New York, Rabu malam 16 Oktober - baru sahaja sampai, 4 petang di JFK Big Apple dari Heathrow mengguna penerbangan Virgin Atlantic VS45 yang memakan masa tujuh jam.

Pukul 9 pagi Selasa (15 Oktober) solat sunat Aidiladha di suruhanjaya tinggi di Belgrave Square, London, bersama rakyat Malaysia yang bertugas, pelajar di sini dan pelancong seperti Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri bersama keluarganya.

Khutbah dibaca oleh imam, Ustaz Noorkhairan Nordin, yang juga atase pendidikan, berasal dari Kulai, Johor. Encik Zakaria Nasir, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, jadi hos kerana Pesuruhjaya Tinggi Datuk Seri Zakaria Sulong di Makkah menunaikan fardu haji.

Masa makan ringan selepas solat, pendapat konsensus, status quo harus terus wujud dengan perubahan kecil dalam kerajaan dan parti pemerintah. “What’s new?” kata seorang di meja VIP.

Tajuk khutbah adalah “Aidiladha - lambang perpaduan hakiki” disediakan oleh Jakim, diolah sedikit menjadikannya lebih kemas (membuang perkataan ‘bahawa’ antaranya) bahasanya mudah difahami atau adakah kerana Noorkhairan membaca teks itu dengan lancar, tidak laju, gaya bahasa dan sebutannya (diksi atau diction) elok?

Pada saya, kerana isi teks itu dan juga Noorkhairan tidak kelihatan dan bunyi didaktik, yakni tidak obses untuk mengajar jemaah menerima penyampaiannya dengan baik, kecuali beberapa jemaah tidak biasa mendengarnya sibuk menerima dan menjawab SMS, e-mel, pertukaran gambar via smartphone masing masing. Kata orang barat “phubbing” maknanya “the act of snubbing someone in a social setting by looking at your phone instead of paying attention”.

Apa pun tidak kelihatan yang lena, apa lagi yang mendengkur seperti lazim waktu imam berkhutbah. Kelakuan ini gejala buruk terbaru yang mengganggu (distract) jemaah atau tetanus dalam satu satu majlis.

Bercakap, berpidato, berkhutbah senang, tetapi menghayati dan mempraktikkan idea, gagasan amat sukar. Kalau Melayu Islam benar-benar faham, menghayati ibadah dan majoriti melaksanakan tanggungjawab masing masing dengan jujur, penuh amanah - bukan sekadar budaya ikutan dan gaji semata mata - mereka sudah lama jadi bangsa yang lebih bertamadun, berilmu dan memiliki taraf hidup, ekonomi, kemajuan yang tinggi lagi.

Sikap dan pendekatan semasa harus dimiliki segera kalau mereka tidak mahu terus tertinggal di belakang.

Peranan kerajaan di mana pun terhad. Melayu Islam mesti lebih berdikari, lebih tekun, lebih berani melakukan pengorbanan termasuk berhijrah. Jika kita tidak berupaya memperbaiki diri, keluarga sendiri masakan kita bisa berkorban apa sahaja bagi agama, negara, bangsa dan bahasa.

Kita baru sahaja semenjak Merdeka 56 tahun dahulu, mulai mengecap nikmat, kemakmuran; hanya mulai dihormati oleh kawan dan lawan 44 tahun lampau. Melayu Islam tiada kelas menengah, apa lagi kelas menengah atas sebelum itu.

Jangan cepat lupa daratan, jangan mudah jadi kacang lupakan kulit. Cabaran sengit menunggu dalam global village. Meritokrasi akan menjadi amalan dalam kampung global - yang layak sahaja akan berjaya dan mereka yang memiliki semangat dan ketahanan kuat akan survive.

Malaysia hanya sebuah desa kecil dalam desa global; Melayu Islam golongan yang amat kerdil. Buka mata, buka minda, jangan syok sendiri sahaja.

Melayu Islam harus membina peluang dan mencari perubahan, menjadi masyarakat berdikari yang dapat bersaing dengan sesiapa pun dan di mana pun. Peranan kerajaan mempelopori dan melengkapi mereka.

Dunia kini berlumba-lumba menjemput negara kaya baru - China - melabur di negara masing masing. Mutakhir UK menawarkan layanan permaidani merah kepada pemodal dan pelancong dari tanah besar China.

Kalau Malaysia kaya kita juga akan menikmati layanan permaidani merah.

Pada keseluruhannya, dalam masa yang "singkat" kita, tegas Speaking “never had it so good”. Kita bersyukur, tetapi persoalan besar: “will we have a better future or never have it so good again?”

Saya optimis kita akan terus mara ke hadapan kalau pengundi pintar, minda rakyat terus terbuka. Ramai juga yang pessimists: Malaysia sudah hilang peluang “to have it so good again”.

Apa pun, masa ini saya senang di dua kota raya yang dianggap oleh dunia sebagai “timeless destinations”. - New York and London- di mana makan minum, fesyen, tamadun, dan selebriti, kata Speaking, “reign supreme”. Duka suka stail, gaya hidup, hiburan, fesyen dan kebebasan ala New York dan London menjadi ikutan seluruh alam.

Kerajaan Amerika Syarikat - setelah dua minggu separuh “shutdown” - dalam satu kompromi petang tadi akan berfungsi seperti biasa. Bajet akan diperuntukkan sehingga Januari 2014 sementara penyelesaian (solution) muktamad diikhtiarkan. Satu prospek yang tidak cerah.