• “ADAB di mana?” Itu antara dialog dalam kempen di televisyen dalam mempromosikan kehidupan bermasyarakat dengan cara berakhlak dan beradab. Sebagaimana yang kita maklum bahawa adab ialah tingkah laku serta tutur kata yang baik.
  • DUNIA telah pun menyaksikan bagaimana sebuah negara berbilang bangsa dan agama mampu melakukan peralihan kuasa dan kerajaan dengan suasana demokrasi yang penuh harmoni. Pastinya sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut tahun ini akan mencipta sejarahnya yang istimewa dan tersendiri.
  • PADA zaman langit terbuka hari ini yang sering mendendangkan pelbagai berita mengenai pergolakan, krisis dan perbalahan manusia di pelbagai negara, setiap orang semakin mengimpikan kehidupan negara yang aman dan sejahtera sunyi dari anasir-anasir yang merosakkan seperti pergolakan dan jenayah.
  • PADA zaman Yunani dahulukala, ilmu dan maklumat mengambil masa yang lama untuk disebarkan dan sampai kepada masyarakat kerana pada ketika itu buku-buku hanya berada dalam kalangan segelintir ilmuwan dan cerdik pandai sahaja. Buku-buku tersebut pun ditulis tangan sahaja dengan kuantiti yang amat sedikit sekali.
  • SENADA dengan kejayaan menukar kerajaan, sebahagian rakyat menjangkakan keajaiban akan langsung terjadi terutamanya pemulihan segera taraf hidup dan penurunan kadar inflasi. Namun hakikatnya perubahan tidak mungkin berlaku sekelip mata apatah lagi jika kekangan menghimpit di segenap penjuru.
  • ALLAH menyebut tentang penciptaan manusia dalam al-Quran dari pelbagai bangsa dan puak supaya saling kenal-mengenali (al-Hujurat, ayat 13) yakni saling berhubungan antara satu sama lain. Juga yang paling mulia dalam kalangan manusia bukanlah berdasarkan keturunan dan puaknya tetapi individu yang bertakwa.
  • KEDATANGAN Rasulullah SAW dan penetapan Sunnah Baginda menandakan perpisahan daripada gaya hidup kaum Musyrikin Quraisy yang bukan sahaja ketinggalan zaman namun juga zalim dan merosakkan.
  • ALHAMDULILLAH, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan penuh barakah, Ramadan al-Mubarak. Semestinya bulan Ramadan ini amat dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana pada bulan ini terkandung pelbagai ganjaran dan kebaikan yang dijanjikan oleh ALLAH SWT kepada mereka yang berpuasa.
  • SEJARAH terlakar lagi, untuk sebuah bumi bertuah. Tentunya keterujaan dan debaran silih berganti memenuhi ruang rasa. Sudah pasti lahir perasaan bangga dalam semangat patriotik penulis kerana dapat bersama-sama mengisi kemeriahan suasana walaupun tulisan ini jatuh pada hari mengundi hanya suatu kebetulan.
  • SEMAIKANLAH dalam hati kamu perasaan kasih kepada rakyat kamu. Biarkan ia menjadi sumber kebaikan serta rahmat kepada mereka. Kekalkan keadilan dalam pentadbiran dan semaikan semangat ini dalam jiwa kamu. Kamu akan diadili atas apa yang kamu lakukan terhadap rakyat...
  • MENJADI kaya adalah menjadi keinginan bagi setiap orang. Kekayaan pada masa sekarang ini adalah kekayaan maya atau kekayaan memiliki ‘data-data’ yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Sebagai contoh, Google yang menyediakan perkhidmatan sebagai enjin pencari secara percuma.
  • ISLAM melihat pemimpin sebagai tonggak penting dalam kehidupan manusia. Pemimpin dari skop yang lebih luas meliputi kepada diri sendiri dan juga masyarakat.
  • PERNAHKAH kita terfikir, makanan yang dibuang, dibazirkan atau hilang semasa pengeluaran memberi kesan kepada jaminan sekuriti makanan?
