata Speaking, “is making self - driving cars and Amazon offers next-day delivery for just about everything and anything for a price - problem teknikal website di zaman Google dan Amazon? Satu keajaiban atau sabotaj?

Dari segi politik suka-duka, mismanagement ini merugikan Obama, lebih rugi dan memalukan daripada tecnikal glitch. Sebenarnya, tidak ada sebab wajar - no excuse - website pemerintah di mana bakal pengguna membeli insurans Obamacare kata Speaking "should have botched”. Republicans menuntut supaya menteri (di AS dipanggil secretary of state, bukan menteri) Kesihatan dan Kebajikan Manusia, Kathleen Sebelius, meletak jawatan tetapi dia enggan kerana itu hanya masalah teknikal lagipun Obama masih mempunyai keyakinan terhadapnya (Kathleen).

Apa pun siapa, pada asasnya, bertanggungjawab tentang “blotch” ini berlaku - kerajaan atau SERCO yakni kontraktor yang seminggu sebelumnya dinaik harga kontrak dari $114 milion kepada $201 milion?

Suka-duka kata New York Times “The Administration created the website so the buck necessarily stops with ....Kathleen Sebelius... and Obama himself who allowed this to happen”. Justeru perkara demikian janganlah orang kita menganggap hanya monopoli negara membangun sahaja.

AS, negara kuasa mega, termaju dalam teknologi tetapi website Obamacare “botched”.  Nampaknya AS memerlukan doktor teknologi/teknikal bagi membetulkan healthcare.gov.com dan agensi lain yang berkenaan untuk membolehkan berjuta-juta rakyat AS mendaftar, membeli dan menikmati insurans tahun ini dan tahun hadapan.

Obama telah berikrar memperbaiki keadaan yang memalukannya dan mencemarkan reputasi unggul kecanggihan dan kepintaran teknologi AS.

Pokoknya orang kita janganlah cepat, janganlah mudah melatah apabila berdepan dengan masalah. Di AS pun glitch berlaku dalam era Google dan Amazon. Kita masih dalam perjalanan menuju ke zaman kontemporari. Saya paling takut jatuh sakit di AS kerana tanpa insurans perubatan mati kita!

Kita hanya sedar, amat insaf betapa benarnya pepatah: - Lebih baik hujan batu/lembing di negeri sendiri daripada hujan emas di negeri orang.

Dalam kebanyakan majlis saya hadiri di sini topik popular ialah Obamacare, politik ultra supra conservative, ekonomi yang tidak cergas, angka pengangguran tinggi - 90 milion penduduk AS tidak bekerja - taraf pendidikan menurun, terlalu ramai pendatang haram; kehadiran semakin ramai orang Islam, yang kaya terus kaya, yang miskin makin daif. Pokoknya, isu politik terbesar seperti lazim di mana pun berkisar pada masalah harian dan dalam negeri.

Ada pengecualian: Di kalangan elit, cendekiawan, korporat dan di universiti percakapan / diskusi hangat adalah dasar luar AS terutamanya Iran, Israel, Timur Tengah.

Kalau Asia disebut lazimnya China, Jepun, kedua Korea, India dan Pakistan.  Kumpulan Asean, Australia, dan New Zealand pada tahap bawah sekali. Pada penggubal dan penguat kuasa dasar luar AS, Indonesia hatta Asean pun isu pinggiran - di luar lingkaran.

Apa pun perhatian yang mengesyorkan diberi apa kala wilayah kita dilihat strategik dalam strategi geopolitik Washington.

Saudi Arabia, sahabat akrab AS selain Israel, kini berang dengan dasar luar Obama yang oportunis itu. Pada Riyadh, AS nampaknya tidak boleh harap!

Dalam kecewa dengan AS berkenaan Syria dan Bashar Assad, kepimpinan diraja Saudi telah mengumumkan Riyadh tidak lagi beri keutamaan kepada AS tatkala membeli senjata yang diperlunya.

Keputusan ini bukan satu yang kecil bagi AS yang ekonominya kini lemah. Tahun 2011 sahaja Saudi Arabia membelanjakan $34 bilion membeli alat peperangan AS.

AS sekarang dilihat suka menari ikut lagu, rentak dan irama Rusia dalam dasar luarnya. Dunia mulai kenal siapa Obama sebenar.

Mengikut Wall Street Journal Obama adalah seorang yang “does not mean what he says about punishing the use of chemical weapons or supplying moderate (Syrian) rebel factions with promised military equipment.”

Seluruh dunia sudah dan terus belajar dari seteru AS bagaimana berkesan menangani dan manipulasikan Washington!