  • REVOLUSI industri yang berlaku pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 telah membawa perubahan besar dalam sejarah hidup manusia.
  • ISLAM adalah agama kesejahteraan dan keamanan. Ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan perkataan Islam itu sendiri, di mana ia berasal daripada perkataan Arab, salima atau salama yang bermaksud aman, selamat dan sejahtera.
  • TAHUN 2017 semakin menghampiri penghujungnya. Sudah menjadi pengetahuan ramai bahawa PRU14 mesti diadakan pada tahun 2018. Justeru, dengan ketibaan tahun baharu ini, suhu politik di Malaysia bakal meningkat panas.
  • ISLAM melihat kehidupan seorang Muslim sebagai satu kehidupan dalam mencari keredaan Ilahi dalam setiap masa dan ruang serta dalam apa jua aktiviti kehidupan yang mereka lakukan. Ia meliputi apa yang mereka buat dan apa yang mereka ucapkan serta fikirkan. Begitu jugalah, pekerjaan yang mereka lakukan juga merupakan satu ibadah yang akan memperoleh keredaan daripada ALLAH SWT.
  • “NIKMATILAH makanan (hasil tanah) kerana kamu melakukan kebaikan, bukannya melakukan kerosakan, juga kerana kamu menyuburkannya dan bukan sebaliknya memusnahkan.”
  • TEMA Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia (HASM) 2017 dengan jelas menggalakkan kerjasama semua pihak dalam usaha menjaga alam. Hal ini sejajar pandangan hidup Islam yang meletakkan setiap manusia sebagai khalifah untuk mengurus alam ini sebagai tanda kehambaan kepada ALLAH SWT.
  • TEKNOLOGI bukan sahaja memungkinkan sesuatu yang mustahil berlaku, malah mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan serta menjimatkan kos. Begitulah dimensi baharu dalam teknologi kewangan yang memaksa model perniagaan baharu dicetuskan seiring revolusi industri 4.0 yang melanda abad ini. Pembangunan teknologi sekali gus memaksa paradigma di ufuk ke jangkauan pelbagai kemungkinan dan kawalan agar risikonya dibendung atau sekurang-kurangnya berada dalam radar jangkaan.
  • PENJAGAAN akhir hayat adalah berkait dengan penjagaan kesihatan bagi pesakit-pesakit yang berada di penghujung hayatnya. Ia biasanya melibatkan pesakit-pesakit yang dilihat tiada harapan untuk pulih. Oleh itu, bagi pesakit-pesakit sebegini, pemberian terapi atau rawatan dilihat tidak bermanfaat, iaitu, apabila kesan baik yang ingin diraih daripadanya tidak dapat dicapai.
  • BARANGKALI satu-satunya masa dalam setahun di mana kita diajak mengenang dan mengingati sejarah adalah sekitar bulan Ogos dan September, iaitu sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
  • WAKAF merupakan lambang ketundukan seorang hamba kepada Pencipta yang menjadi tonggak pembangunan dan kemakmuran tamadun Islam sejak berkurun lamanya. Wakaf mampu mendepani cabaran masa, tempat dan keadaan tanpa mengira bangsa dan bahasa.
  • AKHIR-AKHIR ini banyak kedengaran kemelut perbezaan pandangan dalam kalangan tokoh-tokoh agama, disahut nyaring oleh lisan para pengikut masing-masing sehingga kadangkala mengheret kepada perbalahan yang parah.
  • PENYALAHGUNAAN dadah di negara ini merupakan satu fenomena yang membimbangkan semua pihak. Setiap kali statistik dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ia menunjukkan arus yang sama iaitu peningkatan kes yang direkodkan.
  • RANTAIAN makanan yang semakin kompleks pada hari ini sering kali dikaitkan dengan kesan kepada perubahan iklim dunia dengan peningkatan gas rumah hijau, penebangan hutan, penggunaan tanah dan kemusnahan biodiversiti.
  • SERANGAN berdarah di London Bridge pada 4 Jun lalu sekali lagi memalit cemar pada kanvas suci Ramadan. Kedatangan bulan suci ini dinantikan bukan untuk menggandakan amalan kebaikan tetapi sebaliknya keganasan. Ironinya, keganasan dan kekejaman atas nama agama! Dorongan perlakuan kejam ini sebagaimana sebelumnya datang dalam pelbagai bentuk.
  • DALAM dunia korporat yang dikuasai oleh pemikiran kapitalis, faktor untung dan imbuhan wang ringgit adalah dorongan utama bagi sesebuah syarikat atau institusi untuk melakukan sesuatu penawaran kepada pasaran.
  • PERSOALAN demi persoalan dilontarkan untuk mencari jawapan terhadap hikmah sesuatu syariat itu ditetapkan. Namun, justifikasi akhir persoalan ini terangkum dalam ketinggian natijah syariat (maqasid syariah) itu sendiri iaitu untuk menjamin maslahat (kebaikan) dan menge-lakkan mafsadah (kerosakan) terhadap kehidupan manusia demi kepentingan di dunia dan akhirat.
  • MALAYSIA telah dibariskan sebagai negara keempat paling bahagia di Asia, di belakang Singapura, Thailand dan Taiwan. Laporan Kebahagiaan Sejagat 2017 oleh Jaringan Huraian Pembangunan Lestari (SDSN) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menempatkan Malaysia di tangga ke-42 daripada 155 negara, mendahului Jepun (51), Korea Selatan (56), Filipina (72), China (79) dan Indonesia (81). Singapura berada di tempat ke-26, Thailand 32 dan Taiwan 33.
  • SALAH faham terhadap agama Islam bukan satu perkara yang baru. Ia berlaku dari semasa ke semasa, sama ada dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam.
  • BERANIKAN dirimu demi perubahan! Itu maksud tema Hari Wanita Sedunia bagi tahun ini, 2017. Tema ini memayungi lima bidang tumpuan yang benar-benar berpotensi untuk mengarahkan wanita ke suatu perubahan yang hebat dan unggul.
  • PUJANGGA masyhur dari Pakistan, Muhammad Iqbal (m. 1938), pernah menyebut, “Bangsa yang tidak menguasai cara berfikir mereka, kemungkinan besar akan musnah.” (People who have no hold over their thought process are likely to be ruined.)
  • MENCARI rezeki bagi memenuhi keperluan hidup seperti makan minum, tempat tinggal dan pakaian adalah satu tuntutan kepada manusia. ALLAH berfirman dalam Surah Mukminun ayat 51 yang bermaksud...
  • AUTOMASI yang diistilahkan sebagai ‘penggunaan secara meluas alat-alat automatik dalam sistem pembuatan atau proses-proses pengeluaran’ terbukti berguna dalam mengambil alih kerja-kerja berat dan bahaya untuk dilaksanakan oleh manusia termasuklah perlombongan, pembinaan struktur besar, dan kerja-kerja penyelamatan dalam kebakaran dan kemalangan.
  • RATA-RATA masyarakat seluruh dunia menyambut tahun baharu 2017 dengan per-cikan bunga api berserta semangat dan resolusi baharu.
  • SANGAT ketara dalam tradisi keilmuan Islam bahawa karya bersifat syarah adalah satu bahagian penting daripada hasil kepengarangan para ilmuwan Islam.
  • AWAL tahun ini kita dikejutkan dengan fakta penurunan minat terhadap subjek-subjek Sains dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.
  • AMATLAH memalukan apabila masyarakat memiliki persepsi golongan berpelajaran agama hanya pandai dalam mempersoalkan perkara-perkara remeh. Contohnya, bila gelaran besar 'Salafi' atau 'Ahlus Sunnah wal Jama‘ah' dirujuk kepada soal amalan tiada bacaan qunut Subuh, sekali azan sahaja pada solat Jumaat, tidak membaca talkin, memberus gigi sewaktu puasa, dan sebagainya.
  • TIADA yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu melainkan menyaksikan sendiri anaknya dihumban hidup-hidup ke dalam api yang marak membakar. Amat ngeri membayangkannya, namun itulah yang berlaku kepada ibu-ibu di perkampungan Dha Gyi Zar (Rabaliya), Rakhine, Myanmar tanggal 13 November lalu.
  • SALAH satu dari ciri akhir zaman, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis, adalah kehilangan ilmu dengan kehilangan (kematian) ahlinya.
  • PENGURUSAN kewangan peribadi banyak memperkatakan tentang kebebasan kewangan atau financial freedom. Ungkapan ini sering diperkatakan oleh penasihat kewangan profesional. Apakah ertinya mencapai kebebasan kewangan?”
  • DALAM Islam tiada kasta yang membezakan seorang Muslim daripada yang lain, dan tiada institusi gereja.
  • NEGARA kini dalam keadaan kebimbangan berikutan peningkatan kes virus Zika. Kes pertama jangkitan Zika melibatkan seorang wanita berusia 58 tahun diuji positif virus itu selepas seminggu pulang dari negara Singapura.
  • SEKIRANYA diamati, kebelakangan ini, dalam merencana dan membangunkan kaedah serta pendekatan pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan teknologi informasi, komunikasi dan multimedia yang kian canggih, umat Islam cenderung untuk mengutamakan pengasahan saluran dan tanggapan inderawi dan meminggirkan penghalusan bahasa yang mencirikan akal.
  • MENURUT Ibn Miskawayh seorang ahli falsafah akhlak abad ke-10 (941-1030) dalam karyanya Tahzib al-Akhlaq, setiap kejadian mempunyai sifat keunggulan masing-masing sesuai dengan fungsi dan peranannya dalam kehidupan. Misalnya, batu mempunyai sifat keras bagi
  • ISLAM menggesa umatnya untuk bersatu padu dan hidup berjemaah. Gesaan ini termaktub dalam al-Quran, maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu pada tali ALLAH, dan janganlah kamu bercerai-berai. (Surah Ali-Imran ayat 103). Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Hendaklah kamu bersama jemaah, jangan kamu berpecah belah. (Hadis riwayat imam Ahmad dan Tirmizi).
  • MUTAKHIR ini, kemunculan semula penyakit seperti difteria yang melibatkan kematian dan peningkatan kes campak secara mendadak menimbulkan kontroversi vaksin dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di antara persepsi masyarakat yang timbul dan pertimbangan berdasarkan ilmu serta fakta menjadikan dua aliran perbezaan ini terus memuncak perbahasannya.
  • SEBAGAIMANA yang kita tahu hikmah puasa itu banyak. Satu daripadanya yang utama adalah kita berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Kita dapat merasai keperitan saudara seagama kita yang lain - menderita kelaparan yang mungkin disebabkan oleh masalah kemiskinan, peperangan atau bencana alam.
  • KEHIDUPAN kita pada hari ini kita serahkan kepada data. Data akan menentukan sesuatu keputusan yang dibuat atau keputusan yang dibuat terhadap kita.
  • PERUBAHAN cuaca panas melampau dan berpanjangan yang melanda negara pada ketika ini akibat daripada fenomena El-Nino pastinya begitu dirasai oleh kita semua. Malahan, dalam keadaan cuaca panas begini terdengar rungutan rakan-rakan tidak dapat tidur lena pada malam hari dek kepanasan kesan daripada bahang El-Nino, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai kelengkapan penghawa dingin di rumah.
  • POLITIK dan Islam bukannya dua komponen yang terasing. Berbeza dari ideologi sekular yang meletakkan agama dalam ruang lingkup peribadi setiap individu, Islam merupakan asas kepada semua aspek kehidupan manusia termasuklah politik.
  • KESATUAN umat Islam merupakan satu perkara asas dalam kehidupan bermasyarakat. Ini adalah kerana tanpa kesatuan, pelbagai kekurangan dan kelemahan akan berlaku kepada mereka. Kesannya yang negatif bukan sahaja mengancam kemajuan umat, bahkan boleh menjadikan mereka tidak kompetitif dalam kehidupan semasa yang serba mencabar dan penuh dengan persaingan.
  • PERPADUAN umat terjamin apabila ada kesatuan pemikiran, bahawa para mujtahid boleh berbeza kesimpulan dalam masalah rantingan (juz’iyyat) dalam bidang fiqh dan usul fiqh yang sah.
  • PENGUBAHSUAIAN Bajet 2016, pemberian BR1M, Bantuan Persekolahan, Pengurangan Potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pengurangan kos sara hidup antara isu yang melibatkan soal kewangan.
  • SEJAK akhir-akhir ini terdapat perkembangan yang baik dan memberangsangkan berkaitan pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Malaysia.
  • KESYUMULAN agama yang dianuti umat Islam memperlihatkan bahawa ia tidak hanya mencakupi urusan peribadi. Sebaliknya turut meliputi aspek atau dimensi kemasyarakatan.
  • KOMUNIKASI ialah satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang ada hari ini memudahkan proses komunikasi berlaku dengan cekap, cepat dan merentas jurang dan batas masa dan ruang fizikal.
  • KALAU kita selidiki dengan teliti makna al-Quran dan faham-faham yang berkaitan dengannya kita akan dapati betapa meleset dan hampanya kefahaman kebanyakan kaum Muslimin hari ini terhadap Kitab Suci itu.
  • KEBENARAN (truth) adalah perkara yang paling berharga kepada manusia, kerana setiap manusia yang berakal secara semula jadinya ingin mengetahui kebenaran dan berdasarkan kebenaran yang diketahui itu dia merancang kehidupannya.
  • PERNAHKAH kita terfikir apakah sebenarnya telah berlaku pada makanan setiap kali hendak disuapkan ke mulut? Dari manakah puncanya, bagaimanakah proses pengeluaran dan penghasilannya? Masyarakat kita jarang untuk memikirkan asal-usul terbentuknya makanan sehingga dihidangkan ke meja makan.
  • MALAYSIA lahir dari semangat penerimaan dan rasa hormat yang tinggi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.
  • BARU-baru ini timbul cadangan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.
  • SEORANG pengkaji krisis alam sekitar menyatakan keganasan yang paling berbahaya dan yang berlaku terus-menerus tanpa kita sedari ialah keganasan terhadap sistem sokongan kehidupan bumi yang terkandung di dalam udara, air dan tanah. Cuba renungkan sejenak, adakah apa-apa pada diri kita yang dimakan baik yang dipakai mahupun yang diusahakan yang bukan datang daripada ketiga-tiga unsur ini?
  • TIDAK sampai sebulan lagi Malaysia akan menyambut hari penuh bersejarah iaitu Hari Kemerdekaan yang menandakan bahawa Malaysia telah mencapai kemerdekaan genap 58 tahun.
  • RAMADAN yang baru berlalu merupakan bulan penuh keberkatan yang dijanjikan maghfirah dan rahmat oleh ALLAH SWT. Dalam bulan Ramadan dapat dilihat umat Islam mengerjakan ibadah-ibadah fardu dan sunat dalam keadaan yang amat tertib.
  • NEGARA kita tidak sunyi daripada pelbagai isu yang berkaitan dengan korupsi dan masalah integriti. Walaupun melibatkan jumlah kerugian kewangan yang agak besar namun dalam kebanyakan kes, kita jarang mendengar individu yang (dianggap) korup ini mendapat balasan yang setimpal dengan onar yang dilakukannya.
  • TIDAK dapat dinafikan bahawa pada pandangan umum, Ramadan merupakan suatu bulan yang meletihkan dan melemahkan. Apa tidaknya, di bulan ini manusia dinafikan salah satu fitrah asasi yang selama ini memperkuatkan jasadnya dan meneruskan kelangsungan kehidupannya, iaitu makanan.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf